“Kami wakil warga Afrika minta maaf…” Seorang lelaki warga Afrika tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan kejadian serangan parang terhadap polis yang dilakukan rakannya sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanan mangsa terputus.
Lelaki dikenali sebagai Chibuzo Williams itu mengakui memahami kemarahan rakyat Malaysia terhadap kejadian yang berlaku di Desa Aman Puri, Kepong, pada 11 November lalu.
Menerusi hantaran di Facebook, Chibuzo meluahkan rasa kesal dan memohon maaf bagi pihak komuniti warga Afrika.
“Kepada rakan-rakan kami di Malaysia, kami warga Afrika memahami betapa marah dan kecewanya anda semua terhadap tindakan saudara kami.
“Bagi pihak warga Afrika, saya dengan ikhlas memohon maaf atas apa yang berlaku. Kami amat kesal dengan tindakannya.”
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika melawat anggota berkenaan bagi meninjau keadaan kesihatannya. Foto PDRM
Dakwa Rakan Alami Gangguan Kesihatan
Menurut Chibuzo, suspek didakwa mengalami gangguan kesihatan yang dipercayai mempengaruhi tindakannya ketika kejadian.
Malah, dia menyifatkan rakannya itu sebagai individu yang tidak mempunyai sifat suka menimbulkan masalah.
Chibuzo turut mendakwa suspek merupakan anak yatim piatu yang sudah kehilangan kedua-dua ibu bapanya.
Ads
“Kami percaya sekiranya dia berada dalam keadaan fikiran yang waras, dia tidak akan melakukan perbuatan sedemikian,” katanya.
Bagaimanapun, Chibuzo menegaskan kenyataan itu bukan bertujuan mempertahankan tindakan rakannya atau menafikan penderitaan mangsa, sebaliknya merayu agar masyarakat menunjukkan sedikit belas ihsan.
Netizen Ingatkan Nasib Anggota Polis
Permohonan maaf itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengingatkan agar nasib anggota polis dan keluarganya tidak dilupakan.
Seorang pengguna Facebook menegaskan bahawa anggota polis berkenaan juga mempunyai keluarga yang sedang menanggung kesedihan akibat kejadian tersebut.
Ads
“Seorang lelaki kehilangan tangannya ketika menjalankan tugas. Kita tidak sepatutnya mengagungkan keganasan atau melupakan mangsa.”
Seorang lagi netizen turut menyuarakan pandangan bahawa permohonan maaf sepatutnya ditujukan kepada anggota polis yang cedera dan keluarganya.
Dua Pakar HKL Berjaya Sambung Semula Pergelangan Tangan
Terdahulu, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 26 tahun mengalami kecederaan parah selepas diserang lelaki bersenjatakan parang ketika menjalankan tugas di Desa Aman Puri, Kepong.
Mangsa yang bertugas di Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, dikejarkan ke Hospital Selayang sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ads
Dua pakar HKL kemudian berjaya menjalankan pembedahan bagi menyambung semula pergelangan tangan kanan mangsa yang terputus.
Dalam kejadian sama, suspek turut dilaporkan bertindak agresif terhadap anggota bomba dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ditembak mati oleh polis.
Semoga anggota polis berkenaan diberikan kesembuhan sepenuhnya dan dipermudahkan segala urusan pemulihannya.
Sumber: Kosmo! dan perkongsian Facebook Chibuzo Williams.
Meski sudah diberitahu tentang bahaya rokok tapi masalahnya ia tetap tak mampu ditinggalkan. Lebih menyedihkan semakin ramai pula yang merokok termasuklah kaum wanita.
Hakikatnya berilah ceramah panjang lebar hatta dari ustaz sendiri pun, tabiat merokok ini takkan mampu dihentikan selagi tuan punya badan tiada niat untuk menghentikannya.
Semoga kisah daripada @nurssabrinaaa ini sedikit sebanyak mencetuskan keinsafan untuk perokok meninggalkan terus tabiat buruk ini.
