Sejak malam laman instagram dipenuhi dengan perkongsian foto majlis resepsi pelakon popular Fattah Amin dan juga Fazura. Berlangsung di Hotel Mandrin Oriental dengan tema fairytales, ia memang cukup kena dengan pengantin ini.
Dalam majlis yang gah dengan pelamin berkonsep castle dari Rekateemor, Rizman Ruzaimi pula menterjemahkan hasrat Fazura yang mahu tampil bagaikan Cinderella dalam busana yang dikenakan.
Fazura tak dapat dinafikan persis seorang puteri bersama puteranya terutama dalam busana keduanya.
Berikut adalah 20 foto momen indah yang dikumpul dari resepsi mereka semalam untuk menjamu mata anda.
Selepas selamat bertunang pada 12 Mei lalu, kini penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil sudah pun menerima menantu. Dr. Puteri Julia Nabilah binti Tan Sri Megat Junid selamat diijabkabulkan semalam dengan Dr. Dziya Faqhran bin Dato’ Mahmood Fauzi.
Melalui instagram Ziela Jalil yang dimuat naik dari Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, dapat dilihat foto-foto menarik yang diambil sekitar majlis tersebut. Pun begitu ucapan melalui instagram Puteri Julia sendiri sebelum menjadi isteri orang pastinya membuatkan ibunya itu sebak.
Kepada Mama,
Wanita yang selalu bersama saya, wanita besi yang telah membesarkan saya dan adik-beradik saya, wanita tabah yang juga superhero saya sendiri. Terima kasih atas semua yang telah mama ajarkan, semua yang telah mama berikan kepada saya. Terima kasih atas segala didikan, banyak yang dipelajari melalui kata-kata dan yang tersembunyi di antara senyuman, kemarahan dan air mata mama.
Terima kasih kerana mama telah menjadikan saya seperti hari ini. Terima kasih kerana selalu memberitahu saya bahawa saya mampu apa-apa. Terima kasih kerana meyakinkan saya yang saya mampu untuk mencapai segalanya. Terima kasih untuk segala doa. Saya tak mampu nak membayar segala apa yang telah mama berikan pada saya. Selamat Hari Ibu.
Diungkap sebelum bergelar isteri sempena Hari Ibu yang lalu sememangnya kata-kata Dr. Puteri Julia menyentuh hati dan menggambarkan betapa banyak si ibu berkorban untuk dirinya.
Dalam pada itu meskipun sudah bernikah semalam namun tak banyak gambar-gambar pernikahan Dr. Puteri Julia ini yang dikongsi. Berikut adalah beberapa gambar yang dikongsi dari instagram Ziela Jalil.
Sekian lama hidup sendiri, kini tiba masanya penerbit terkenal, A Aida, 48, akan berkahwin lagi. Jodohnya pula dengan lelaki yang jauh lebih muda, iaitu pelakon, Ariff Aziz, 29. Orang kata kalau dah jodoh tidak ke mana.
Mulai berkenalan sejak empat tahun lalu di bawah produksi A.Aida Production, Arif akui dulu hubungan mereka hanya setakat majikan dan pelakon saja. Namun lama kelamaan perasaan semakin sayang dan serasi. Ariff pernah membintangi drama Di Pinggir Neraka dan Isteri Untuk Diiktiraf.
Walau dikecam di laman sosial masing-masing kerana dianggap tidak sesuai disebabkan jarak usia, namun mereka tetap dengan pendirian.
A.Aida dan Ariff akan dinikahkan pada Sabtu ini di sebuah hotel di Subang Jaya. Majlis pula akan diadakan pada April tahun depan bersempena dengan hari jadi A.Aida sendiri.
A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on
Menurut laporan Sinar Harian, hubungan mereka ni mula jadi bualan netizen apabila Ariff melamar A Aida di sebuah restoran makanan Arab. Masa tu, mereka makan di sana dan kemudian ada lelaki datang sambil bermain gitar. Ketika itulah Ariff melamar A Aida dengan sebentuk cincin.
