Kita memang biasa letak makanan atau baki lauk pauk dalam bekas makanan plastik untuk disimpan.
Tapi kalau letak sambal, gulai dan makanan berminyak lain saki baki minyak yang melekat ini memang susah nak hilang. Dah basuh guna sabun pun berminyak lagi. Selalunya kena basuh 2-3 kali baru hilang.
Rupanya ada tip mudah untuk kita hilangkan kesan berminyak pada bekas makanan plastik ini. Cuma guna garam! Tip ini dikongsi oleh Hafiza Zanuddin.
Bekas makanan plastik yang ada kesan minyak sambal terutamanya memanglah susah nak hilang.
Ini kesan minyak sambal pada bekas plastik yang susah nak hilang.
Ads
2. Masukkan sedikit sabun(tak kisah jenama), kemudian tambah sesudu garam dalam bekas pencuci dan letak sedikit air.
Ads
3. Ambil span dari air bancuhan tadi kemudian cuci macam biasa, tak perlu rendam pun. Terus hilang macam ni.
Ads
4.Hasilnya, bersih tiada minyak langsung dan menciutkan. Tak perlu basuh 2-3 kali, membazir sabun.
Tanam ubi kayu selain untuk menikmati ubinya, kita juga akan memetik pucuknya untuk dibuat hidangan.
Pucuk ubi ini enak direbus, dibuat gulai mahupun digoreng. Kalau lebih berminat menanam ubi kayu untuk mendapatkan pucuk, boleh ikut cara penanaman ubi kayu dalam pasu seperti yang dikongsi oleh Iskandar Ab. Rashid.
Selain daripada ubi, daun ubi kayu enak dibuat ulam. Kalau pucuknya direbus, cicah budu…. Tiada kata dapat membayangkan keenakannya. Jika nak tanam untuk pucuk boleh menggunakan pasu. Caranya adalah seperti berikut;
1. Gunakan pasu besar, misalnya bukaan 10 inci.
2. Isikan pasu dengan tanah atas (topsoil) yang kaya dengan bahan organik sehingga 3/4 penuh.
3. Siram tanah dengan air untuk basahkan tapi jangan sampai bertakung.
4. Buat lubang lebar 15 cm (6 inci) dengan kedalaman 10 cm (4 inci).
5. Masukkan keratan batang dengan kedudukan 45 darjah.
6. Pastikan tunas berada di bahagian atas.
7. Tutup lubang dengan tanah ringan, misalnya kompos atau humus. JANGAN MAMPATKAN TANAH.
8. Sembur dengan air berkabut (mist) menggunakan penyembur.
9. Letak ditempat teduh. Pokok akan bertunas selepas 1 minggu.
10. Apabila telah bertunas alih pasu ke tempat panas.
11. Apabila tunas baru tumbuh dalam 30 cm (1 kaki), boleh mula tuai pucuknya.
Kalau pergi ke restoren makanan segera ini, selain ayam set nasi juga jadi kegemaran anak-anak kita. Rasa macam nasi ayam dan juga ada rasa mentega. Mungkin sebab itu anak-anak suka.
Tapi nak bawa anak selalu makan di sini, mungkin tak dapat. Satu set boleh tahan harganya. Jadi untuk langkah penjimatan kita buat sendiri. Resipinya pun ada, dikongsi oleh Syue Haida.
4 cawan beras
4 biji bawang putih – ketuk dan potong halus
1 biji bawang merah (jika suka) – hiris nipis
125g butter
Halia – ketuk biar pecah sikit
1 cawan freshmilk (apa-apa brand asalkan full cream)
1 kiub pati ayam
Garam
(Kuantiti ini untuk 5 orang makan)
Cara masak:
1. Panaskan kuali, masukkan butter tumis bawang putih. Kalau nak masukkan bawang merah tumiskan sekali sampai naik bau.
2. Masukkan halia.
3. Masukkan freshmilk dan kacau sekejap dalam 2 minit.
4. Masukkan beras yg dah dibasuh diikuti kiub pati ayam. Gaul beras sekejap dalam 3 minit.
5. Alihkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan air, sukatan air ditambahkan dengan secawan susu. (Cara saya, beras 4 cawan air 4 cawan +1 cawan susu). Masukkan juga sedikit garam dan masak seperti biasa.
Nota: Sukatan air bergantung pada jenis beras yang diguna.
Daun sup memang selalu kita guna dalam masakan, jadi kalau tanam di rumah memang elok sangat. Kalau tiada anak benih dari pokok induk kita cuba tanam dari biji benih.
Bagi memastikan pokok daun sup ini elok subur dan tak mati ada penjagaan yang perlu kita ikuti. Kalau dijaga baik, pokok boleh hidup hingga 2 tahun.
1. Sediakan tapak semaian, jika boleh gunakan tray semaian yang banyak dijual.
2. Sediakan benih, rendam selama satu malam (10 jam) dengan air paip, jika air tanpa klorin lagi baik untuk mengaktifkan benih supaya mudah bercambah.
Tujuan rendam supaya kesemua benih mudah bercambah. Jika tidak mahu rendam tidak mengapa boleh terus tabur.
3. Toskan benih dengan tisu atau alat tos yang berlubang halus.
4. Basahkan tanah, semai biji benih daun sup (biji benih daun sup kecil jadi perlu bersabar semasa semai kerana benih halus).
Tutup dengan lapisan nipis tanah, siram benih dengan berhati-hati gunakan spray halus, kemudian tray semaian atau bekas semai tadi letak di kawasan redup. Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.
5. Sekali lagi diingat tanam pokok daun sup kena bersabar kerana benih daun sup akan bercambah dalam 10 hari ke atas, paling lama 2 minggu. Jangan biarkan tanah kering sepanjang proses semai, jika tanah nampak semakin kering, spray dengan air.
6. Setelah benih tumbuh dan mengeluarkan 4 daun, boleh dialihkan ke pasu atau bekas, letakkan tempat redup yg tidak terkena cahaya matahari yg terik.
7. Kerana pokok tumbuh dengan lambat, pokok yang dijaga elok mampu hidup sehingga 2 tahun.
8. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup , siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula nampak kering bolehlah siram dengan sedikit air.
9. Jangan baja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup akan mudah layu dan mati.
10. Baja sebulan sekali atau mengikut keperluan. Sekali sekala siram dengan air basuhan beras kerana pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.