Bukan untuk kesihatan diri anda seorang tapi untuk elak pasangan, anak-anak dan keluarga yang menyayangi kita menderita.
Lihat saja betapa sedihnya hati seorang anak yang kehilangan bapa akibat kanser lidah yang berpunca dari rokok. Lebih perit dia terpaksa melihat penderitaan yang dialami oleh arwah ayahnya sebelum meninggal dunia.
Nur Sabrina berkongsi kisahnya dalam satu thread yang telah diretweet sebanyak 17k oleh warga Twitter.
Abah aku meninggal sebab cancer lidah & of course sebab rokok. Siksa dia menahan sakit kita tengok pun nangis. Goodluck untuk smoker yang bakal menghidap kesakitan2 yang berkaitan.
Ni lidah yang lepas kena operation. And tube tu yang dekat leher (for breathing) cancer dia dah pecah dalam sampai darah keluar ikut saluran penafasan(last week bfr he passed away). And the last picture at my graduation day, I can’t take a picture with him :’) rokok membunuh
He can’t even eat & talk for a year after the operation untill his last breath :’) please & please if you love ppl around you, stop smoking. It’s hurting yourself and ppl around u too. Think of your future.
Im not lying about rokok guys. Berhenti sebelum terlambat. We (family yang kehilangan insan tersayang disebabkan rokok dah tahu sakitnya macam mana).
Tweet dari Nursabrina ini turut mendapat respon warga Twitter yang turut berkongsi pengalaman kehilangan insan tersayang akibat rokok. Kisah-kisah mereka juga cukup menyedihkan.
Pada hari ini, kehidupan seseorang itu boleh menjadi popular sekiranya mempunyai ramai pengikut di laman sosial. Bagi Amalin, remaja berusia 13 tahun, dirinya terkenal dan selalu diperhatikan kerana mempunyai 69,000 follower di instagram.
Bergelar instafamous, tak hairanlah apabila kisah hidup Amalin menjadi perhatian. Baru-baru ini, Amalin muat naik gambar dan kapsyen yang dia dicederakan oleh seseorang.
Justeru, orang ramai mulai meneka orang yang memukulnya ialah teman lelaki Amalin sendiri. Ini berikutan ada kapsyen yang berbunyi ‘lagi satu jgn cari lelaki yg jenis kaki pukul’.
Terima kasih daun keladi, ada masa tumbuk lah lagi 🙂 kau nk lepas geram dgn perempuan nanti carilah aq, jgn pukul girls girls lain ok. Btw thank you for those yg dm, post gambar kat story semua, komen bagi semangat semua, i will reply as soon as posibble ???♥️ i really appreciate it, niat cuma nak nasihat perempuan lain jgn jadi bod** je, tak sangka mcm ni. Btw girls take care of yourself okay, jgn jadi mcm kita 🙂
Terima kasih lah kepada yg talam tu, fitnah le lagi okie banyak banyak ☺️?? buat kat aq tak apa, aq maafkan. Jgn buat dekat org lain, aq ni bukannya baik sgt tapi setakat nak ingatkan dosa memfitnah tu berat tu boleh lah eh ☺️ lagi satu jgn cari lelaki yg jenis kaki pukul 🙂 u better move on
Disebabkan Amalin masih bersekolah, ramai yang bersimpati dengan nasibnya yang cedera pada bahagian mulut dipercayai dipukul. Jadi, ramai follower yang merasakan lebih baik Amalin menumpukan pada pelajaran berbanding bercinta. Usianya masih terlalu muda.
Terkini, Amalin sudah memadam status-statusnya. Mungkin keadaan sudah kembali tenang. Namun apa pun, semoga kisah ini menjadi pengajaran buat gadis seusianya. Pada hari ini, bukan menjadi seseorang yang popular apatah lagi di laman sosial. VK mengucapkan selamat maju jaya untuk Amalin.
Tembakau berasal daripada daun genus Nicotiana, tumbuhan yang berasal dari Amerika Utara dan Selatan dan ia juga digunakan sebagai ‘ubat’ oleh pawang-pawang di kawasan tersebut untuk mengubati penyakit tertentu.
