Ads

Penipuan Ejen Pelancongan! Awas Taktik Licik Guna Nama MOTAC, Siap Beri ‘Purchase Order’

Mengaku wakil jabatan kerajaan, siap beri ‘Purchase Order’! Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengingatkan ejen pelancongan agar berwaspada dengan taktik penipuan ini.

Kegiatan penipuan ejen pelancongan yang melibatkan penyamaran identiti pegawai kerajaan ini perlu diberi perhatian serius, terutama apabila tempahan yang diterima disertakan dengan dokumen yang kelihatan rasmi.

Menerusi kenyataan bertarikh 24 November 2026, MOTAC memandang serius dakwaan penyamaran identiti dan penyalahgunaan nama kementerian serta Jabatan Warisan Negara (JWN) bagi memperdaya sebuah syarikat pelancongan.

Perkara itu susulan pemakluman Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) pada 2 November lalu mengenai kegiatan penipuan yang menyasarkan ejen pelancongan.

Ads
Penipuan Ejen Pelancongan! Awas Taktik Licik Guna Nama MOTAC, Siap Beri ‘Purchase Order’
Gambar Hiasan AI

Penipuan Ejen Pelancongan: Siap Guna Identiti Pegawai Kanan MOTAC

Menurut MOTAC, syarikat pelancongan terbabit mendakwa menerima tempahan bagi ‘Program Lawatan Rasmi’ yang dijadualkan berlangsung pada 1 hingga 4 Oktober 2026.

Individu terbabit memperkenalkan diri sebagai wakil JWN, malah turut mengemukakan dokumen yang dikatakan sebagai pesanan pembelian atau Purchase Order (PO).

Komunikasi menerusi aplikasi WhatsApp juga dilaporkan menggunakan nama dan identiti seorang pegawai kanan MOTAC.

Ads

Susulan itu, kementerian sedang mendapatkan pengesahan lanjut berhubung dakwaan berkenaan serta akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Jangan Terus Percaya, Buat Semakan Dahulu

Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan, MOTAC menasihatkan orang ramai, syarikat pelancongan dan penyedia perkhidmatan supaya mengambil langkah berikut:

Ads
  • Sahkan tempahan dan arahan kerja melalui saluran rasmi kerajaan.

  • Semak kesahihan dokumen pesanan pembelian yang diterima.

  • Jangan membuat pembayaran atau komitmen kewangan sebelum mendapat pengesahan.

  • Laporkan komunikasi mencurigakan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat unsur penipuan.

MOTAC turut menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan nama kementerian, JWN mahupun identiti pegawai kerajaan.

Jadi, biarpun tempahan yang diterima nampak meyakinkan dan disertakan dokumen yang kelihatan rasmi, jangan terus percaya. Semak dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan bagi mengelakkan kerugian.

Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Anak Jati Kelantan Raih Anugerah Duta Pendidikan Di Pentas Miss International...

Yap Wen Wei, wakil Malaysia di Miss International 2026, meraih anugerah Duta Pendidikan di Tokyo, Jepun. Anak kelahiran Kuala Krai itu membawa misi merapatkan jurang digital dalam kalangan murid daripada keluarga B40.