Laman

Olah Sisa Dapur Jadi Bokashi Tea, ‘Emas Cair’ Yang Power Untuk Tanaman

Share

Olah sisa dapur jadi sesuatu yang sangat berharga terutama untuk tanaman. Rugi sebenarnya jika kulit buah, lebihan sayur, nasi basi dan sebagai dibuang dalam tong sampah terutama kalau ada bercucuk tanam di rumah.

Bahan terbuang ini sebenarnya boleh kita jadi ’emas cair’ yang cukup berharga untuk tanaman. Baja cecair super power ini  boleh kita hasilkan melalui proses kompos Bokashi yang mudah dan cepat.

Sesuai untuk mereka yang tinggal di rumah bandar, apartment, atau sesiapa saja yang berazam mahu kurangkan sisa dan suburkan tanah.

Dikongsi oleh Syuhadah Zahari berikut adalah cara untuk membuat bokashi tea tanpa perlu risau tentang bau busuk atau masalah lalat.

Bahan yang diperlukan untuk olah sisa tanaman jadi Bokashi tea

  • Tong Bokashi (boleh DIY dengan baldi 2 lapis + paip kecil)
  • Dedak Bokashi (diperam dengan EM + molases)
  • Sisa Makanan Dapur (nasi, sayur, buah, roti, tulang kecil pun boleh!)

Cara membuat

1. Masukkan lapisan sisa dapur ke dalam tong.

2. Taburkan sedikit dedak Bokashi setiap kali tambah sisa.

Dedak bokashi ini boleh dibeli

3. Tekan padat dan tutup rapat (fermentasi berlaku dalam suasana anaerobik – tanpa udara).

4. Biarkan selama 2 minggu → akan keluar cecair (Bokashi Tea) dari paip bawah.

5. Cecair ini boleh disimpan dan dicairkan sebelum disiram ke pokok (1:100 ratio air).

Kelebihan kompos Bokashi

-Boleh guna sisa berminyak, produk tenusu, dan daging.
-Tak berbau busuk, tak tarik lalat.
-Proses cepat – hanya dalam 2 minggu!
-Hasilkan baja cecair dan sisa fermentasi untuk tanah.
-Pokok subur, dapur bersih, bumi pun gembira!

Dengan hanya satu tong dan semangat untuk mengurangkan sisa, dah boleh mula menghasilkan Bokashi Tea untuk kebun atau tanaman di rumah

Semoga bermanfaat

Sumber: Syuhadah Zahari

Baca Lagi: Kulit Sayur Atau Sisa Dapur Masuk Dalam Botol Minyak, Cara Mudah Buat Baja Kompos

 

Published by
VK