Bagi yang baru belajar ‘membaking’ dan berhasrat nak buat kuih raya tahun ini info ini penting untuk kita tahu.
Paling utama kena faham perkara paling asas iaitu bahan-bahannya. Terutama sekali mentega atau butter yang ada jenisnya. Perkongsian daripada Amirul Kalif Syde ini sememangnya banyak membantu terutama mereka yang baru berjinak-jinak belajar buat kek dan kuih.
Beliau menerangkan jenis-jenis mentega yang seharusnya kita faham agar kek atau pastri yang dihasilkan bukan saja menjadi tapi juga enak! Berikut adalah perkongsiannya yang dipetik dari laman Twitter.
Jangan happy sangat kalau tengok harga murah
Untuk yang masih belum tahu atau yang baru berjinak jinak dalam dunia baking/pastry, janganlah korang happy dulu bila tengok benda ni murah, sebab ini mungkin bukan apa yang korang perlukan.
Jika ada resipi yang memerlukan kita guna mentega, yang ini bukan pilihan terbaik. Kita ada banyak jenis butter, antaranya mentega biasa (salted/unsalted) / clarified butter (ghee) dan lain-lain
Perlu diketahui dua mentega iaitu Buttercup dan Farmcow bukanlah PURE BUTTER atau pun memang bukan butter langsung, ia lebih kepada marjerin terutama sekali Buttercup.
Di bawah ini adalah bahan untuk menghasilkan Buttercup. Bahan utamanya adalah minyak kelapa sawit yang menandakan ia bukanlah mentega tapi marjerin.
Mentega diperbuat dari lemak tenusu
Mentega diperbuat daripada lemak tenusu, pada kadar sekurangnya 80% tenusu. Bawah daripada itu, ia adalah marjerin atau pun campuran butter-marjerin
Ada yang kata, guna Buttercup sedap je rasa dia memang macam butter. Betul aroma, tekstur memang macam butter. Cuma kalau baking, kita akan dapat lihat dan rasa perbezaan yang ketara pada kuih atau kek yang dihasilkan.
Maka sebab itulah kenapa harga Buttercup atau Farmcow dan sekutu dengannya ini lebih murah. Sebaliknya mentega seperti Tatura, Anchor, Emborg lebih mahal malah ada yang cecah belasan ringgit per 250 gram.
Jadi janganlah hairan kenapa orang sanggup beli butter yang ‘mahal’ dari beli butter yang murah kerana mereka itu tahu apa yang anda mungkin tidak tahu.
Guna ikut kesesuaian
Ingat, dalam pastrikekuatan utamanya adalah butter. Tinggi kualiti butter, tinggi jugaklah kualiti pastri.
Tapi janganlah terus boikot Buttercup/Farmcow dan jenama lain sejenisnya. Ia boleh guna tapi kena ikut kesesuaian. Ada sesetengah kuih raya seperti tart, semperit takde masalah pun nak guna Buttercup sebab kurang rasa tenusu.
Berikut ada sedikit panduan untuk kita mudah ingat atau bantu untuk bezakan mentega dan marjerin. Cara nak bezakan senang;
1) Tengok harga
2) Tengok ingredients
Contoh non-Pure Butter
•Buttercup
•FarmCows
•TwinCows
Contoh Pure Butter
• Anchor
• Tatura
• SCS
• Emborg
• Golden Churn
• Western Star
• Philadelphia
• Kerrygold
Semua ni selalunya ada dekat baking store malaysia & supermarket malaysia. Bahan seperti butter, whip cream, cream cheese kalau boleh beli lah dekat baking store sebab harga yang jauh lebih murah.
Gulai terung, pajeri, sambal, bakar semua dah buat. Ini satu lagi masakan berasaskan terung yang boleh kita cuba. Terung goreng crispy, resipi ini lain sikit tapi yang pasti sedap dan rangup.
Yang tak minat makan terung pun akan jadi suka, tak mustahil anak-anak pun akan suka makan terung lepas cuba terung goreng crispy ni. Cara membuatnya dikongsi oleh Zaharah Mazrul.
Cara buat terung goreng crispy
Ada peminat terung di sini? Kalau ada kita geng. Jom kita pelbagaikan menu terung, goreng macam ni memang sedap.
Bahan-bahan
Terung
Garam
Tepung Bestari (pedas)
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Basuh bersih terung kemudian potong terung macam dalam gambar, potong memanjang tapi jangan putus.
2. Kemudian tabur/sapu garam halus sikit pada setiap terung. Perap dalam 10 minit.
3. Selepas perap air akan keluar dari terung, lap dengan tisu supata kering sedikit.
4. Seterusnya celup terung dalam tepung Bestari dan goreng dalam minyak yang dipanaskan terlebih dahulu.
5. Angkat dan tos bila terung sudah garing. Boleh dijadikan lauk, nak makan begitu saja pun sedap.
Kalau beli telur masin biasanya ia akan diselaputi dengan tanah liat dan juga sekam padi yang hitam.
Ni memang cara untuk buat telur masin. Jadi bila nak rebus kita kena bersihkan semua ini dulu.
Tapi kalau nak mudah boleh ikut perkongsian Suzana Sha’em. Tak perlu tanah liat atau sekam , cuma pakai cuka dan garam dan takkan mengotorkan dapur.
Kalau nak cuba buat sendiri boleh lah ikut cara Suzana ini
Tak perlu beli lagi telur masin bedak hitam
Telur masin buat sendiri. Cantik oren dia.. Yeah menjadi. Lepas ni takde lah nak beli telo asin yang pakai bedak hitam tu lagi. Yang ni lagi bersih buat sendiri.
Bahan-bahannya
Telur itik
Cuka
Garam halus
Bekas
Cara membuatnya senang saja
1. Basuh bersih telur
2. Kemudian rendam dengan cuka selama 2 minit.
3. Seterusnya gaul telur tadi dengan garam halus hingga rata.
4. Letak dalam bekas dan peram selama dua minggu atau 16 hari.
5. Tak perlu simpan dalam peti ais, boleh letak di luar saja.
Asyik buat cekodok saja guna pisang, apa kata buat menu lempeng pisang macam ni. Lempeng pisang ni sebahagian makanan nostalgia orang kampung. Kalau makan panas-panas dapat pulak bahagian yang hangus sikit memang sedap.
Boleh buat guna pisang mas, berangan atau pisang yang selalu kita guna untuk buat cekodok. Kalau tak pernah cuba, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Chek Kuna Ahmad untuk makan petang ni terus.
Cara buat lempeng pisang
Bahan-bahan
Pisang
Gula
Tepung gandum
Kelapa parut -digaul dengan garam
Daun pisang
Sedikit minyak
Cara membuat:
1. Tumbuk atau lenyek pisang sehingga hancur/halus.
2. Masukkan sedikit gula. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum. Kacau rata & sebati.
4. Lap/bersihkan daun pisang.
5. Sapu minyak sedikit daun pisang. Ratakan dengan tisu.
6. Ambil beberapa sudu adunan tadi lalu ratakan. Ketebalan mengikut cita rasa. Taburkan kelapa parut rata-rata dan lipatkan adunan.
7. Panaskan kuali. Masak lempeng sehingga masak & garing.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...