
Inilah rumah yang transformasinya viral di media sosial dua tiga hari ini. Mana tidaknya daripada kediaman jenis apartment lama seperti flat, ia telah diubah jadi begitu moden sekali. Sekali tengok macam kondominium pulak.
Disebabkan ramai yang kagum dengan perubahan before and after kediaman ini maka VK pun mencari info dari status asalnya iaitu Faizz Fauzi dan Muhammad Arif Arif.
Rupanya kedua individu inilah yang bertanggungjawab mengubah suai kediaman terbabit. Menurut Faizz, tuan rumah melakukan ubah suai secara keseluruhan selepas membeli rumah yang terletak di Subang Bestar ini. Sebelum itu kediaman tiga bilik ini dijadikan rumah sewa dari pemilik terdahulu.
Tapi nak dapat rumah yang cantik kenalah ada modal dan jumlahnya boleh tahan juga. Sebelum tahu pecahan kosnya, kita layan dulu gambar kediaman ini.















Ini modalnya
Cantik sungguh kan! Menurut Faizz dia mengambil masa dua bulan untuk menyiapkan kediaman ini dan ini pecahan kosnya untuk korang yang nak tahu.
Loose Furniture & deco item : +-RM18k ( sofa, coffee table, katil, picture frame dan sebagainya)
Built in furniture : +-RM18k (kitchen cabinet & wardrobe setiap bilik)
Renovation : +-RM30k (termasuk toilet, plaster ceiling, flooring, lighting)
**harga dan workmanship renovation bergantung kpd contractor masing2..
Deko cantik, padan dengan harganya. Tak dinafikan konsep minimalis macam ni sesuai dengan kediaman yang keluasannya terhad.
Sumber: Faizz Fauzi & Muhammad Arif Arif
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
“Saya Tak Sangka Merokok Boleh Buat Saya ‘Menderita’ Macam Ni!” Sufi Kini Kongsi Pengalaman & Usahanya Hingga Berjaya Berhenti Merokok

Meski sudah diuar-uarkan bahaya merokok tapi tabiat ini tetap juga sukar ditinggalkan terutama oleh golongan lelaki. Salah seorang daripada perokok tegar ini adalah penyanyi Singapura, Sufi Rashid.
Namun begitu selepas menyedari kesan merokok pada kerjayanya, peserta program realiti tv Akademi Fantasia 2015 (AF2015) ini tekad berhenti merokok.
Sufi berkongsi pengalamannya dan usaha yang dilakukannya untuk meninggalkan tabiat buruk ini walaupun sukar. Semoga ia dapat jadi panduan pada perokok tegar yang lainnya.
Dulu kuat sungguh merokok
Saya ialah orang yang sangat kuat merokok sebelum menyertai pertandingan nyanyian di Malaysia, Akademi Fantasia 2015. Saya sangka saya dah cukup sihat. Lagipun jadual nyanyian saya di Singapura pada masa itu tak seketat sekarang. Apabila saya nak mulakan karier di Malaysia, saya cakap pada diri saya yang saya perlu bertahan selama 3 bulan akan datang di boot camp # AF2015.
Stamina saya teruk
Semasa di boot camp, setiap peserta kena lalui latihan vokal, sesi tarian dan latihan senaman seperti berlari. Saya terkejut, stamina saya sangat teruk! Masa itulah saya mula risau kalau tak boleh nak bagi tumpuan sepenuhnya.
Semasa sesi latihan untuk lagu yang saya perlu nyanyikan minggu itu, nyanyian saya adalah yang paling teruk yang pernah saya rasakan! Begitu buruk berbanding hari-hari ketika saya tidak merokok.
Susah betul nak nyanyikan not yang tinggi. Mulalah risau tak dapat nak bertahan lama dalam pertandingan tu. Saya mula sedar yang saya kena berubah. Ubah gaya hidup dan salah satu perkara utama yang saya nak buat ialah berhenti merokok.

Sufi akui lebih sihat selepas berhenti merokok.
Kenapalah saya merokok dulu?
Apabila saya mula cuba berhenti merokok, memang nampak perubahan pada diri. Memang rasa sakit sikit dan suara saya seakan stuck terutama masa nyanyi not tinggi. Saya minum banyak air dengan harapan paru-paru saya boleh sembuh. Saya tak pernah sangka yang merokok ni boleh buat saya ‘menderita’ macam ni.
Semua yang saya lalui ni membuatkan saya bertambah benci dengan rokok dan saya tanya diri sendiri ‘kenapalah aku boleh mula merokok dulu?’ Saya tak henti berharap yang saya perlu cepat sihat setiap minggu supaya dapat fokus dengan lebih baik pada pertandingan nyanyian tu.
Badan lebih sihat, suara lebih baik
Tiga bulan selepas itu, saya menang AF2015. Suara saya bertambah baik. Selain dari latihan vokal yang saya dan jalani, usaha saya untuk benar-benar bebas rokok turut memainkan peranan penting dalam hal suara ini.
Anda mungkin mempunyai kekuatan untuk menyanyi, tetapi jika stamina anda teruk, anda tidak dapat mempertahankan teknik nyanyian yang betul dalam setiap lagu. Melalui kehidupan bebas rokok juga membuatkan saya sedar yang saya boleh simpan duit yang banyak juga setiap hari.
Ubah gaya hidup
Daripada merokok, saya kini memilih aktif berlari dan berenang untuk membina stamina saya untuk menyanyi. Inilah rutin harian saya sekarang! Setiap hari, terdapat begitu banyak #BetterThingsToDo dan kegembiraan.
Sentiasa percaya untuk mengejar impian anda dengan cara yang betul! Post ini untuk korang di luar sana yang ingin capai impian besar! Ini hanya sebahagian daripada cerita saya. Anda ada pengalaman yang sama? Jom kongsi.
A post shared by Sufi Rashid (@sufierashid) on
Sumber: https://www.instagram.com/sufierashid/?hl=en
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Tanam Nenas Sarawak Tepi Rumah Dalam Polibeg Saja, Ini Tip Agar Buah Besar Besar Belaka

