Kagum Lihat KJ ‘Ganteng’, Kaum Wanita Indonesia Hilang Fokus Isu Bendera Terbalik

Share

 

Insiden bendera Indonesia terbalik dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 menimbulkan kemarahan rakyat negara tersebut malah dilihat berlebih-lebihan pula.

Tapi dalam marah-marah mereka, rupa-rupanya selepas melihat penampilan Menteri Belia dan Sukan Malaysia,  Khairy Jamaludin ceritanya jadi lain pula.

Kagum dengan ketampanan KJ yang semakin dikenali selepas membuat permohonan maaf tentang insiden bendera terbalik, kaum wanita di sana seolah-olah terlupa seketika isu tersebut.

KJ yang disebut sebagai Menpora Malaysia atau Menteri Pemuda & Olahraga oleh warga Indonesia dilihat ganteng pada kaum hawa di sana.

Malah ada yang membandingkan KJ dengan Menpora Indonesia iaitu Imam Nahrawi.

Jom baca status-status nakal cewek Indonesia dalam laman sosial yang terpesona dengan menteri yang terkenal dengan gelaran ‘tall, dark and handsome’ di Malaysia.

 

Sumber:  https://hype.idntimes.com

 

 

 

IKLAN