Hari ini, tembakau digunakan dalam pelbagai bentuk dan yang paling terkenal adalah bahan utama dalam pembuatan rokok yang ditambah dengan pelbagai lagi bahan selain kandungan nikotin yang ada dalam tembakau itu sendiri.
Asap tembakau terdiri daripada 6000 bahan kimia dengan 100 daripadanya merupakan bahan kimia penyebab kanser inilah disebut sebagai karsinogen.
Kebanyakan orang tahu tiga komponen utama asap rokok iaitu TAR, nikotin dan karbon monoksida, tetapi sering keliru mengenai antara nikotin dan tar mengenai kesannya kepada kesihatan.
Sebagai contoh, ada yang menganggap TAR yang ada atau sering disebutkan bila bercerita mengenai rokok adalah benda yang sama dengan tar yang digunakan untuk menurap jalan walhal ianya tidak sama!
TAR yang selalu ditulis pada kotak rokok itu adalah pengiraan untuk mengukur kandungan zarah dalam asap setelah rokok dibakar dan ia boleh merosakkan bahagian dalam mulut, dengan mengotorkan gigi, melemahkan gusi dan menghilangkan deria rasa.
Jalan yang paling baik untuk mengurangkan kesan bahaya TAR rokok terhadap mereka yang merokok sudah tentu dengan berhenti merokok. Namun, bagi sesetengah orang mungkin tidak mahu melakukan ini atau mungkin merasakan bahawa mereka tidak dapat berhenti merokok sepenuhnya.
Terdapat banyak kajian-kajian yang dijalankan di luar negara bagi membantu golongan ini sebenarnya, salah satunya adalah dengan mengamalkan konsep atau prinsip pencegahan dengan mengamalkan apa yang dipanggil sebagai ‘Pengurangan Kemudaratan Tembakau’.
Salah satu langkah yang boleh diambil adalah mengurangkan pengambilan rokok. Dengan cara ini, kadar TAR yang memasuki tubuh badan berkurangan dan dari semasa ke semasa akan mengurangkan ketagihan untuk merokok dan tidak mustahil menyebabkan seseorang terus berhenti merokok.
Menurut hasil kajian baru, perokok yang makan buah-buahan dan sayur-sayuran secara purata 4 atau lebih kali sehari adalah 3 kali lebih berkemungkinan bebas tembakau 14 bulan kemudian, berbanding mereka yang makan buah-buahan dan sayur-sayuran kurang daripada 2 kali setiap hari.
Kedua, boleh cuba cari alternatif atau rokok yang mempunyai kandungan TAR yang lebih rendah, atau gunakan produk yang tidak melibatkan pembakaran yang merupakan ‘punca’ terhasilnya TAR itu sendiri akibat dari tindak balas yang berlaku antara bahan kimia dalam rokok dan juga asap daripada rokok itu sendiri.
Kementerian Kesihatan juga ada menyarankan terapi gantian nikotin atau dikenali juga sebagai Nicotine Replacement Therapy (NRT).
NRT bertindak untuk membekalkan nikotin sahaja tanpa bahan-bahan kimia lain yang biasa terdapat dalam asap rokok dalam dos yang rendah kepada otak sebagai gantian nikotin daripada rokok dan ianya bertujuan untuk mengurangkan rasa gian terhadap nikotin serta mengurangkan atau mencegah gejala-gejala yang mungkin berlaku semasa berhenti merokok.
Perlu diingatkan, walaupun bertukar jenis rokok yang kurang TAR, ia tetap memberikan bahaya kepada kesihatan dan sebaik-baiknya cuba untuk ‘lawan’ perasaan gian tersebut dan berhenti merokok sepenuhnya.
Perokok yang berazam untuk berhenti merokok juga boleh mencari atau sertai kumpulan sokongan kerana perokok boleh mendapat galakan dan motivasi yang diperlukan untuk mendorong mereka ke arah yang lebih baik.