Seronok ‘tanam’ cendawan tiram macam ni, kalau lihat perkongsian Mysarah Mk 4 hari tanam dah boleh tuai. Lagi best lepas tu buat cendawan celup tepung.

Bagi yang suka makan cendawan tiram ini boleh cuba tanam sendiri. Langkah penjagaannya boleh ikut perkongsian Mysarah. Tapi sebelum itu katanya beli dulu bongkah cendawan ini. Boleh beli secara online saja, ada banyak pilihan.

Penjagaan bongkah cendawan tiram

Bongkah cendawan ini boleh beli di Shopee. 4 hari saja dah boleh tuai, boleh tengok gambar-gambar yang dirakam ikut perkembangan cendawan.

Tanam Sendiri Cendawan Tiram, 4 Hari Dah Boleh Tuai & Boleh Kutip Hasil Banyak Kali

Tanam Sendiri Cendawan Tiram, 4 Hari Dah Boleh Tuai & Boleh Kutip Hasil Banyak Kali

Tanam Sendiri Cendawan Tiram, 4 Hari Dah Boleh Tuai & Boleh Kutip Hasil Banyak Kali

Tanam Sendiri Cendawan Tiram, 4 Hari Dah Boleh Tuai & Boleh Kutip Hasil Banyak Kali

IKLAN

Saya kongsikan juga cara penjagaan bongkah cendawan ini yang diperoleh dari penjualnya sendiri.

1. Letak bongkah di tempat yang lembap dan teduh cahaya matahari yang sikit). Saya letak atas rak, bawah sinki yang bertutup tapi buka sikit pintu untuk pengudaraan.

2. Setelah bongkah sudah matang (putih keseluruhan):
2(a)– Buka penutup dan spray air di sekeliling cendawan 3 kali sehari, selepas 7-10 hari, cendawan akan tumbuh.
– Saya spray sekali saja cuma perlu letak kain lembap atas bongkah cendawan & letak 1 bekas berisi air berdekatan bongkah supaya bongkah sentiasa lembap.
– JANGAN sembur air terus di mulut bongkah untuk mengelakkan tumbuh kulat hijau.
– Selepas buka penutup, kalau ada nampak seperti kulat lain pada mulut bongkah korek buang kulat dulu kemudian dan :

2(b) -Tutup semula dengan penutup rehatkan selama 7 hari (Semasa tutup, tak perlu siram air lagi). Selepas itu ikut langkah 2(a) di atas.

IKLAN

3. Selepas petik cendawan, korekkan sisa akar yang tertinggal dan ikut langkah 2(b) di atas.

4. Selepas 7 hari, ikut langkah 2(a) lagi di atas, cendawan akan keluar lagi. Begitulah ulang prosesnya 2(b) & 2(a) iaitu :

Selain itu:  Cara Betul Petik Cili Supaya Pokok Cepat Berbuah Semula & Cili Tahan Lama

Selepas korek, rehat 7 hari tutup penutup dan jangan siram. Dalam masa 7 hari cendawan akan mula tumbuh, kemudian boleh tuai. Selepas tuai buat lagi proses korek sisa akar.

INFO

IKLAN
  • Cendawan dari bongkah boleh dituai 6-8 kali.
  • Untuk yang separuh matang, perlu tunggu 2-3 minggu baru boleh penutup
  • Jika cendawan tidak keluar dalam masa 2 minggu, mungkin mulut tersumbat dengan benih, guna sudu yang bersih korek biji benih dan tutup 7 hari baru buka.

Tanam Sendiri Cendawan Tiram, 4 Hari Dah Boleh Tuai & Boleh Kutip Hasil Banyak Kali

Seronok tengok cendawan tumbuh, hari-hari belek. Kepada yang belum pernah tanam boleh cuba, best. Harga pun tersangatlah murah. Saya beli bongkah ini tahun lepas saya beli dan selepas 9 bulan masih lagi beri hasil.

Jika nak cuba tanam cendawan tiram, bongkahnya boleh beli di SINI

Selamat mencuba.

Sumber: Mysarah Mk

Artikel berkait: Tanam Sendiri Cendawan Kukur, 7 Hari Dah Boleh Makan

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI