Baru-baru ini penyanyi dan pelakon Farahdhiya memuat naik ke Instagram gambar bersama petai dalam jumlah yang banyak. Caption sempoi mencuri perhatian netizen.
Ada bakat jadi calon menantu mak awak tak?? Party petai namanya ni!!Thanks for the petai!U know who u are ? #kopekpetaisendiri
Gara-gara gambar ini, Farahdhiya menerima pelbagai komen yang mencuit hati.
Perghhhh kecur liur tengok sambal godok petai Farahdhiya ni. Tiba-tiba VK rasa cantik sebab netizen kata perempuan cantik semua hantu petai. VK la tu… hahahaha
Cita rasa fesyen kita berbeza, ada yang suka nampak classy. Ada yang suka nampak ringkas dengan sesuatu yang kasual. Tak kurang juga ramai yang memandang jenama sesuatu produk fesyen itu terlebih dahulu sebelum membeli dan memakainya.
Tapi bagi pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay apa pun yang dikenakan sentiasa nampak cantik bergaya walaupun dia berhijab. Melalui instagram Liyana juga berkongsi tip fesyen yang dipraktikkan. Paling utama katanya mix and match.
I’m still me. It’s hard to change. I love my oversize tshirt and color shoes. I remember I have converse in every color and with the glitter ones too. I tend to buy the same thing over and over again. Last last, almari penuh dgn style yg sama cuma warna je lain.
Akibat suka membeli sesuatu yang sama berkali-kali, akhirnya almari Liyana penuh dengan gaya yang sama. Yang berbeza cuma warna saja.
Oh baju yang cantik, tak semestinya mahal.. Kalau ada taste, apa2 brand pun kalau pandai mix and match akan jadi ons!
Liyana menyarankan kita kena bijak suai padan. Jangan pentingkan jenama sangat. Ini kerana cita rasa kitalah yang jadi penentu. Kalau ada cita rasa, jenama apa pun yang kita beli boleh nampak cantik asalkan bijak suai padan.
Jom tengok gaya Liyana di bawah ni.
T shirt over size dan kasut warna terang. Liyana Jasmay sangat!
Baju turtle neck. Saiz tetap besar.
Saiz besar tetap jadi pilihan Liyana.
Kardigan labuh bercorak jadi pilihan.
Blaus besar dengan seluar corak jalur. Tetap cantik.
Tanyalah mana-mana wanita pasti menginginkan kulit yang putih. Kalau boleh dengan cara yang cepat sebab masyarakat kita beranggapan putih itu cantik.
Untuk korang yang mahu hasil yang instant boleh ikut cara @rihajamil yang berkongsi cara dia memutihkan kulit wajah dengan kaedah paling selamat tanpa perlu oles bahan kimia.
Ha yang nak putih boleh try cara ni, confirm selamat tiada penggunaaan bahan kimia. Lucukan tapi perkongsian gadis ini tular di Twitter hingga mendapat hampir 20K retweets.
Selalunya ia meninggalkan parut merah pada wajah yang menyakitkan mata bila melihatnya di cermin. Sebab itulah ramai yang sanggup membeli produk yang mahal untuk menghilang parut jerawat ini.
Tapi sebelum keluarkan duit, baiklah kita cuba dulu petua yang dikongsi oleh Muyassarah Samad. Gadis ini berkongsi petua menghilangkan parut jerawat dengan cara paling mudah, murah dan semula jadi tapi kesannya mampu buat wajah kembali flawless.
Menurut Muyassarah, petua ini sudah diamalkan sejak lima tahun lalu. Sebaiknya dilakukan setiap malam jika mahu hasil lebih berkesan lakukan setiap malam. Insya-Allah katanya dalam tempoh seminggu parut jerawat akan hilang.
Ini berdasarkan pengalamannya sendiri beberapa tahun lalu ketika wajah mengalami masalah parut merah yang banyak sehingga membuatkan dia malu untuk keluar rumah.
Namun petua inilah yang diamalkan untuk memulihkan wajah. Caranya memang mudah hanya menggunakan asam jawa & bedak sejuk tapi kesannya memang terbaik.
Bahan-bahan:
Asam jawa
Bedak sejuk
Air kosong
Cara membuat:
1. Ambil sedikit asam jawa lalu tambah air kosong secukupnya. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
2. Ambil bedak sejuk campurkan sekali dengan pes asam jawa tadi. Kalau terlalu pekat tambah sedikit air. Gaulkan.
3. Kemudian ambil pes dan tampal pada bahagian wajah berparut. Boleh juga disapu pada satu muka.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...