Melihat deretan nanas Sarawak yang diketahui memang manis rasanya ditanam tepi rumahnya buat ramai yang teruja. Tak kurang juga terinspirasi untuk melakukan perkara yang sama.
Apalagi bila wanita dikenali nama Jodi Cholo ini memberitahu setiap satu nenas itu anggaran beratnya 3-4.5kg/biji sebiji dan semua pokok nenas itu ditanam dalam polibeg saja.
Tidak lokek berkongsi ilmu, ini tip dan penjagaan penanaman nenas Sarawak yang dipraktikkan oleh beliau.
Tip tanam dan penjagaan nenas Sarawak

1.Tanam nenas Sarawak di tepi rumah saja. Tanam sejak Ramadan 2021 dan Ramadan 2022 dapat tuai hasil. Bilangan pokok ada 70 pokok.
2.Tanam melalui anak/ sulur bukan jambul dalam polibeg saja, saiz 13×13 atau 10×10. Median yang digunakan adalah 100 peratus tanah sawit. Saya potong pelapah anak pokok sebelum tanam, tinggal 3 helai yang atas sahaja supaya pokok cepat naik.

3.Anak pokok diletakkan di tempat yang kena 100 peratus sahaya matahari. Nenas ini tanam manual, 2 minggu 1 kali disiram, itu pun kalau musim panas.
4.Baja yang digunakan adalah baja NPK 15,15,15 cara 2 minggu 1 kali, sukatan sesudu makan untuk satu polibeg (saya tak pakai baja foliar).

5.Letak silver shine (tikar alas bawah polibeg) untuk elak rumput dari tumbuh sebab malas cabut rumput.
6.Fungsi pinggan polisterin/topi untuk lindung cahaya matahari yang terik elak buah rosak. Letak pinggan ini setelah buah besar.

7. Berat purata nenas 3-4.5kg/biji dan rasanya manis. Sepanjang tanam tiada racun serangga digunakan.
Tip ekstra
-Pastikan pokok sihat sebelum berbuah.
-Pokok besar buah pun akan besar.
-Selepas pokok berbuah berhenti letak baja untuk elak buah rosak.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Jodi Cholo
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Hanya Teringin Ke Masjid Bersama Tapi Selepas 2 Tahun Barulah Doa Isteri Saharul Ridzuan Termakbul

Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga kebahagiaan pelakon Saharul Ridzwan bersama pasangan hidupnya Qaabila Deena Amir cukup terserlah. Apatah lagi diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata.
Sejak berkeluarga jelas dilihat pelakon ini berusaha membawa insan tersayang ke arah kebaikan, mengikut apa yang dituntut agama. Terbaru dilihat agak menyentuh hati bila dia menunaikan hasrat isteri yang sekian lama teringin untuk ke masjid bersama dengannya.
Termakbul walaupun asbab yang lain
“Awal2 kahwin dulu, wife saya pernah cakap dekat saya “Sayang, teringin nak pergi masjid dan dengar ceramah sama-sama.”
“Hari ni sepatutnya saya shooting, tapi cancel last minit, kemudian ada tahlil arwah kawan baik wife saya di Masjid, katanya lepas Maghrib, tapi Imam buat lepas Isyak. Sementara itu, kami dengarlah ceramah sama-sama.
“Selepas hampir nak 2 tahun doa itu, maka Allah makbulkan pada hari ini iaitu 1 Zulhijjah 1439 walaupun dengan ‘asbab’ yang lain.
Mohon dijemput tunai haji sebelum usia 40
“Jadi doa saya hari ni pulak, saya dan isteri dapat dijemput Allah utk tunaikan HAJI sebelum umur kami 40 kalau dipanjangkan umur. Amin, InShaaAllah
“Sesungguhnya Allah itu Maha Perancang dan Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hambaNya
“Allaahu akbar. Allaahu akbar. Allaahu akbar. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan pengorbanan arwah sebagai Ibu diangkat Allah SWT. Amin Ya Rabb.
A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on
Semoga doa untuk menunaikan haji pada usia muda tercapai dan kebahagiaan yang dikecapi pasangan ini berkekalan hendaknya.
Sumber: saharulridzwan
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!



