Bila nak beli ayam dah tentu kita akan pilih yang paling segar, selalunya yang diperhatikan adalah warna ayam. Bila nampak masih ada kemerahan itu tanda masih segar dan akan terus kita ambil.
Tapi sebenarnya ada lagi beberapa ciri yang kita perlu ambil kira dalam memilih ayam segar. Dikongsi oleh seorang seorang dietitian di sebuah hospital, yang juga menyelia makanan di bahagian dapur berikut beberapa tip yang boleh diikuti, dalam memilih ayam segar.
5 tip pilih ayam segar
Sejak saya mula bertugas menyelia perkhidmatan makanan di dapur hospital di samping memberi rawatan terapi diet kepada pesakit di wad, salah satu tugasan adalah memeriksa bekalan makanan yang sampai. Antaranya adalah ayam.
Setiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Ads
Ayam mesti segar. Tidak beku dan tidak ada bau. Dan baru disembelih pastinya. Ilmu memilih ayam ini saya belajar daripada Chef saya di dapur dan daripada penyelia perkhidmatan makanan. Mujur ada mereka yang rajin turun ilmu. Kalau tak, sampai ke tua pun tak pandai pilih ayam.
1. Warna ayam
Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.
2. Tekstur ayam
Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.
Ads
Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.
Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.
Ads
3. Darah ayam
Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.
4. Bau ayam
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.
5. Lalat
Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.
Telur kelapa ini mungkin dah lama tak dihidangkan. Malah anak-anak sekarang pun ramai yang tak pernah menikmatinya.
Kita sendiri mungkin kali terakhir merasainya ketika masih kecil dimasak oleh ibu atau nenek kita. Supaya lauk ini tak hilang ditelan zaman sesekali gantikan telur dadar dengan telur kelapa.
Cara buat telur kelapa
Bahan-bahan
5 biji telur
Kelapa parut secukupnya
Bahan ditumbuk
2 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
4 tangkai cili hijau
Cara membuat telur kelapa
1. Pecahkan telur dalam bekas dan masukkan bahan tumbuk bersama kelapa parut.
2. Gaul sebati dan masukkan garam dan bahan perasa. Kacau rata.
3. Panaskan minyak dan goreng telur dan balikkan selepas keperangan. Angkat dan hidangkan.
Selalu dengar mereka yang bercucuk tanam yang kecewa dengan tanaman habis diserang ulat, kutu dan hama.
Bagi mengelakkan tanaman terkena sekali lagi masalah ini antara semburan yang berkesan untuk digunakan untuk menghapus dan mencegah serangga perosak adalah air tembakau.
Cara menyediakan air tembakau ini dikongsi oleh D’Pro A’nas.
Cara buat semburan air tembakau untuk elak hapus dan elak serangan ulat perosak pada sayur
Bahan-bahan
Air Tembakau = 100ml / 1 batang rokok
Cuka Kayu = 3ml (boleh beli secara online/nurseri)
Sabun Pencuci = 2 kali picit/ 5ml
Penyukat 20 ml = Untuk sukat
Botol Spray = 1 Liter
Cara membuat & penggunaan
Campur semua bahan dengan 1 liter air dan goncang. Siap, boleh sembur pada sasaran.
2. Cara penggunaan, sembur saja pada keseluruhan pokok dari pucuk ke bawah, batang, daun dan tanah.
3. Amalkan seminggu atau dua minggu sekali sebagai cara untuk menghapus dan benteng mencegah serangan ulat perosak.
4. Waktu sesuai untuk lakukan semburan adalah pukul 5 petang ke atas. Ini kerana serangga, kutu dan hama aktif pada waktu malam.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...