Kita berkongsi pengalaman cara orang rumah menanam cili agar cepat berbuah. Guna keratan dahan.
Caranya;
1. Pilih keratan dahan pokok cili yang elok. Sebaiknya guna dahan bukan batang. Sebab dahan yang dipotong akan bertunas baru jadi jangka hayat batang cili asal akan lama.
2. Ambil beberapa ulas bawang merah lalu potong. Sapukan bahagian bawang dipotong pada keratan dahan.
Bawang ini berfungsi sebagai penggalak akar dan juga mengelakkan serangan fungus. Boleh juga cucuk terus keratan dahan cili tadi dalam bawang. Biar dalam 2-3 minit lalu cabut. Jangan tanam sekali dengan bawang.
3. Keratan dahan yang dah disapu atau dicucuk pada bawang tadi boleh terus ditanam dalam pasu atau polibeg.
4. Letak di tempat yang redup, elak dari terkena cahaya matahari terik.
5. Dalam seminggu dua, kita boleh tengok tunas baru tumbuh.
Buat baja dari rumput liar, bagi yang bercucuk tanam, tapi dalam masa yang sama mahu jimatkan kos beli baja boleh ikut cara yang dikongsi oleh Syafiq Baharin.
Boleh kutip rumput liar yang sudah kering dari kawasan rumah atau tepi jalan saja. Tak perlu keluarkan apa-apa kos kecuali jika mahu membeli tong. Panduan lengkap boleh ikut langkah demi langkah yang beliau kongsi.
Buat sendiri baja subur dari rumput & daun kering
Cara buat baja cecair ini saya belajar dari kaedah JADAM from Korea. Setakat ini, inilah baja utama yang saya pakai kerap di samping sekali sekala letak baja tinja kambing.
Hasilnya Alhamdulillah sangat subur. Dengan izin Allah SWT. Kosnya hampir RM0. Hanya kos beli tong saja, kalau pakai tong sedia ada, kira zero cost.
Sedia 3 bahan mudah ini saja
Bagi menyediakan baja ini hanya perlukan 3 bahan saja; 1. Air hujan
Kalau tiada guna air paip pun boleh tapi biarkan dalam 3-4 hari dulu sebelum buat baja. 2. Leaf mold
Cari mana-mana pokok besar, bawah pokok ada banyak daun kering gugur, lagi tebal daun kering terkumpul situ, lagi bagus. Cari satu spot, tolak daun-daun kering ke tepi. Akan nampak ada satu lapisan tanah yang warna gelap kehitaman. Ambil dalam dua genggam tanah gelap, itulah namanya Leaf Mold. 3. Rumput liar
Ambil rumput liar yang ada sekitar rumah atau mana-mana (apa jenis rumput liar pun tak mengapa).
Inilah rupa leaf mold. Foto: www.growingwithnature.org
Cara membuat
1. Ambil satu tong, jenis tong terpulang janji ada penutup. Tong cat besar pun boleh.
2. Penuhkan 2/3 dari tong dengan rumput liar tadi. Padatkan ke dalam tong.
3. Penuhkan tong dengan air hujan tadi sampai penuh ke atas dan tutup semua rumput liar.
4. Masukkan dua genggam Leaf Mold tadi dalam tong, biar tanah itu tenggelam dalam air.
5. Tutup dan biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu dalam tong.
6. Lepas 2 minggu, boleh mula pakai. Lagi lama peram, baja ini akan lagi ‘kaw’. Nak peram setahun pun takda masalah.
Awal-awal lepas peram, air baja ni memang busuk macam bau lepas banjir, tapi makin lama, bau dia akan makin kurang.
Cara penggunaan
Ratio penggunaan dia adalah 1:100. Maksudnya, setiap 1000 ml air, letak 10 ml air baja ini. Kacau sebati.
– Boleh siram pada apa-apa pokok seminggu sekali.
– Nak spray secara foliar pada daun pun boleh, tapi tapis dulu air baja supaya spray tak tersumbat.
Kalau rasa 1:100 tak cukup padu, boleh pekatkan lagi hingga 1:50 (1000 ml air, 20 ml air baja). Tapi mula dengan 1:100 dulu. Baru tambah kalau perlu.
Apabila baja ini hampir habis dan nak tambah, cuma tambah lagi segenggam leaf mold dalam tong yang sama. Penuhkan semula rumput liar dan air hujan, itu saja.
Kos untuk buat baja ini rasanya pada tong saja, lain-lain semua barang dari sekeliling kita saja. Bayangkan dengan baja sepenuh tong biru besar, pakai pula berapa ML je setiap kali pakai dan pokok memang subur insya-Allah, berapa lama dapat jimat kos baja?
Ratu kemas yang berasal dari Jepun, Marie Kondo ini nampaknya semakin popular sejak rancangan Tidying Up With Marie Kondo ditayangkan di Netflix.
Memperkenalkan kaedah KonMari dalam sebagai teknik penyusunan dan penyimpanan barang yang lebih teratur ramai wanita yang terikut dengan cara dia mengemas rumah. Bukan saja bukan saja di luar negara malah di Malaysia sendiri ramai.
Ada banyak kaedah penyusunan barang di rumah yang dikongsi oleh Marie Kondo tapi antara yang boleh diaplikasikan oleh kita di rumah adalah kaedah lipatan pakaian yang diperkenalkan.
Ini kerana ia akan menghasilkan almari yang cukup kemas, sedap mata memandang. Ciri menarik lipatan KonMari ini adalah setiap pakaian yang dilipat dengan kaedah ini boleh ‘berdiri ‘ untuk membolehkan ia disusun dengan kemas.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...