Ramai yang menanam pokok pisang di rumah, ada yang tanam sepokok dan ada juga yang berpokok-pokok keliling rumah.

Meskipun begitu ramai yang tak tahu cara penjagaan pokok pisang yang betul. Ada yang buat penjagaan ala kadar saja setakat siram.

Jika nak pokok pisang yang ditanam elok subur dan berbuah lebat, ikut tip yang dikongsi oleh Pengurus Ladang Pisang ini.

1. Setiap pokok pisang hanya kekalkan 8 pelepah daun saja

2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah yang besar dan berat maksimum.

3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus menggunakan kertas. Gunakan stapler dan tutup sehingga hujung pisang.

IKLAN

4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai saja.

Kalau Tanam Pokok Pisang Di Rumah Ini Tip Penjagaan Kena Buat Supaya Hasil Pisang Lebat, Besar & Elok Buahnya

5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar saja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.

6. Apabila jantung pisang dipotong daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.

IKLAN

7. Apabila jantung telah keluar, hentikan pembajaan pada pokok bagi mengelakkan buah pisang mengkal atau keras, kualiti pisang akan jatuh.

Pembajaan
-Mula menanam – letak penggalak akar dalam lubang sebelum mula menanam.
-Selepas pokok 3 bulan tabur baja subur 15:15:15
-Setelah usia pokok 6-7 tabur baja buah 12:12:17:2
-Kadar baja hanya segenggam atau 250 setiap pokok.

Merumput

Pokok tidak perlu ditajak untuk merumput. Memadai hanya dengan meracun saja. Tanah juga tidak perlu digemburkan di sekeliling pokok untuk elakkan pokok tumbang.

IKLAN

Untuk meracun, bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pastikan bancuhan dikacau sebati sebelum digunakan untuk dapatkan kesan maksimum.

Kalau Tanam Pokok Pisang Di Rumah Ini Tip Penjagaan Kena Buat Supaya Hasil Pisang Lebat, Besar & Elok Buahnya

Penyakit
Jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat, sembur dengan bancuhan kapur pada seluruh pokok hingga pokok menjadi putih.

Selain itu:  Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade, Ikut Step By Step Ini. Mudah Rupanya Guna 3 Bahan Saja

Tuai hasil
Buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu dan kering.

Sumber: psv3.blogspot & Mingguan Wanita

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI