Ads

Hafizuddin Roslin Hilang Tangan, Ujian Tragis Atlet Emas Negara

Tangan kanan atlet angkat berat negara terpaksa dipotong selepas kemalangan, pernah raih emas Sukan Komanwel. Itulah ujian berat yang menimpa Muhammad Hafizuddin Roslin, 22, selepas mengalami kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya.

Keputusan memotong tangan kanannya dibuat atas saranan doktor bagi menyelamatkan nyawa atlet berkenaan.

Kejadian yang menimpa atlet muda ini pastinya cukup menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila beliau sebelum ini pernah mengharumkan nama Malaysia menerusi pencapaian membanggakan dalam sukan angkat berat.

Hafizuddin Roslin Hilang Tangan, Ujian Tragis Atlet Emas Negara

Daripada seorang atlet yang berjuang mengangkat beban demi negara, kini beliau perlu menghadapi satu ujian kehidupan yang jauh lebih besar selepas kemalangan tersebut.

Ads

Muhammad Hafizuddin Roslin Jalani Pembedahan Hampir Tujuh Jam

Memetik laporan Sukan Sinar, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat mengesahkan Hafizuddin selesai menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 8.40 malam Selasa selepas hampir tujuh jam.

Menurutnya, setakat awal pagi Rabu, Hafizuddin masih berada di bawah kesan bius dan belum sedarkan diri.

“Setakat selepas jam 4.30 pagi tadi, beliau masih belum sedar dan mungkin akan mengambil sedikit masa, berkemungkinan pada pagi ini (untuk sedar),” katanya.

Terbabas Ketika Menunggang Motosikal

Hafizuddin dipercayai terbabas ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga mengalami kecederaan pada bahagian kaki, bahu dan kepala.

Ads

Susulan kejadian itu, PABM bersama Majlis Sukan Negara (MSN) turut memberikan sokongan moral kepada Hafizuddin dan keluarganya.

Ayub berkata, pihaknya juga telah berbincang mengenai keperluan menyediakan kaunseling serta sokongan psikologi bagi membantu atlet berkenaan menghadapi perubahan besar dalam hidupnya.

Pernah Raih Emas Sukan Komanwel 2026

Untuk rekod, Hafizuddin pernah mengharumkan nama Malaysia apabila meraih pingat emas kategori 88 kilogram lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Ads

Beliau mencatatkan jumlah angkatan keseluruhan 345 kilogram, iaitu 162 kilogram bagi acara snatch dan 183 kilogram menerusi clean and jerk.

Pencapaian itu turut menyaksikan beliau mencipta rekod kebangsaan baharu dalam acara snatch selain rekod temasya bagi kategori berkenaan.

Semoga Hafizuddin terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan rawatan serta pemulihannya.

Sumber: Sukan Sinar / Sinar Harian

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain