Ads

Kareena Kapoor Cetus Kontroversi Loket Ayat Kursi, Terima Notis Undang-Undang

Kareena Kapoor menerima notis undang-undang gara-gara memakai loket terukir Ayat Kursi ketika sambutan Deepavali. Notis berkenaan dilaporkan dikeluarkan oleh aktivis sosial, Abbas Hafeez bersama beberapa anggota masyarakat Islam.

Penampilan aktres Bollywood terkenal itu mencetuskan kontroversi apabila loket bersejarah milik keluarga diraja Bhopal yang mengandungi ayat suci al-Quran dijadikan sebahagian daripada aksesori fesyennya.

Menurut laporan NDTV, Kareena mengenakan loket zamrud berwarna hijau itu bersama kaftan berwarna beige rekaan pereka fesyen terkenal, Punit Balana.

Isteri kepada pelakon Saif Ali Khan itu turut melengkapkan penampilannya dengan serban sedondon serta aksesori tradisional dikenali sebagai kalgi.

Kareena Kapoor Cetus Kontroversi Loket Ayat Kursi, Terima Notis Undang-Undang

Ads

Loket Ayat Kursi Kareena Kapoor Warisan Keluarga Diraja Bhopal

Menariknya, loket zamrud seberat 30 karat itu bukan barang kemas biasa, sebaliknya merupakan warisan bersejarah keluarga diraja Bhopal, India.

Menurut jurugaya selebriti, Rhea Kapoor, loket yang terukir Ayat Kursi berkenaan pada asalnya milik Begum Bhopal sebelum diwarisi melalui keluarga Saif Ali Khan.

Kareena turut mengenakan aksesori kalgi berusia kira-kira 200 tahun yang mempunyai nilai sentimental kerana pernah dipakai suaminya ketika majlis perkahwinan mereka.

Ads

Difahamkan, nenek Saif, Sajida Sultan merupakan anak perempuan kepada pemerintah terakhir Bhopal, Nawab Hamidullah Khan.

Perkongsian Instagram Cetus Kontroversi

Kontroversi bermula selepas Rhea berkongsi perincian mengenai penampilan Kareena menerusi Instagram, termasuk sejarah loket berukir ayat suci al-Quran tersebut.

Kareena sendiri turut memuat naik beberapa keping gambar penampilannya sempena sambutan Deepavali.

Ads

“Deepavali ialah tentang menghayati tradisi dengan cara yang tepat,” tulis aktres yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu.

Bagaimanapun, penggunaan loket berukir Ayat Kursi sebagai aksesori fesyen menimbulkan bantahan sehingga membawa kepada pengeluaran notis undang-undang.

Isu ini turut mencetuskan perbincangan mengenai sensitiviti agama serta kepentingan menghormati kesucian ayat al-Quran, khususnya apabila digunakan sebagai aksesori dalam dunia fesyen.

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain