Baru-baru ini heboh di media sosial tentang kematian bayi di selatan tanah air yang dikaitkan dengan seorang doula. Ibu tersebut melahirkan bayinya di rumah namun dikatakan lemas apabila keluar dalam keadaan songsang.
Doula tersebut dikaitkan dengan kematian bayi berkenaan dan telah berlaku perdebatan di media sosial antara pihak doula dengan pengamal perubatan.
Meski heboh diperkatakan tapi sebenarnya ramai juga yang tercengang cengang. Apa itu doula? Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan dalam satu statusnya menjelaskan maksudnya.
Buat pilihan yang betul
“Doula tu apa?“
Beberapa hari lepas, saya ada tulis status ringkas berkenaan doula. Saya ajak ibu-ibu hamil untuk buat pilihan yang betul. Ramai bertanya di ruangan komen tentang apa itu doula.
Ads
Doula dari segi bahasa(Greek) bermaksud “pelayan/pembantu wanita”. Namun, dalam konteks status yang saya muat naik kelmarin, ia bermaksud individu yang menjadi peneman ibu hamil ketika proses kelahiran.
Berbeza dengan bidan, doula tidak terlatih untuk menyambut kelahiran. Fungsi mereka hanya untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sebelum, semasa dan selepas bersalin. Mereka juga tidak bertauliah merawat atau mengendalikan sebarang kecemasan berkaitan proses bersalin.
Tak salah asalkan kelahiran disambut bidan atau doktor bertauliah
Tidak salah jika ibu hamil mendapatkan khidmat doula. Asalkan semasa bersalin, kelahiran disambut oleh bidan bertauliah atau doktor. Doula memainkan peranan sebagai pemberi sokongan.
Namun, di Malaysia, ada kelompok doula yang melakukan tugas di luar daripada peranan mereka. Mereka menakutkan ibu-ibu hamil dengan menjaja tentang keburukan bersalin di fasiliti hospital dan menjanjikan proses bersalin yang selesa di rumah. Ibu-ibu ini juga dimomokkan dengan keburukan pembedahan Cesarean.
Hasilnya, terbentuklah kumpulan-kumpulan yang enggan untuk bersalin di hospital serta menolak sebarang intervensi perubatan.
Ads
Pada tahun 2013, berlaku dua kes melibatkan kematian ibu yang bersalin di rumah hanya bertemankan doula. Kini(2018) sudah berlaku satu kematian seorang bayi berkedudukan songsang di dalam rahim, kerana ibunya memilih untuk bersalin di rumah tanpa pengawasan petugas kesihatan, sedangkan telah dirujuk ke hospital.
Proses bersalin amat genting
Proses bersalin adalah suatu proses fitrah tetapi ia juga sesuatu yang amat genting. Ia melibatkan nyawa 2 individu: ibu dan anak. Sebab itulah ia dianggap sebagai satu jihad. Oleh itu, semasa proses ini, keselamatan adalah keutamaan.
Sehubungan dengan itu, kami (pengamal perubatan) ingin mengajak kalian semua untuk membuat pilihan yang betul dan selamat. Wanita hamil disarankan untuk mengikuti pemeriksaan berkala di klinik untuk pemantauan risiko.
Kami juga menjemput wanita untuk bersalin di hospital kerana dan peralatan dan para petugasnya sentiasa siapsiaga untuk menghadapi sebarang kecemasan semasa proses kelahiran.
Ads
Di hospital, keselesaan bersalin kadangkala terpaksa dikorbankan demi keselamatan ibu dan anak. Selamat sebelum selesa. Apa gunanya selesa tetapi tidak selamat.
Pilihlah kelahiran selamat. Katakan #TIDAK pada kelahiran tidak selamat
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Medical Mythbusters Malaysia / Medtweetmy #sayNOtoUnSAFEbirth
Baru usia 30 hari, anak Fizo dan juga Mawar bakal jadi model tudung Fareeda. Kalau betul, Wan Maryam mungkin jadi model paling cilik.
Sesuailah kan dengan status ibunya Mawar Abdul Karim yang merupakan pengusaha dan juga duta tudung Fareeda. Perkara itu diumumkan sendiri oleh Mawar dalam satu perkongsian di instagram miliknya.
“Wahai Maryam bakal jadi model tudung kids n blouse fareedagroup. So uncle n auntie stay tune ok. Lepas ni Maryam akan melaram dari mama dia.”
Selain akan menjadi model untuk tudung dan blaus kanak-kanak, ujar Mawar beliau juga akan menggunakan nama Maryam sebagai jenama untuk produk kanak-kanak Fareeda Kids.
Untungnya la Maryam ni. Kita sendiri pun tak sabar nak tengok model cilik ni beraksi. Ini mungkin saingan Aaisyah Dhia Rana.
Fizo dan Mawar menimang cahaya mata pertamanya pada 30 Disember tahun lalu selepas melakukan rawatan kesuburan setelah lebih dua tahun mendirikan rumah tangga.
Tak dapat dibayangkan kesedihan ibu bernama Puteri Noridayu ini. Luahan dalam Facebook mungkin cara dia meredakannya.
Wanita ini baru kematian bapanya dua minggu lalu. Belum pun hilang kesedihan semalam dia menerima pula berita anaknya Muhammad Fahmie Abdullah terkorban dalam tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Akui ibu ini, anaknya adalah cucu paling rapat dengan ayah dan takdir Ilahi kedua insan yang paling disayangi pergi dalam tempoh yang dekat.
21 Ogos abah, 14 Sept anak
Mama tak dapat bayangkan Ya Allah
Kali ini mama kehilangan Fahmie
Kesemua luahan Puteri Noridayu ini mendapat reaksi ramai netizen yang bersimpati dengan nasibnya selain mendoakan ketabahan dia berdepan dengan dugaan ini.
Selepas hampir empat tahun hidup bersama anak-anak, pelakon Dynas Mokhtar,35 akan menamatkan status ibu tunggal yang dipegang pada hujung minggu ini.
Bakal bernikah dengan jejaka bujang Shazrik Din, meski ini merupakan perkahwinan kedua buat dirinya namun tetap ada acara berbalas hantaran.
Menariknya, hantaran yang disediakan oleh Dynas untuk bakal suaminya itu cukup istimewa dan rasanya tak pernah lagi dibuat dek pasangan lain.
Bagi pasangan yang ‘ada-ada’ mungkin pernah memberikan hantaran rumah, kereta atau percutian tapi apa yang diberi Dynas berbeza. Sebagai hantaran untuk suami, Dynas memberikan pembedahan lasik untuk mengatasi masalah mata yang dialami Shahrik.
Belum pernah dengar lagi kan pembedahan lasik dijadikan hantaran kahwin.
Ujar pelakon ini hantaran itu adalah hadiah terbaik buat suaminya. Hadiah penglihatan lebih jelas ini katanya supaya bakal suami dapat melihat betapa dia sangat menyayanginya. Sweet sungguh Dynas ni.
Perkara ini dikongsi Dynas dalam satu entri di instagramnya baru-baru ini.
“As hantaran I decided to give Rik the best gift ever ! Perfect vision and that you can see how much I love you . A special Tq to Prof Muhaya,”demikian tulis Dynas dalam status yang turut berkongsi video ketika Shazrik melakukan pembedahan lasik di Pusat Lasik Prof. Dr Muhaya.
Dalam ruangan komen di status tersebut Dynas turut berkongsi tentang harga pembedahan lasik yang dilakukan. Membabitkan kos RM12 ribu, pembedahan ini katanya hanya dilakukan dalam masa dua minit sahaja.
Jelas Dynas dia sendiri pernah melakukan pembedahan lasik ini satu ketika dulu yang melibatkan kos RM 8 ribu namun tempoh pembedahan adalah selama 17 minit.
Terbaiklah hantara Dynas ni, kalau ada duit apa salahnya untuk insan tersayang kan.
Kulit bawang putih yang siap dikupas, biasanya kita buang saja tapi buat pengusaha makanan berpantang ini bahan tersebut adalah 'harta' yang sangat bernilai. Sebab...