Masalah tumit merekah dan hitam memang dihadapi ramai wanita. Sampai ada yang sanggup pergi rawatan spa untuk menghilangkannya.
Sebenarnya tak perlu buang duit pun pergi buat rawatan atau beli produk untuk menghilangkan masalah tumit merekah ini.
Buat sendiri saja di rumah seperti perkongsian Siti Norshafika Amran ini. Guna barang dapur saja dan paling menarik dalam masa lima minit saja masalah ini.
Bahan-bahannya
Lemon atau limau nipis
Garam
Caranya:
Ads
Potong dan perah limau nipis pada garam, gaulkan sedikit.
2. Kemudian ambil potongan limau nipis tadi, calitkan pada garam dan terus sental pada tumit kaki.
3. Gosok sampai kotoran hilang (boleh juga guna berus gigi terpakai untuk menggosok).
Sebelum
Ads
Selepas
Ads
Ha bersihkan! Dah tahu cara mudah bolehlah cuba dan share dengan kawan-kawan lain ya.
Ramai tak tahu buncit jenis ini. Perut menonjol dari bahagian bawah bawah payu dara tapi tidak sampai hingga ke bawah perut. Penyebab masalah ini adalah tres.
Selain hamil, bila lihat perut menonjol semua akan melabelkannya sebagai buncit. Tapi ramai yang tak tahu bahawa perut buncit wanita ini ada kategorinya dengan penyebab yang mungkin berbeza. Malah ada juga yang sebenarnya menandakan penyakit. Itulah sebabnya perlu tahu kita kategori mana.
Lima jenis masalah perut buncit ini selalu dialami wanita, cuba perhatikan mana tahu kena dengan keadaan perut anda.
Individu ini miliki pinggang yang ramping, tapi bahagian perut bawah lebih besar selain ada lebihan lemak di pinggul. Mereka juga punya lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha. Ia akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.
Sebahagian wanita mengalami perut pir ini kerana faktor estrogen, sama ada akibat genetik atau ketidakseimbangan hormon. Estrogen bertanggungjawab untuk menciptakan potongan tubuh feminin pada wanita apabila balig selain turut mencipta punggung dan paha yang bulat, serta menyediakan lemak sewaktu hamil.
Jika sel-sel lemak di bahagian ini, yang sensitif untuk hormon wanita, dihasilkan secara berlebihan, berat badan akan terus berkumpul dan menyebabkan bentuk tubuh seperti buah pir. Untuk mencegah bahagian bawah tubuh lebih besar, hindari makanan tinggi lemak yang berkait dengan peningkatan estrogen.
Tiga bulan atau lebih selepas bersalin perut anda kelihatan seperti masih hamil. Bahagian perut kendur, tiada bentuk dan ada yang menggeleber. Perut yang tidak rata selepas bersalin terjadi kerana sewaktu hamil dan melahirkan, otot-otot perut terbahagi menyebabkan rahim dan perut melebar mengikuti perkembangan bayi.
Setelah bersalin, kedua sisi otot seharus secara semula jadi bersatu. Jika ini tidak terjadi, perut akan kelihatan besar dan buncit. Sebahagian masalah ini akan diatasi sendiri selepas bersalin dan ada juga yang mengambil masa lima hingga tujuh bulan.
Penyakit tiroid bukan hanya menyebabkan bahagian perut wanita saja membesar tapi bahagian tubuh lain juga akan kelihatan membengkak termasuk lengan dan kaki. Dapatkan pemeriksaan bila melihat perut dan bahagian tubuh lain anda dalam keadaan begini.
Penyebabnya adalah kelenjar berbentuk kupu-kupu di leher yang menghasilkan satu hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Tanda-tanda tiroid yang harus diawasi adalah mudah penat, kaki sejuk dan metabolisme lambat.
Bila stres dan tiada aktiviti fizikal dilakukan semua lebihan energi tidak akan pergi ke mana-mana. Jadi, ia hanya akan disimpan kembali sebagai lemak.
Atasi masalah ini dengan mengawal tahap stres dan cukupkan tidur. Makan sedikit tapi kerap juga membantu mengatasi masalah ini.
