Selalu bila beli barang elektrik, dah dapat apa yang nak selalu lupa nak isi borang warranty. Sedangkan ia sangatlah penting terutama bila barang dah lama digunakan.
Ada kemungkinan akan rosak dan di sinilah ia berguna. Seperti pengalaman Nik Mohd Rizal yang dapat jimat RM800 selepas mesin basuhnya rosak.
Kepentingan isi borang waranti online
Saya nak kongsikan kepentingan mengisi borang warranty online bila membeli barangan elektrik.
Mesin basuh di rumah saya sudah seminggu lebih berbunyi seperti kapal terbang sedang berlepas setiap kali berpusing untuk mengering.
Mesin basuh brand Hitachi itu sudah berusia lebih lapan tahun dan tentunya sudah lama habis tempoh waranti. Resit pembelian dari kedai pun entah di mana saya letak. Saya fikir mungkin sudah sampai hayatnya & mungkin kena beli mesin basuh yang baru.
Ads
Saya check di YouTube dan mendapat tahu yang masalah bunyi bising itu kemungkinan berpunca dari ‘bearing yg rosak. Rupanya mesin basuh pun macam kereta ada bearing.
Saya check di webpage Hitachi dan menghantar e-mail kepada Customer service untuk mendapat maklumat berkenaan masalah bearing mesin basuh Hitachi & bertanyakan tempat yg recommended untuk membaikinya.
Selang beberapa hari, mereka menghubungi saya dan memaklumkan bearing itu adalah sebahagian dari motor inverter yg berharga lebih kurang RM800 yang perlu diganti. Biar betul RM800! Tambah sikit lagi boleh beli mesin baru ni!
Motor mesin basuh waranti 10 tahun
Namun motor itu dilindungi warranty selama 10 tahun dan ini bermakna mesin basuh saya masih dilindungi. Saya memberitahunya kad waranti & resit pembelian sudah hilang entah ke mana.
Ads
“Encik cuba check di webpage Hitachi dulu, mungkin encik pernah isi borang waranti secara online 8 tahun dulu ” katanya memberi sedikit harapan kepada saya.
Memang benar! Rupa-rupanya saya pernah mengisi maklumat pembelian mesin basuh Hitachi dulu secara online 8 tahun yang lalu selepas membuat pembelian & ini membolehkan motor inverter yang berharga hampir RM800 itu diganti secara percuma!
Ads
Setiap kali beli barang elektrik, jangan lupa isi
Mengisi borang waranti di kad waranti atau secara online mungkin sedikit menjengkelkan. Saya mengajak saudara semua agar menjadikan tabiat mengisi borang online waranti itu sebagai rutin setiap kali kita membeli barangan eletrik.
Ia mungkin mengambil sedikit masa namun percayalah, bila terjadi kes seperti mesin basuh saya yg rosak bearing ini, ianya sangat berbaloi-baloi! Jimat RM800!
Selalu sardin dalam tin kita buat sambal saja tapi nak rasa yang berbeza boleh cuba buat masak lemak cili api.
Mungkin ada yang dah biasa masak, tapi ramai juga yang langsung tak pernah cuba lauk sardin tin ini dimasak begini. Atiqah Sulaiman salah seorang daripadanya. Namun setelah mencuba ternyata lauk ini katanya tersangatlah sedap, lebih-lebih lagi kalau dibuat pedas.
Sardin tin buat masak lemak cili padi
“Ini pertama kali buat sardin tin masak lemak cili padi. Sebelum ini cuma tengok kawan masak. Tapi bila dah try 3 pinggan nasi selesai. Lagi pedas lagi sedap. Ini resipi bagi yang pertama kali nak cuba.”
Bahan kisar
Kunyit hidup
Cili api (letak lebih kalau suka pedas menyengat)
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan lain
1 tin sardin sos tomato
Kentang – dipotong
Kacang panjang -dipotong
1 batang serai diketuk
Santan secukupnya
Cara membuat
1. Dalam periuk atau kuali tuang sedikit air dan letak bahan kisar
2. Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk.
3. Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak.
4. Kemudian bolehlah masukkan sardin tin bersama sosnya sekali.
5. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa, dan kacau.
6. Akhir sekali masukkan kacang panjang. Biarkan dalam dua minit dah boleh tutup api.
INFO: Masak lemak cili api asli Negeri Sembilan tak menggunakan bawang. Hanya gunakan cili api dan kunyit.
Kalau asal dari Pantai Timur mungkin biasa dengan ayam masak kuzi. Hidangan ini paling ngam sekali makan dengan roti jala atau apa jenis roti, nak makan dengan nasi minyak pun sedap.
Waktu raya ini kalau nak jamu tetamu dengan hidangan roti jala boleh cuba masak ayam kuzi ini untuk kelainan. Cara membuatnya dikongsi oleh Halina Ab Hamid.
Cara buat ayam masak kuzi
Bahan-bahan
1 ekor ayam – direbus & goreng (minyak goreng ayam simpan untuk menumis)
Bawang merah – 1/2 kilo (mayang, goreng dan kisar)
Sos tomato – 3 sudu besar
Susu cair – 1/2 tin
Susu manis – 1/4 tin
Bawang putih – 6 ulas (tumis)
Halia – 2 jari (tumis)
Rempah kuzi – 2 sudu makan penuh (kami pakai cap Kg Langgar)
Cara memasak :
1. Tumis bawang putih & halia dengan mengunakan minyak sapi & minyak goreng ayam sampai naik bau.
2. Masukkan rempah kuzi & tumis lagi sampai masak (lebih kurang 20 minit).
3. Bila dah masak, masukkan bawang goreng yang sudah dikisar (tambah air, kena pandai agak-agak ya). Masukkan juga susu cair, susu pekat & sos tomato. Kacau sebati hingga menggelegak.
4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan garam & gula secukup rasa. Tak cukup rasa tambah tomato, garam & gula. Nak manis atau masin atas cita rasa masing-masing.
5. Bila dah masak macam dalam gambar kira dah masak. Boleh tutup api.
Boleh cicah dengan roti butut atau roti jala atau ikutlah roti apapun.
Nampak kelibat tikus dalam rumah kita memang akan mula risau. Kalau dah ada seekor tak lama lagi memang akan membiak. Kena setelkan cepat.
Memang ada cara mudah guna racun tapi kita pula rasa tak selamat. Tambahan pula kalau tikus mati akan berbau busuk jika tak jumpa bangkainya.
Ada juga yang cadang cara guna daun kari, daun pandan atau daun sirih tapi tak jalan.
Jika langkah di atas dah dicuba, mungkin boleh mempraktikkan cara guna kulit telur dan lada hitam pula untuk hindar haiwan ini dari masuk rumah. Caranya mudah dan murah juga.
Guna kulit telur
Caranya:
1. Basuh dan keringkan kulit telur.
2. Tumbuk atau kisar halus menjadi serbuk.
3. Tabur di penjuru dan sekitar rumah.
4. Selebihnya simpan dalam botol.
Cara ini bukan hanya tikus, malah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur pun tiada.
Tabur lada hitam
Kenal pasti laluan haiwan ini dan tabur saja lada hitam atau serbuk lada hitam di luar kawasan lubang tikus. Cara ini boleh membuatkan hidung tikus terganggu dan membuatkan haiwan ini menjauhi kawasan tersebut.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...