Macam Ini Cara Nak Tentukan Tayar Kereta Botak Atau Tidak

290

 

Urusan kereta mungkin biasa bagi lelaki, tapi tidak bagi kebanyakan kaum wanita. Servis dan semua kerosakan akan diserahkan kepada bengkel untuk diuruskan. Apa yang disaran oleh mekanik itulah yang dibuat.

Walaupun ia memudahkan urusan namun kita sepatutnya kena ada ilmu tentang kereta  supaya tak ditipu.

Antara info asas yang perlu diketahui adalah cara untuk kenal pasti tayar botak atau masih boleh dipakai. Info klick.my ini mungkin boleh membantu.

Cara mengenal tayar botak

Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin takde bunga macam kepala orang yang botak licin takde rambut.

Salah sebenarnya tu. Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.

Apa maksud tayar botak?

Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.

Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda tu.

Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu.

1. Tayar botak

Jalur tengah tu sama tinggi dengan penanda botak. Nampak tak tayar botak pun masih penuh dengan bunga dan kalau kita tak tahu tengok, mesti ingat boleh pergi jauh lagi.

2. Ni pun tayar botak

Jalur sama tinggi dengan penanda. Nampak tak tayar ni guna penanda yang lain daripada tayar pertama tadi.

3. Tayar belum botak

Tayar belum botak,  mungkin 30%. Tak lama dah ni kena tukar.

4. Tayar hampir botak

Mungkin 80-90% (tengok pada beberapa penanda tu). Kalau perasan, penanda di sebelah kiri tayar lebih menonjol berbanding penanda di sebelah kanan. Maknanya tayar ni haus lebih cepat di sebelah kiri, sebab alignment atau balancing tak betul.

Atau mungkin sebab camber senget. Dinasihatkan untuk tukar terus dan cek camber. Plus, tayar nampak banyak crack petanda sudah tua.

5. Tayar baharu

Begitu dalam sekali penanda botak tu ditenggelami oleh jalur tengah. Kalau tak bulatkan ni, mungkin susah nak nampak. Inilah tayar 0%. Boleh bandingkan dengan tayar-tayar lain dalam gambar sebelum ni.

 

Sumber : klick.my & Akmal Amri

 

 

Tinggalkan Komen