Hampir setiap rumah kita ada tong gas, tapi tahukah kita apa yang perlu dilakukan bila satu dapur berbau gas akibat tong gas bocor?
Dalam perkongsian di media sosial netizen berkongsi apa yang perlu dilakukan.
Kejadian ngeri
Pulang ke rumah pada tengah malam selepas makan malam di sebuah restoran, seorang lelaki terhidu bau gas yang tersebar di sekitar rumah.
Lelaki itu pergi ke dapur untuk mencari bau yang lebih kuat. Fikiran bawah sedar mendorongnya untuk menghidupkan lampu, dan dapur meletup. Suami mati dengan serta-merta dan isteri dimasukkan ke ICU.
Ads
Perabot dilihat 200 meter dari rumah, bermakna letupan paip gas itu lebih kuat daripada bom.
Apa perlu dilakukan
Pelajaran yang diperoleh dari kejadian yang mengerikan ini ialah:
Ads
1. Apabila terhidu bau gas, jangan terus hidupkan lampu, tetapi buka semua pintu dan tingkap dengan tenang, supaya tidak ada percikan api.
2. Kemudian tutup tabung gas dan jangan pasang lampu sehingga bau gas hilang sepenuhnya.
Ads
3. Juga jangan buka peti sejuk jika anda bau gas, kerana ia juga boleh menyebabkan letupan, dan juga kipas sedutan (exhaust fan) kerana ia mempunyai cas elektrik. Hanya perlu buka tingkap.
Sejak mengetahui kebaikan intermitten fasting (IF) ramai yang mengamalkannya.
Ini antara cara menjaga kesihatan dan kurangkan berat badan paling mudah untuk diamalkan. Cuma perlu tidak makan atau ‘puasa’ selama 12-16 jam, selepas makan malam.
Walaupun mudah dan ramai teruja melakukannya tapi seringkali juga mereka gagal kerana tak dapat tahan lapar dan nafsu makan.
Bagi yang begini mungkin boleh amalkan apa yang dipraktikkan oleh Dr Zabidi Haji Ahmad yang mengamalkan IF sejak bertahun tahun malah berjaya mengurangkan berat badan dari 105kg kepada 75kg sekarang.
Berikut adalah perkongsian beliau
Ada yang bertanya bagaimana saya boleh bertahan tidak makan selama 12-16 jam seperti mana yang diajarkan dalam Diet Intermittent Fasting.
Sebenarnya saya berlatih selama beberapa bulan nak dapat kebolehan tahan lapar ini. Masa mula-mula dulu asyik gagal. Tapi tidak putus asa.
Selalu gagal bila tengok makanan sedap
Kadang kala isteri ajak makan, kadang kala tengok makanan sedap terus jadi lapar dan ada pula rasa sugar craving. Itu yang menggagalkan.
Dulu saya ingat saya gastrik jika lambat makan. Terutama waktu pagi. Mesti sarapan. Kalau tak sarapan, gastrik menyerang.
Makan pukul 7AM dan pukul 10AM dah lapar semula. Rupanya tidak. Ia hanyalah mainan minda.
Makan minyak zaitun dan segelas air kosong
Jadi saya latih minda dan minum air kosong secukupnya. Kalau tidak, asyik ingat nak makan saja. Perut pula rasa pedih saja.
Gagal, berjaya. Bersilih ganti. Jangan putus asa. Sekarang saya mampu bertahan tidak makan sekurang-kurangnya 12 jam. Cara mudah saja. Kali terakhir makan pada 8PM, tidur awal. Bangun pagi 5AM ambil sesudu minyak zaitun dan segelas air kosong.
Esok pagi 8AM sudah boleh bersarapan. Pilih sarapan yang mempunyai tahap fiber yang tinggi, protein dan lemak sihat. Contoh sekeping roti dengan dua biji telur rebus atau separuh masak, dan letakkan sedikit minyak zaitun. Jangan bimbang dengan pengambilan lemak sihat.
Jika sibuk dengan tugas, saya akan gabungkan bersarapan dengan makan tengah hari. Inilah yang dinamakan sebagai brunch.
Tengah hari amal sesenduk nasi, banyak sayur, lebihkan protein
Bila makan tengahari pukul 1PM, saya amalkan konsep Healthy Plate. Banyak sayur, sesenduk nasi, lebihkan protein seperti telur dan ikan. Ambil sesudu dua minyak zaitun lagi. Air kosong campur sesudu cuka teen.
Makan semula pukul 8PM. Kemudian air kosong sehingga waktu tidur dalam pukul 1030PM-11PM. Jika tidur lambat, kita akan rasa lapar semula.
Mudahkan? Tidak…Semuanya perlukan semangat, kesabaran dan jiwa kental. Alhamdulillah mampu bertahan dari 2015 hingga sekarang (2021). Sekarang berat 75kg.
Jadi jangan terperanjat jika saya rutin saya bersarapan atau brunch. Saya pastikan saya tidak makan sehingga 12 jam dari masa terakhir makan. Alhamdulillah, lebih sihat, dan bertenaga.
Garlic Chili Oil ini memang elok sedia siap-siap di dapur. Kalau makan sup, bubur memang sedap kalau tambah bahan ini. Cicah dengan dumpling pun sedap. Letak dalam nasi goreng Cina pun layan.
Berbaloi buat sendiri sebab ia penyedap hidangan yang mudah sangat disediakan. Guna tiga bahan saja dan tak sampai 10 minit dah siap.
Untuk lebih senang ikut panduan yang disediakan oleh Zurina Zulkefli yang sudi berkongsi resipi garlic chili oil yang dijual sebelum ini.
Dulu saya berniaga garlic chili oil ni, makin lama permintaan semakin tinggi saya pula tak larat nak buat banyak dalam satu masa. Jadi saya stop. Saya kongsikan resipi, senang saja semua orang boleh buat.
3 bahan-bahan
1. Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.
2. Masukkan dahulu rempah 4 sekawan.
3. Kemudian masukkan bawang putih, kacau.
4. Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan, sebab kita tak nak garlic rasa pahit.
5. Masukkan chili flakes dan 2 cubit garam halus untuk rasa sedikit masin.
Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.
Siap.
6. Simpan dalam botol setelah chili oil sejuk. Saya simpan pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes ya.
Pulut kuning memang ramai peminat terutama kalau makan dengan rendang. Cuma tak ramai rajin buat sebab nak masaknya makan masa. Kena rendam, kukus dua kali, gaul dengan santan lagi. Banyak proses.
Tapi menariknya Mulia Nis ada berkongsi cara pantas nak sediakan pulut kuning. Tak perlu rendam berjam-jam, tak perlu susah cairkan santan, boleh masuk terus santan beku, memang mudah. Boleh ikut perkongsiannya.
Masak pulut kuning cara orang malas dan nak cepat. Tak perlu rendam pulut, santan pun guna yang beku lagi. Caranya;
2. Masukkan santan, saya masukkan terus santan yang masih beku. Tambah garam dan kunyit.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.