Ads

Anak Jati Kelantan Raih Anugerah Duta Pendidikan Di Pentas Miss International 2026

Wakil Malaysia di petandingan Miss International 2026, Yap Wen Wei, meraih anugerah khas Duta Pendidikan (Ambassador of Education) pada malam final yang berlangsung di Tokyo Dome City Hall, Jepun, pada 25 November.

Wen Wei bertanding bersama 72 peserta lain yang datang dari serata dunia, menjadikan jumlah keseluruhan peserta edisi ke-64 itu seramai 73 orang.

Seiring dengan penganugerahan itu, Wen Wei yang merupakan anak kelahiran Kuala Krai, Kelantan membawa misi untuk meluaskan akses kepada pendidikan digital, khususnya dalam kalangan murid daripada keluarga berpendapatan rendah.

Anak Jati Kelantan Raih Anugerah Duta Pendidikan Di Pentas Miss International 2026

Menurut Wen Wei, inisiatif yang disertainya sejak 2023 telah menyalurkan hampir 1,000 komputer riba kepada murid daripada keluarga B40.

Ads

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Multimedia dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), wanita berusia 28 tahun i itu turut mengetengahkan kempen #BeautyBeyondLabels- Empowering Digital Equality yang memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang digital.

Kempen tersebut selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan keempat (SDG 4) yang memberi fokus kepada pendidikan berkualiti.

Ads

BACA JUGA: Anak Jati Sabah Cipta Momen Membanggakan, Atikah Karim Berjalan Untuk Chanel Spring/Summer 2027

Anak Jati Kelantan Raih Anugerah Duta Pendidikan Di Pentas Miss International 2026

Ads

Pada malam final itu, wakil Moldova, Elizaveta Kuznetsova, dinobatkan sebagai Miss International 2026. Wakil United Kingdom, Brittany Feeney, muncul sebagai naib juara.

Imbas kembali, perjalanan Wen Wei ke pentas antarabangsa bermula apabila beliau mara ke kelompok enam terbaik pada penyertaan pertamanya di peringkat kebangsaan pada 2022.

Beliau kembali bertanding dan menduduki tempat kedua pada 2025 sebelum dinobatkan sebagai Miss International Malaysia 2026.

 

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain