Ingatkan zaman mak ayah kita jer orang kahwin awal rupanya zaman serba moden ni ada lagi yang macam tu.

Waktu sekarang usia 17 tahun kebanyakan gadis baru tamat sekolah tingkatan 5. Tak terfikir pun nak bersuami, malah  masak pun tak pandai lagi.

Tapi lain pula pilihan Amyra Nadya bila dia mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada usia 17 tahun.

Nadya menjadi bualan netizen di alam maya terutama di instagram dan Twitter selepas memuat naik gambar pernikahannya 30 Disember lalu pada usia yang sangat muda.

Punya sebab tersendiri memilih untuk berkahwin awal, ini alasan yang dikongsi oleh Nadya yang dikongsi dalam status di instagram yang dimuat naik semalam.

IKLAN

Ada sebab pilih kahwin muda

Pengantin Umur 17 Tahun Jadi Bualan Netizen! Kami Pilih Teruskan Hubungan Secara Halal Selepas Penat Lelah Yang Kami Lalui

Assalamualaikum w.b.t. Malam ni bertukarlah status sebagai seorang isteri kepada Muhammad Khaldun dengan sekali lafaz pada tarikh 30hb Disember 2017. Ramai yang tertanya berapa umur Nadya. Alhamdulillah tahun ni cukup 17 tahun dan telah menjadi isteri orang. Ada sebab kenapa nadya pilih untuk berkahwin muda. Segala penat lelah yang kami lalui akhirnya kami menamatkan zaman bujang dan memilih untuk meneruskan hubungan secara halal.

Ibu ayah berat nak lepaskan

Pengantin Umur 17 Tahun Jadi Bualan Netizen! Kami Pilih Teruskan Hubungan Secara Halal Selepas Penat Lelah Yang Kami Lalui

Terima kasih kepada mama dan abah kerana menjaga nadya dari lahir hinggalah nadya memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri. Walaupun berat hati seorang ibu dan ayah nak melepaskan anaknya tapi Allah dah takdirkan jodoh nadya datang awal.

IKLAN

Di sebalik senyuman, banyak kesedihan yang menimpa

Pengantin Umur 17 Tahun Jadi Bualan Netizen! Kami Pilih Teruskan Hubungan Secara Halal Selepas Penat Lelah Yang Kami Lalui

Banyak dugaan yang nadya hadapi sebelum ini. Tak semua orang nampak disebalik senyuman nadya, banyak kesedihan yang menimpa. Dengan berkat sabar dan tak putus asa, Allah hantarkan seorang lelaki yang pada awal pertemuannya tak pernah sangka akan menjadi seorang suami dan peneman hati hingga akhir hayat.
Terima kasih ya Allah atas pemberian yang tidak terhingga ini. Moga pernikahan ini kekal hingga ke Syurga Firdausi.

Netizen terkejut, 17 tahun kita tak pandai masak lagi

Pengantin Umur 17 Tahun Jadi Bualan Netizen! Kami Pilih Teruskan Hubungan Secara Halal Selepas Penat Lelah Yang Kami Lalui

IKLAN

Dalam pada itu entri yang dimuat naik Nadya juga mengundang banyak komen, rata-rata netizen mendoakan perkahwinan Nadya dan Khaldun kekal bahagia tapi tak kurang juga yang mempersoalkan dia mendirikan rumah tangga pada usia muda. Malah pada usia ini kebanyakan gadis sekarang belum tahu memasak!

Selain itu:  Kahwin Guru Sendiri, Kini Giliran 'Murid' Bimbing Cikgu Ke Jannah. Pengantin Curi Tumpuan Pilih Sekolah Tempat Pertama Kali Bertemu Sebagai Lokasi Foto Perkahwinan

Namun begitu ramai juga yang menyokong tindakan Nadya kerana keputusan kahwin awal ini setidak-tidaknya mengelak daripada melakukan maksiat.

Apa pun sama-sama kita doakan agar rumah tangga keduanya dirahmati, dan semoga pasangan ini melayari alam perkahwinan yang penuh dugaan dengan sabar.

Sumber:amyranadya_

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI