Bulan Syawal ini mesti ada saja tetamu datang berkunjung ke rumah. Salah satu hidangan yang mudah dibuat termasuk bila tetamu datang mengejut adalah mee bandung.
Memang ada resipi hidangan ini yang panjang bahan-bahannya tapi ada juga versi yang ringkas tapi sedap. Nak yang mudah boleh ikut cara SuiSan Aliezsha. Mee bandung ini katanya resipi arwah ibunya tapi cukup ringkas. Mudah kerja tapi makan sedap!
Mi bandung ringkas resipi arwah mak
Bahan-bahan:
Cili kering, bawang besar & bawang putih (kisar)
Kacang tanah (goreng & kisar)
Udang kering (kisar)
Daging – direbus (air rebusan asingkan)
Udang basah..
Telur
Sukatan ikut kuantiti mee
Ads
Cara membuat:
1. Tumis cili sehingga naik minyak dan masukkan udang kering & kacang dan kacau.
Ads
2. Masukkan air rebusan daging, kacau sebati dan biarkan mendidih.
3. Masukkan garam, gula secukup rasa.
4. Masukkan udang dan biar seketika.
Ads
5. Kemudian masukkan daging, pecah telor dan masukkan sayur. Tuang kuah atas mee yang siap dicelur. Siap!
Antara aiskrim yang ‘heaven’ rasanya dan mudah untuk kita beli adalah aiskrim Magnum. Mana-mana pun ada jual tapi nak membelinya tak bolehlah hari hari.
Sebab harganya pun boleh tahan. Kalau anak ramai memang tak dapatlah makan selalu. Tapi tak mengapa, kalau anak atau mak pun suka sangat makan aiskrim ini, boleh saja nak buat sendiri.
Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Siti Masitah Awang Kechik. Buat banyak-banyak simpan dalam freezer. Boleh makan banyak mana suka bila-bila masa!
Resipi aiskrim ala Magnum versi bunjut
Bahan-bahan:
200 ml whipping cream (guna brand jenama shani murah sekotak baru 4.90, cari kat kedai bakeri)
200ml susu full cream Dutch Lady
250ml susu pekat manis
1 sudu makan ovalette
1 sudu makan perisa/esen vanilla-ikut suka
Cara membuat:
Campur semua bahan ini dan putar dalam pengisar. Jangan guna blender cili, nanti pedas ice aiskrim. Masukkan dalam jag.
Bahan untuk coklat:
200 gm milk chocolate coin Beryls
150 gm Cadbury Milk Bar (yang kecik tu, beli kat petronas ja)
Tengok sambal pauh ini pun dah kecur air liur dibuatnya. Memang layan makan dengan ikan rebus goreng dan nasi panas.
Kalau ada buah pauh atau mangga mudah di rumah boleh terus buat. Memang bertambah nasi kalau kena dengan kombinasinya. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian dari Mastura Razali.
Cara buat sambal pauh, paling senang dan cepat siap
Bahan- bahan
Pauh/mangga
Ikan selayang- rebus atau dibakar
Cili api – lebihkan jika suka pedas
Sedikit garam -jangan banyak nanti masin
Cara membuat:
1. Pauh/mangga cincang halus dulu untuk memudahkan kerja masa menumbuk nanti.
2.Ikan asingkan tulang, ambil isi saja.
3.Mula-mula tumbuk garam dengan cili dulu sampai agak lumat.
4. Kemudian masukkan pauh/mangga. Tumbuk tapi tak perlu sampai hancur lumat.
5.Masukkan ikan, tumbuk lagi hingga sebati semua bahan.
6.Siap sambal pauh boleh hidang makan dengan nasi panas, lauk ikan singgang pun dah cukup.
Sayur kobis memang banyak saja dijual tapi bagi yang suka bercucuk tanam merasa hasil tanaman sendiri adalah satu kepuasan dan kejayaan.
Lagi satu bercucuk tanam ini satu terapi termasuklah tanam kobis yang kalau kita tengok saiznya besar dan cantik.
Jadi macam mana nak tanam? Jom ikut panduan yang diturunkan oleh Halimah Abd Kadir.
Ilmu tanam kobis
Kobis ni tanaman yang manja dan perlu dibelai selalu, macam suami kita jugak. Kalau dah mula tanam, kena siram pagi petang, gemburkan tanah setiap 2 hari, bubuh baja setiap 2 minggu.
Musuh utamanya siput dan belalang yang ni memang kena periksa selalu, kalau tidak, memang berlubang-lubanglah daunnya. Nak tahu cara tanamnya? Saya kongsikan ya.
1. Seperti biasa semai dulu benih kobis. Dah ada daun 4 helai baru pindah ke pasu besar. Kenapa mesti guna pasu besar?
Sebab kobis akan ikut saiz pasu, besar pasunya, besarlah buahnya.
2. Sebelum itu nak ingatkan lubang pasu perlu ditutup dengan kaca pecah atau batu supaya bila tanah dah padat, air masih dapat mengalir keluar dari celah-celah lubang pasu yang ditutup dengan kaca tadi.
3. Mulakan tanam dari dasar pasu. Letak tanah sikit kemudiaan tanam. Bila nampak dah tinggi sikit, tambah tanah lagi separas leher daun. Anak kobis perlu letak di tempat teduh dulu tau. Nanti bila daunnya dah banyak, baru boleh letak tempat sederhana panas.
4. Letak baja 15 15 15 atau Milagro. Alhamdulillah, saya guna baja Milagro saja sebab baja nii inn syaa Allah jenis tahan lasak sebab pokok kurang kena penyakit. Itu pengalaman saja menggunakannya hampir setahunlah.
5. Ok, bila nampak anak kobis dah tinggi dalam 2cm, kita tambah tanah lagi separas leher daun. Ulang proses yang sama, sampai kobis dah melebihi paras pasu. Dah besar gini, bolehlah letak kat tempat panas ya.
Foto: Facebook Berkebun D Rumah
INFO
Kesilapan banyak berlaku bila newbie membiarkan pokok kobis tinggi menjulang. Tolong jangan lakukan ini! Sebab jika dibiarkan tinggi, bagaimana pokoknya nak tampung berat kobis.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...