Bentuk perut jenis ini seperti menggelembung. Biasanya pada pagi hari perut kelihatan kempis tapi mengembang terutama selepas makan. Walaupun perut membesar tapi berat badan mereka tak berubah.
Satu dari penyebab utamanya adalah angin. Ketika makanan dihancurkan sewaktu menuju usus, bakteria yang memakan makanan tersebut menghasilkan gas.
Namun, jika bakteri usus mengalami kesukaran menghancurkan makanan tertentu, ia akan melakukan fermentasi, menghasilkan lebih banyak gas yang akhirnya mendorong dinding perut menonjol ke arah luar.
Untuk mengatasi masalah ini, hindari makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuk hidangan pedas dan pemanis buatan. Selain itu menelan terlalu banyak udara, seperti ketika mengunyah gula-gula getah atau minum melalui straw juga dapat menyebabkan kembung.
Ok, sekarang perhatikan perut masing-masing. Tengok anda jenis yang mana.
Terpesona tengok daun kesum jiran yang rimbun. Senang bila nak makan laksa, asam pedas, kerabu dalam lain-lain. Tapi bila kita cuba tanam atas tanah tak menjadi.
Hanya selepas guna cara di bawah ini barulah hidup subur pokok kesum.
1. Jika tanam dalam bekas sama ada botol atau tong pastikan bekas tidak ada lubang supaya air yang disiram tidak keluar dan tanah sentiasa lembap.
2. Kemudian masukkan tanah, boleh guna tanah yang ada di sekitar rumah atau kalau tiada, beli tanah topsoil warna merah.
3. Siram tanah dengan air, tak perlulah sampai tenggelam tanah tapi kena pastikan tanah lembap. Sama juga jika tanam di atas tanah. Pastikan tanah sentiasa lembap.
4. Ambil batang bahagian pucuk kesum dan cucuk pada tanah lembap tadi.
5. Peringkat awal, letak tempat teduh, selepas seminggu baru letak tempat yang panas.
6. Bila pokok kesum dah rimbun sikit barulah letak baja biji atau baja air.
Steam iron atau seterika stim ini memang memudahkan kerja menggosok pakaian pakaian. Malah ramai wanita yang mengidamkannya. Puas hati kalau dapat!
Tapi jika dah memilikinya kenalah tahu cara penjagaannya memandangkan harganya boleh tahan mahal. Rugilah kalau beli mahal-mahal rosak pulak.
Berdasarkan pengalaman menggunakan seterika jenis ini Wnsyakiran Wan Abdul Rashid berkongsi pesanan buat pengguna lain.
Pernah mengalami pengalaman steam iron kesayangan rosak kerana stim tak keluar dan tangki berkeladak, dia berhabis RM350 untuk membaiki seterika kesayangannya ini.
Berdasarkan apa yang dilalui dia berkongsi panduan berikut;
Setelah 11 hari kat service centre, akhirnya si purple ni pulang ke pangkuan keluarga.
Kena la RM350 Masalah: steam tak keluar, tangki ada keladak.
Barang yang diganti: valve, tank, & waterpump.
(Kepada yangg bertanya: warranty dah habis, dan saya dah guna iron ni dekat 3 tahun rasanya. Saya hantar ke philips service centre, saya google je kat mana. Bila hantar ke SC, nanti mereka akan check dan bagi tahu apa masalah dan kos repair atau kos ganti, bila kita setuju baru mereka proceed untuk repair).
Pesanan kpd sesiapa yang menggunakan steam iron macam ni:
Paling baik setiap kali lepas guna, kosongkan tangki..kalau memang hari-hari guna masih ok tinggalkan dalam tu. Kalau contohnya balik kampung, bercuti, tinggalkan iron ni, tolong kosongkan tangki dulu ya. Kalau air bersih sekalipun, kalau ditingglakan air dalam tu, masih boleh mengundang semut dll masuk dalam tangki.
Kalau kuat guna better 2 minggu sekali buat descale or sebulan sekali tak payah tunggu lampu decalc nyala, masukkan air bersih dalam lubang easy decalc (time sejuk), keluarkan air kotor, buat sampai bersih.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...