Walau dah hati-hati tetapi kejadian kereta tercalar tetap kena juga. Biarpun sedikit tapi hati tetap terguris melihat kesan ini.
Iyalah kalau ke bengkel paling tidak mungkin kena sedia duit RM200 untuk hilangkannya. Sebab itu untuk kesan calar yang sedikit ada baiknya kita selesaikan sendiri dengan cara paling mudah ini. Jimat duit.
Modal RM10 hilang calar pada kereta
Dikongsi oleh _myranatasha_ dengan modal RM15 membeli produk di Mr. DIY ternyata kesan calar kereta boleh saja hilang dengan.
Caranya cuma oles scratch remover pada kesan calar dan gosok dengan kain bersih.
Ads
Gosok hingga kesan calar hilang. Ulang jika masih ada.
Dalam situasi PKP ramai ibu yang baru atau bakal bersalin kena melalui tempoh berpantang sendirian.
Bagi memudahkan penyediaan makanan dalam tempoh ini elok sekiranya sediakan siap-siap serunding halia ini. Kakak, mak mentua, atau ahli keluarga yang lain pun boleh tolong buatkan juga.
Caranya dikongsi oleh Azizah Salleh yang menyediakan hidangan ini dua orang anaknya yang bersalin.
Cara buat serunding halia untuk ibu lepas bersalin
Cara membuat;
1. 1 kg halia – dibersih, parut, buang airnya (perah) dan digoreng garing. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk.
2. Lada hitam – sangai dan kisar. Guna dalam 2 sudu sahaja.
3. Tiga labu bawang putih, buang kulit dan hiris nipis (jangan terlalu nipis). Goreng garing, sejukkan.
4. 300 gm ikan bilis. Goreng garing dan sejukkan. Setelah sejuk, kisar kasar (guna blender kering).
5. Setelah siap semua bahan, satukan kesemuanya dalam mangkuk. Masukkan 2 sudu kecil garam. Gaul sebati. Siap.
Sedap dimakan dengan nasi panas. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
Stok Maggi Kari yang sinonim dengan hidangan hujung bulan ini memang sentiasa ada di rumah. Ini juga makanan kalau lapar malam hari.
Selalu bila masak mi ini sama kita rendam atau rebus tapi apa kata hujung bulan ini kita tukar sikit cara masak. Kita buat Maggi Kari versi tumis yang pedas ‘meletop’.
Maggi kari biasa pun dah pedas, yang ini tambah pula cili api memang terangkat! Caranya dikongsi oleh Syazlin Mansor.
Maggi kari versi tumis pedas terangkat
Bahan-bahan:
2 bungkus Maggi kari
Bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili padi
Cara membuat:
1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, gaul sekali dengan rempah kari Maggi.
2.Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing, masukkan air ikut suka sama ada nak banyak kuah atau tak, tunggu sehingga mendidih.
3. Apabila kuah mendidih, masukkan mi Maggi dan biar hingga mi lembut sebelum pecahkan telur. Biar telur masak kemudian tutup api. Boleh juga kalau nak masukkan sayur atau sosej.
Siap!
Sebaiknya buat Maggi ini bila anak dah tidur atau pergi sekolah ya!
Waktu PKP ini walaupun kita mampu mengawal pergerakan di luar rumah tapi ramai yang mengadu tak mampu mengawal pergerakan ke dapur. Asyik makan saja.
Untuk elakkan nafsu yang asyik teringin nak makan ini boleh amalkan cara yang disaran oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Caranya cukup mudah, amalkan minum perahan air lemon segelas sehari. Ada penjelasan bagaimana segelas air lemon ini dapat membantu elak rasa lapar malah memberi banyak lagi kebaikan untuk tubuh termasuk untuk kurangkan berat badan.
Cara penyediaan air lemon yang betul
Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.
Kenapa kena minum setiap hari
Segelas air lemon ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan. Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin.
Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan. Oleh itu sangat baik setelah selesai memakan makanan yang banyak lemak. Jus lemon menyediakan jumlah Vitamin C yang tinggi. Satu biji limau memberikan 30.7 mg vitamin C, berbanding dengan jumlah harian yang disyorkan ialah 75 mg bagi wanita dan 90 mg untuk lelaki oleh USDA.
Mereka yang mengambil lebih banyak vitamin C mempunyai sistem pencernaan yang lebih cekap kerana ia meningkatkan keasidan dalam sistem pencernaan. Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari, dan mengurangkan risiko anda untuk strok, dan gout. Ia juga adalah antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.
Tambah madu, tambah manfaat
Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula perang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan vitamin C.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...