Pokok pudina antara yang selalu ditanam di rumah kerana kegunaannya dalam masakan. Tapi ramai juga yang dah berkali-kali cuba tanam tapi tak juga hidup.
Bagi yang melalui situasi ini boleh cuba cara yang dikongsi oleh Noor Liza ini. Beliau juga mencuba 5 kali untuk menanam pokok ini, cubaan kali ke 6 barulah berjaya dan ini caranya;
Begini caranya
Lalui 5 kali cubaan tanam pokok pudina tak nak hidup. Kali ke 6 cuba dan akhirnya berjaya tanam. Dan saya dah tahu caranya…
1. Cari batang yang tua. Buang daun-daun keliling tinggal pucuk.
2. Rendam dalam air dan dedahkan pada cahaya matahari. Dalam 4-5 hari akan keluar.
Ads
3. Kemudian pindahkan ke tanah campuran.
4. Selepas pindahkan, biarkan di tempat yang redup sehari dua, kemudian baru pindah ke tempat yang ada cahaya matahari.
Ads
5. Kena siram 2 kali sehari atau pastikan tanah sentiasa basah.
Ads
Bila dah berjaya sekali, saya terus tanam lagi. Bukan buat jual tapi saya guna untuk letak dalam Vietnamese Spring roll yang saya jual.
Hajat nak simen ruang kosong di laman supaya mudah nak letak kereta. Nak panggil tukang, ruang kecil saja. Macam tak berbaloi.
Kalau dah begitu, DIY sajalah sendiri. Boleh ikut perkongsian Ahmad Saif ini untuk dijadikan panduan membuat lantai konkrit simen cara mudah.
Saja nak berkongsi tips konkrit simen mudah, tak sakit pinggang, ringan. Saya buat dengan anak saudara (budak darjah 6 saja), dia yang gaul simen dan ratakan, selamber saja.
Ratio konkrit:
-1 beg simen
-2½ wheelbarrow (kereta sorong) pasir
-1 wheelbarrow batu
Cara-caranya
Ini adalah layer konkrit kasar ya. Licin belum DIY lagi.
1. Letak je atas bukit pasir.
2. Pecahkan beg simen.
3. Cedok pindah ke sebelah. Cedok bahagian bawah agar mudah simen dan pasir bercampur cepat.
4. Pindah sekali lagi, cedok bawah.
5. Dah sekata pun, buatlah kawah.
6. Tabur batu di tebing kawah.
7. Isi air sampai hampir limpah kawah dan biarkan 10 minit utk resapan.
8. Anda akan rasa tebing tu sangat lembut. Sangat mudah dan ringan, tarik dan ratakan saja. Sambil tarik akan rata dengan sendiri.
Ratakan lah dengan senduk /trowel simen. Pastikan air tak bertakung. Siap!
Info : Saya guna 3 beg simen untuk ruang 19×7, tebal lebih kurang 2 inci.
Lobak putih ini memang sayur yang berbaloi sangat ditanam. Bukan saja ubi, daunnya juga boleh dibuat masakan.
Cara penanaman lobak putih ini juga ringkas. Lagi menarik, batang lobak akan terkeluar bila ditanam dan inilah yang buat kita teruja untuk tuai.
Bagi yang nak cuba tanam, Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau dikenali juga sebagai Cikgu Kebun berkongsi panduan penanaman serta tip untuk dapatkan umbisi yang besar.
Tanam lobak putih ni memang syok sebab tanaman ini jenis nampak batang lobak keluar dari tanah bila dah matang. Paling best masa nak tuai, cabut dan pegang lobak tarik keluar dari tanah. Syok yaamat.
CK nak ajar macam mana nak tanam lobak putih, cara CK simple tapi hasilnya mantap.
1. Sediakan tong air
Cari tong air 200L belah 2, kalau tengok tong biru ni CK tak lubangkan. Sebab nak baja dan air 100% lobak ini ambil. Tapi jangan letak di tempat terbuka atau panas mesti letak bawah bumbung/ green house atau awning rumah.
