Selepas 37 hari menjalani tempoh berpantang penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mendedahkan penurunan berat badannya.
Tinggal lagi seminggu sebelum menamatkan pantang, melalui entri terbaru di instagram Siti berkongsi dia sudahpun berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17.5 kg secara keseluruhannya.
Meskipun penurunan agak banyak namun isteri kepada Datuk Khalid Jiwa menyasarkan mahu menurunkan lebih banyak lagi.
“Hari ini Aafiyah & ibu checkup sekali.. apa yang tragis harini ialah bila Aafiyah kena ambil darah, ibu yang menangis. Alhamdullillah, semuanya baik dan ibu total turun berat sekarang 17.8kg. Banyak lagi kena turun ni,”tulis Siti dalam posting terbaru di instagram @CTDK.
Ads
Dalam pada itu Siti turut memuat naik beberapa keping gambar ketika beliau membuat pemeriksaan selepas bersalin hari ini yang menunjuk penampilannya yang lebih langsing berbanding sebelum ini.
Beliau yang turut membawa anaknya Siti Aafiyah kelihatan ayu dengan kaca mata walaupun hanya berkemeja tanpa solekan mampan.
Ads
Rahsia berat badan cepat turun
Terdahulu Siti berkongsi bahawa antara faktor yang menyebabkan berat badannya cepat turun adalah kerana penyusuan ibu yang dilakukan.
Selain itu selama tempoh berpantang Siti juga mengambil khidmat pakej berpantang bertaraf lima bintang dari Natalis Mother Care.
Pakej ini bukan saja merangkumi berurut, bertungku tapi juga menawarkan hidangan berpantang. Selain itu dua pekerja disediakan untuk menjaga Siti dan bayi pada waktu malam.
Ads
Terbaiklah pakej pantang Siti ni, memang patut pun boleh kurus!
Selepas tumbangnya kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 14 beberapa hari lalu, banyak kisah yang selama ini terpendam mula disuarakan secara terbuka.
Daripada ahli politik hinggalah artis yang selama ini memendam rasa. Terbaru melakukan perkara yang sama adalah personaliti TV3 iaitu Mohd Izwan Azir Saleh.
Sebagai pembaca berita untuk slot Buletin Utama TV3, stesen tv yang dikaitkan dengan pro BN tak dapat dinafikan dia sendiri banyak menerima tempiasnya.
Jika selama ini berdiam diri, semalam melalui posting di Facebook Izwan yang duduk di barisan depan stesen tv ini meluahkan apa yang dirasa.
Tidak ramai yang tahu, apa yang saya perkatakan ketika melakukan lintas langsung BERSIH dari balkoni Persatuan Bola Keranjang Malaysia pada 2007. Yang ramai tahu hanya aksi saya di’boo’ dalam video yang diambil seorang peserta yang sedang berarak yang disebarkan di Youtube.
Ketika melakukan lintas langsung itu, saya mengatakan bahawa ‘peserta BERSIH sanggup untuk meredah hujan lebat dan menunjukkan semangat yang berani, tidak mempedulikan kawalan polis untuk berkumpul di Stadium Merdeka bagi menyatakan hasrat mereka’.
Sebelum itu, ketika mereka sedang menuju ke sana, dari balkoni itu saya melambai malah memberi tabik hormat kepada beberapa peserta dan mereka juga tersenyum kepada saya. Namun ketika dihalau polis, mereka berpatah balik dan melalui kawasan lintas langsung saya, membaling saya dengan botol air TANPA mengetahui apa yang sebenarnya sedang saya perkatakan ketika lintas langsung itu. Pengadilan dibuat kepada saya, hanya kerana saya memegang mic dengan logo TV3.
Itulah yang berlaku kini, diambang Malaysia Baharu.
Saya dikecam, dicaci, dinista, hanya kerana saya seorang di ‘barisan hadapan’ TV3. Sedari dahulu lagi, sayalah yang menanggung kata-kata nista ini termasuk menghukum saya masuk neraka. Namun kerana menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, saya berusaha untuk melakukan yang terbaik.
Rakan-rakan saya di TV3 tahu, Izwan Azir Saleh adalah seorang yang tidak gemar politik. Ketika bertugas di Parlimen, saya lebih suka tidur daripada sibuk mencari ahli yang berhormat. Namun ketika saya harus berlintas langsung, saya akan pastikan yang saya kelihatan tip-top, segak dan tahu apa yang berlaku.
Semua itu saya lakukan supaya apabila kerja saya selesai dengan baik, saya boleh pulang segera tanpa ditanya lagi oleh boss dan melanjutkan kehidupan harian saya, menikmati masa-masa bersama keluarga atau bersendirian tanpa diganggu urusan kerja.
Saya kini dihukum hanya kerana berkhidmat dengan sebuah saluran TV Pro-BN. Saya menjadi seperti Allahyarham Nordin Ahmad atau Sharif Doll yang diludah di Jalan Ampas, Singapura hanya kerana watak antagonis Datuk Laksamana Megat Seri Rama dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang atau Samseng Kampung Pinang Sebatang dalam filem Pendekar Bujang Lapok.
Dalam suasana Malaysia yang baharu, janganlah kalian menilai hanya dari kulit, tapi bacalah isi kandungannya. Fahami bahawa golongan barisan hadapan ini adalah mentimun. Digolek juga lenyek, menggolek juga lenyek. Saya hanya cuba melaksanakan tugas saya dengan baik.
Ramai yang tidak tahu, ketika Datuk Seri Shafie Apdal dipecat daripada pentadbiran terdahulu, sayalah bersama pasukannya, membersihkan pejabat Menteri sehingga larut malam, dan berpelukan dengan rakan-rakan saya yang terpaksa meninggalkan pejabat dengan segera.
Tetapi saya tidak perlu menceritakan semua ini, atas dasar persahabatan bersama mereka. Mereka kenal saya. Pemimpin kerajaan kini juga kenal saya, malah ada antara mereka yang sering berhubung dengan saya. Mereka tahu siapa yang saya maksudkan.
Malam ini, anda akan melihat wajah ‘ahli neraka’ ini lagi ke udara. Menyampaikan berita dan menyebut Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri dan pembangkang yang akan diketuai Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Biarkanlah saya melaksanakan tugas secara profesional seperti yang telah saya lakukan selama ini. Walaupun pedas tuduhan yang anda lempar, tetapi akhirnya saya cuma manusia biasa. Penyampai Berita bukan pembuat dasar.
Apabila diarah untuk bersiaran, saya akan lakukan yang terbaik dan apabila diarah berhenti daripada bersiaran, seperti ketika saya diminta meninggalkan pasukan Malaysia Hari Ini (MHI) Januari lalu, saya taat dan keluar dengan seikhlas hati. Itulah saya.
Saya sudah melihat sinar politik matang dikalangan pemimpin kita sekarang. Yang menang meneruskan tanggungjawab, yang kalah telah mengucapkan tahniah. Tetapi, kita dibawah ini juga perlu bersikap matang supaya Malaysia Baharu yang kita inginkan, akan benar-benar tercapai bukan sekadar dengan tulisan tapi dirasai dan meresap kedalam dalam hati sanubari setiap rakyat Malaysia.
Terima kasih anda yang faham dan mahu memahami tugas kami sebagai pemberita. Jika yang tidak mahu faham, cubalah sekali sekala memakai kasut kami. Anda akan mengerti.
Salam Hormat.
Luahan panjang Izwan ini mendapat banyak reaksi netizen, Meski ada yang mula memahami situasi Izwan tapi ramai juga yang tetap mengecam beliau.
Mereka memperkatakan tentang reaksi mimik muka Izwan ketika membaca berita satu ketika dahulu yang seolah-olah melambangkan pendiriannya.
Izwan sudah meluahkan apa yang dirasa, terpulang pada netizen untuk menilainya.
Tatkala anak dilanda kontroversi, ibulah orang yang paling resah. Seboleh-boleh ibu akan cuba meredakan keadaan. Sokongan orang sekeliling terutama ibu bapa sangat diperlukan.
Bagi penyanyi era 80-an, Datin Suliza Salam, beliau memang memberikan sokongan moral kepada anaknya, penyanyi remaja, Ismail Izzani. Sebagai ibu, pastinya beliau turut terasa dengan kemelut kontroversi yang melanda anaknya.
Ibu mana yang mahu melihat anaknya berada dalam keadaan susah? Dalam usia yang begitu muda, pastinya Ismail perlukan sokongan padu daripada ibunya. Malah, dia yang mengakui dirinya ialah anak emak turut mengatakan dirinya tertekan dengan kontroversi yang melanda.
Melalui instagram, Suliza memberikan kata-kata semangat kepada Ismail.
ALLAHUAKHBAR…MEMG ADA BENARNYA ..TAPI JGN JADIKAN IANYA HALANGAN ..SEBALIKNYA TERUSKAN USAHA DAN SENTIASA YAKIN BAHAWA ALLAH ADA DAN SELAGI KITA YAKIN PDNYA..PASTI SEGALA HALANGAN AKAN DPT KITA TERIMA DAN HADAPI DGN SENYUMAN SERTA REDHA…
DAN ANGGAP IANYA NIKMAT YG HARUS KITA SENTIASA SYUKURI… YAKIN BOLEH…JGN SOMBONG DIRI DAN ISTIQOMAH..TIADA LALUAN MUDAH DLM APA JUGA DI DUNIA INI…SELAIN MELALAIKAN..TANPA HALANGAN DAN UJIAN..MANUSIA MUDAH LUPA ..
I KNOW U STRONG AND MAMA YAKIN BERKAT DOA DAN RESTU SEMUA..IN SYA ALLAH…SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA…DOA MAMA BUAT MU SYG…ALWAYS AND FOREVER WILL??..ALL THE WAY??.STAY COOL..CHILL…????POSITIVE..LUV U..
Julai tahun lalu, anak jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan telah dilamar usahawan, SM Faliq SM Nasimuddin.
Faliq, yang juga anak lelaki kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin telah melamar Chryseis Tan,29, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh.
Hampir enam bulan mengikat tali pertunangan, Faliq dan Chryseis akhirnya dijabkabulkan dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah resort, The Chateau, Bentong Pahang hari ini.
Berita gembira ini dikongsi oleh Nadia Nasimudin yang juga adik kepada Faliq dalam satu status di instagram miliknya.
“Welcome to the family @chrystan_x !!! #chrysfaliqeverafter,”tulisnya sambil memuat naik video akad nikah abangnya bersama sekeping gambar pasangan pengantin acara menyarungkan cincin.
Dalam majlis itu, Chryseis yang merupakan anak kepada jutawan dalam pelbagai perniagaan termasuk hartanah sah bergelar isteri kepada Faliq, 33 tahun salah seorang pewaris kumpulan Naza dengan sekali lafaz. Chryseis turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000.
Menggunakan #chryfaliqeverafter foto-foto turut dikongsi oleh tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan paling ‘mahal’ itu. Berikut antara 15foto menarik yang dikongsi di instagram.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...