“Saya tidak menjangka dia nak buat kejutan di tempat awam. Terharu dibuatnya dan hampir menitiskan air mata. Apatah lagi ramai pula yang tengok. Apa pun, saya menganggap ini kenangan paling indah dalam hidup,” ujar A Aida.
Hidup bermadu bukanlah mudah. Walau ada yang bahagia dengan poligami namun ramai yang mengelak kerana tak sanggup nak calar emosi sendiri. Ariff atau Wan Izma Ariff Abd Aziz, 29, dikatakan berjaya memikat hati A Aida kerana sikapnya yang matang. Tapi paling utama bagi wanita ini ialah Ariff bukan milik sesiapa.
“Walaupun dia masih muda, tapi dia matang. Saya menyukai keperibadian dimiliki. Apa yang penting juga, dia bujang dan bukan hak orang. Ariff akan menguruskan majlis nikah kami. Jadi, doakan yang baik-baik dan segala urusan dipermudahkan,” katanya lagi.
A.Aida juga ada menyatakan hasrat untuk memakai tudung selepas berkahwin. Tiada sesiapa yang memaksa. Hasrat itu timbul sendiri dengan adanya nasihat daripada Ariff.
Vanilla Kismis mendoakan kebahagiaan A Aida dan Ariff akan berkekalan. Usia hanya jarak beza yang tidak menentukan bahagia atau tidak sesebuah perkahwinan. Lihat saja contoh terdekat misalnya Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Mereka tetap bahagia walaupun usia berbeza jauh.
Sesiapa yang merupakan graduan Universiti Teknologi MARA pasti masih ingat mengenai sahsiah rupa diri yang selalu ditekankan di kampus. Setiap Isnin dan Jumaat jika hendak ke kelas atau berada di kawasan kampus, perlu berpakaian mengikut tataterbit berpakaian yang sudah termaktub dalam peraturan untuk semua mahasiswa.
Setiap Isnin dan Jumaat kena pakai baju kebangsaan misalnya baju Melayu bagi lelaki atau baju kurung bagi wanita. Inilah yang menjadi pakaian rasmi bagi UiTM yang menggunakan motto UiTM Di Hatiku.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah menulis status mengenai tindakan disaman walaupun berpakaian mengikut sahsiah rupa diri. Malah ada mahasiswa yang memakai jubah pun hendak disaman mungkin kerana tidak memakai baju kurung. Kekesalan mahasiswa itu adalah kerana terpaksa membayar saman walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan.
Status itu mendapat perhatian daripada Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said. Menurut beliau, UiTM memandang serius terhadap aduan yang diberikan. Siasatan akan dilakukan terhadap aduan tersebut yang berlaku di UiTM Machang. Ini adalah supaya isu saman pelajar tanpa asas munasabah tidak berlaku lagi.
Apabila tweet ini mendapat perhatian daripada Naib Canselor UiTM sendiri, maka ramai yang memberikan reaksi di laman sosial tersebut. Selain sahsiah rupa diri, rupa-rupanya ramai mahasiswa yang tidak berpuas hati terhadap saman tempat letak kereta. Ruang letak kereta yang tidak mencukupi menjadi persoalan mereka. Ini kerana tempat letak kereta kebanyakannya dikhaskan untuk kakitangan sahaja.
Pengurusan #UiTM memandang serius terhadap aduan ini dan akan melaksanakan siasatan terhadap aduan tersebut. Tindakan sewajarnya akan diambil untuk memastikan isu saman pelajar tanpa asas munasabah tidak berlaku lagi.#UniversitiTeknologiMARA#UiTMDiHatikupic.twitter.com/fzqnAty73Z
VK puji sungguh tindakan Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said. Beliau memberikan respon yang pantas terhadap aduan mahasiswa. Lagipun mungkin zaman sekarang ni, mahasiswa menggunakan medium laman sosial untuk bersuara terutama menyampaikan perkara yang kurang mereka puas hati. Zaman kan semakin mudah. Ini salah satu cara mudah untuk membuat aduan. Mana yang penting, pihak atas ambil respon.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...