2. Buat campuran tanah
Bagi pokok jenis umbisi jangan guna tanah yang keras. Susah untuk lobak membesar. Boleh buat campuran macam ini; 2 baldi tanah sawit, 2 baldi tanah merah, 2 baldi sabut, 1 baldi sekam bakar, 1 baldi sekam mentah dan 500g baja wangi serbuk. Gaul semua campuran ini kemudian siram Soil treatment atau apa-apa Effective Microb (EM) untuk tanah.
3. Semai biji benih
Semai dulu biji benih lobak putih (boleh beli online) tapi jangan semai banyak. Sepokok satu lubang dalam tray semaian. Biji lobak putih jenis besar macam biji kangkung jadi cepat tumbuh. Kalau semai banyak macam CK, jenuh nak tanam. Kemudian pilih pokok yang betul-betul sihat untuk pindahkan.
4. Jarakkan sejengkal
Buat jarak sejengkal atau lebih setiap pokok, dan antara pokok. Sebabnya daun lobak putih tumbuh macam pokok sawi, lagi luas ruang lagi besar lobak kita akan dapat.
5. Siraman
Siraman kena ngam-ngam saja sebab CK tak lubangkan tong air sebelah bawah, jadi kalau air lebih nanti berenanglah lobak-lobak tu. Air siram basah saja, gunakan jari telunjuk cucuk dalam tanah. Kalau lembap tak perlu siram lagi.
6. Pembajaan
Cara pembajaan pula CK akan tabur baja wangi serbuk seminggu sekali dan siram dengan baja air LOF atau Single AB secara kerap tapi sikit-sikit. Lagi banyak kita buat pembajaan secara konsisten lagi besar lobak dan cepat hasil kita dapat. Disebabkan tempat tanam tiada lubang semua baja pokok dapat dengan banyak. Kesannya cepat pokok tumbuh membesar.
7. Kawalan serangga
Jangan lupa buat kawalan serangga seminggu sekali, secara semburan pada daun dan tanah. CK guna produk organik saja untuk buat kawalan ini.
8. Top up tanah
Bila nampak lobak putih mula keluar dari permukaan tanah, top up tanah. Tambah lagi banyak, lagi besar lobak akan dapat.
Insya Allah kalau buat yang CK ajar dalam 45-60 hari dah boleh tuai lobak putih. Bagus tanam atas bagi tinggi sikit macam buat rak, nanti nampak lobak putih ini menonjol atas tanah.
Kalau tanam pokok pudina di rumah senang bila nak guna dalam masakan atau minuman. Boleh petik daun yang segar, ini kelebihan bila kita tanam sendiri.
Tapi bila pokok dah lama tumbuh biasanya daun dan batang pokok ini mulalah jadi hitam dan gugur. Hingga akhirnya pokok pun mati.
Sebenarnya ada tip penjagaan yang perlu dilakukan bila pokok pudina berdepan masalah ini supaya kekal segar sentiasa. Boleh ikut panduan yang diberi oleh Azura Mohamad.
Bila ada daun pudina tanam dekat pasu dan hidup memang super menjimatkan dan seronok rasa. Ini cara saya nak kekalkan daun pudina hidup segar dan bertahun-tahun hidup.
✅Bila batang dan daun-daun semakin hitam dan gugur, ambil gunting dan potong batangnya. Tinggalkan sedikit di atas tanah.
✅ Batang yang berwarna hitam di atas tanah pilih dan buang.
✅Letak di tempat yang redup dan siram sekurang-kurangnya sekali sekali.
Gambar pertama pokok pudina saya sudah 3 tahun lebih saya jaga. Sekarang waktunya untuk buang daun dan batang yang hitam. Ini pokok induk yang saya beli.
Gambar kedua setelah sebulan dipotong. Daun mulai subur dan bolehlah petik untuk dimasukkan ke dalam air teh untuk sarapan pagi ini. Pokok kedua ini saya tanam dari keratan batang pokok induk tadi.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...