Automotif

Kereta Kuat ‘Makan’ Minyak, Puncanya Mungkin Dari Sensor Ini

Share

Kereta kuat makan minyak, memang buat kos kita meningkat. Kalau dulu isi RM50 boleh tahan 4 hari, sekarang dua hari dah hampir ke E.

Bila rasa perubahan kereta begini sebaiknya pergi ke bengkel untuk pemeriksaan. Menurut ZAM Auto Accessories masalah ini mungkin berpunca daripada sensor kerana yang tidak berfungsi dengan baik. Boleh baca penjelasan beliau tentang perkara ini.

Punca kereta kuat makan minyak, check sensor ini

Kereta kuat telan minyak? Mungkin puncanya datang dari sensor-sensor yang dah mula buat hal. Sensor ini kecil saja tapi impaknya besar!

Berikut adalah lima sensor penting yang sebenarnya main peranan besar dalam penjimatan minyak kereta:

1. Oxygen Sensor (Sensor Oksigen)

Sensor ini mengira baki oksigen dalam asap ekzos. Kalau rosak, campuran minyak-angin lari. Terus enjin guna minyak lebih dari biasa. Bila campuran tak betul, kereta pun jalan ‘semput’.

2. Mass Airflow Sensor (MAF)

Alat ini pula ukur berapa banyak udara masuk ke dalam enjin. Kalau bacaannya salah, ECU pun akan jadi keliru nak campur minyak banyak mana. Hasilnya, minyak banyak terbazir sebab pembakaran tak sempurna.

3. Throttle Position Sensor (TPS)

Sensor ini memantau bukaan pedal minyak. Bila tekan minyak, sensor ini beri signal. Kalau rosak, ECU akan menyangka pedal minyak ditekan kuat padahal tidak. Jadi minyak pun ikut terbakar lebih.

4. Fuel Pressure Sensor

Sensor ini menjaga tekanan minyak dalam sistem. Kalau tekanan ‘lari’, minyak masuk tak ikut sukatan betul. Enjin pun mula telan minyak berlebihan.

5. Temperature Sensor (Sensor Suhu Enjin)

Alat sensor ini mengukur suhu air dalam enjin. Bila rosak, sistem fikir enjin belum panas, padahal dah lama hidup. Ini menyebabkan minyak dibazir untuk “panaskan enjin” yang sudah pun panas.

Kesimpulannya sensor-sensor ini walaupun nampak remeh, namun ia berfungsi untuk jaga penggunaan minyak. Kalau semua dalam keadaan tip top, minyak pun akan jimat!

Sumber: ZAM Auto Accessories

Baca Lagi: Kereta Keluar Bunyi Lain Macam Bila Memandu Petanda Ada Yang Rosak

 

Published by
VK