Ads

Anggota Polis Putus Pergelangan Tangan Diserang Warga Asing, Suspek Meninggal Dunia Selepas Ditembak

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengalami kecederaan parah sehingga pergelangan tangan kanannya terputus selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang di sebuah pangsapuri di Desa Aman Puri, Kepong.

Suspek yang dipercayai warga asing kemudian ditembak polis selepas didakwa cuba menyerang anggota sekali lagi ketika usaha menangkapnya dilakukan berhampiran sebuah taman permainan, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kejadian bermula selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 4 petang mengenai seorang lelaki dipercayai berada dalam keadaan tidak stabil dan mengamuk di pangsapuri berkenaan.

Susulan laporan itu, sepasukan polis bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikerahkan ke lokasi.

Menurutnya, keadaan bertukar kecoh sekitar jam 7 malam apabila pintu kediaman dibuka dan seorang lelaki meluru keluar sambil bersenjatakan dua bilah parang.

“Sekitar 7 malam, semasa dalam proses untuk melaksanakan tindakan ke atas maklumat itu, apabila premis kediaman dibuka, satu individu daripada dalam rumah meluru keluar dengan bersenjatakan dua bilah parang.

“Dia menyerang pihak polis bersama pihak bomba dan KKM yang sedang berada di hadapan pintu,” katanya.

Anggota Polis Putus Pergelangan Tangan Diserang Warga Asing, Suspek Meninggal Dunia Selepas Ditembak

Ads

Dalam serangan berkenaan, seorang anggota polis berusia 26 tahun cedera parah ketika cuba mempertahankan diri sehingga pergelangan tangan kanannya terputus.

Anggota lain kemudian berundur bagi menyelamatkan diri, sementara suspek melarikan diri ke tingkat bawah bangunan.

“Anggota lain kemudian berundur untuk menyelamatkan diri, manakala suspek melarikan diri ke tingkat bawah sebelum dikesan polis berhampiran sebuah taman permainan,” katanya.

Suspek kemudian dikesan antara jam 7.30 malam hingga 8 malam berhampiran taman permainan berkenaan.

Menurut Shazeli, lelaki itu sekali lagi bertindak agresif dan cuba menyerang anggota menggunakan sebilah parang ketika usaha menahannya dilakukan.

Ads

“Dalam usaha mempertahankan diri dan membuat tahanan, pihak polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek.

“Namun tembakan tersebut hanya mencederakan suspek dan suspek dibawa ke hospital untuk rawatan di hospital,” katanya.

Suspek bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Selayang.

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan identiti serta kerakyatan suspek, selain mendapatkan gambaran lengkap mengenai kejadian di kediamannya dan lokasi tembakan.

Ads

Jumlah tembakan yang mengenai suspek serta kecederaan dialaminya juga masih belum dapat dipastikan sementara menunggu keputusan bedah siasat.

“Setakat ini, kita percaya hanya seorang suspek terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Bedah siasat ke atas mayat suspek akan dijalankan di Hospital Selayang,” katanya.

Sementara itu, anggota Lans Koperal yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut memaklumkan siasatan menyeluruh akan dijalankan susulan kejadian tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa semua individu yang berada di negara ini, termasuk warga asing, perlu mematuhi undang-undang dan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian serta latar belakang suspek.

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain