Lobak merah atau carrot antara sayur yang selalu kita beli untuk dijadikan hidangan. Cuma ada masa mungkin kita terbeli dalam kuantiti banyak menyebabkan sayur ini kecut bila disimpan dalam peti sejuk. Sudahnya terbuang begitu saja.
Sebenarnya ada kaedah menyimpan lobak merah yang boleh kita praktikkan bagi memastikan sayur ini tahan lama. Malah boleh kekal segar sampai berbulan-bulan. Caranya adalah dengan menyimpan lobak merah dalam balang.
Langkah simpan lobak merah supaya tahan lama
1. Sediakan balang yang sesuai
Ads
2. Potong lobak jika panjang supaya muat dalam balang.
3. Susun lobak yang dipotong ke dalam balas dan isi air hingga penuh balang.
Ads
4. Simpan balang dalam peti sejuk, seminggu sekali boleh tukar air.
Kalau minum minuman sejuk jadi tabiat kebanyakan dari kita mengunyah atau menggigit ais. Saja suka-suka tapi ramai tak tahu bahawa kita sedang merosakkan gigi sendiri.
Kalau anda seorang pemakan atau pengunyah ais tegar, anda sebenarnya sedang menjahanamkan gigi anda tanpa anda sedar.
Sikit-sikit gigi anda akan mengalami kehilangan struktur gigi yang bersifat mikro.
Makin banyak dan lama anda kunyah ais, makin banyak struktur gigi yang hilang.
Ini dinamakan “Abfraction”. Gigi anda akan berlubang tapi bukan berlubang macam tak gosok gigi tu. Gigi anda akan “berlekuk”, terutamanya di bahagian leher gigi.
Ini disebabkan oleh kesan trauma yang berpanjangan ke atas gigi anda akibat daripada kerap mengunyah sesuatu yang keras seperti ais.
Kesan daripada “abfraction” ini akan menyebabkan gigi lama kelamaan akan menjadi sensitif, dan jika tak dibendung, gigi boleh patah dan pecah kerana telah banyak struktur gigi yang hilang tanpa disedari.
Mari saya ceritakan tentang makan ais ini. Saya pernah dapat seorang pesakit ni, mengadu gigi geraham dia pecah. Bila saya check, mulutnya bersih, gigi semua tak ada rosak kecuali yang pecah tu. Satu gigi je.
Dia memang ada tabiat mengunyah ais lepas makan-makan di kedai. Sambil berborak-borak dia ambil seketul ais dan kunyah. Lepas satu, satu.
Pecah gigi dia tu, sampai nampak saluran akar. Eh tak sakit ke? Dia jawab tak. Maknanya bukan sahaja gigi pecah, tapi saluran saraf mengalami trauma. Terus ‘mati mengejut’.
Jadi untuk rawat gigi dia, kena buat rawatan saluran akar (root canal treatment) dulu, baru tampal dan sarung gigi (crown).
Kepada yang suka makan ais, kurangkan dan berpada-padalah.
Ramai yang tanam pokok kunyit di rumah. Jika tanam dalam pasu dan pokok dah besar, elok juga jika dikeluarkan untuk biakkan supanya dapat lebih dari satu pokok.
Cara untuk biakkan pokok kunyit boleh ikut perkongsian Mohd Amri.
1. Pokok kunyit lama ini bulan tiga yang lepas saya keluarkan dari pasu. Tujuannya tak lain tak bukan untuk biakkan supaya lebih banyak. Rezeki jiran-jiran sekeliling saya kongsikan isi kunyit dan juga daunnya sekali.
2. Seterusnya saya kongsikan cara saya biakkan pokok kunyit kepada beberapa pasu baru. Ambil beberapa batang kunyit yang sudah berakar seperti dalam gambar.
Daun saya potong. Sebab memang akan layu. Daripada layu macam tu, baik saya guna atau agihkan kepada jiran.
3. Lebihan agihan, terus saya cucukkan ke tanah.
4. Untuk peringkat awal dalam seminggu hingga ke dua minggu saya tidak beri sebarang baja, hanya siram pokok supaya berkeadaan lembab. Pada hari ke 7, sudah keluar beberapa tunas-tunas baru. Yeah!
4. Pada peringkat ini, saya mula masukkan atau taburkan sahaja dua sudu baja organik dan siram seperti biasa. Baja seperti dalam gambar. Baja ini adalah campuran kompos sawit dan tinja ayam. Sepaket saya dapat RM7 sahaja. Murah dan berkesan untuk semua pokok. Boleh cuba.
5. Untuk hari-hari berikut, saya hanya siramkan air kosong. Selang seminggu sekali atau dua minggu sekali saya akan taburkan baja organik serta berikan semburan booster.
Setakat ini, inilah perkembangannya. Dah dapat banyak pasu.
Ramai pemilik rumah yang berhajat mengubah suai kediaman antaranya tambah tingkat pada rumah mereka, sama ada dari satu ke dua tingkat, atau dua ke tiga.
Tapi malangnya, ramai juga yang terus ‘lompat’ ke langkah terakhir, iaitu cari tukang tanpa rujuk pakar terlebih dahulu.
Ini antara kesilapan biasa yang boleh mendatangkan risiko besar, bukan sahaja pada rumah sendiri, malah rumah jiran.
Sebelum mula apa-apa kerja ubah suai atau penambahan struktur, ada perkara penting yang pemilik wajib tahu. Perkongsian dari arkitek Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli boleh dijadikan panduan.
“Saya selalu menasihatkan klien yang ingin tambah tingkat dari 1 tingkat ke 2 atau 3, jangan terus cari kontraktor. Itu step yang salah.
Projek jenis ini, pastikan kena ada jurutera struktur. Ini memang kepakaran mereka. Arkitek boleh design tapi untuk memastikan keselamatan struktur, jurutera struktur adalah wajib.”
Pertama sekali, kita tak tahu kekuatan struktur asal rumah adakah mampu untuk menampung berat tambahan tingkat. Jadi jurutera struktur perlu buat pemeriksaan dan kiraan struktur asal.
Kadang kala bila tambah tingkat, rumah sebelah pula dinding retak. Kerana apa? Kontraktor main sambung je tanpa nasihat jurutera.
Kedua, drawing struktur diperlukan untuk kelulusan ubahsuai bangunan. PBT nak tengok juga design struktur baru dan paling penting nak tahu siapa jurutera yang terlibat.
Pra syarat kelulusan tambahan bangunan juga memerlukan drawing struktur jadi nak tak nak kena engage dengan jurutera.
Ketiga, jurutera akan mengeluarkan lukisan struktur berdasarkan kiraan dan simulasi yang telah dibuat. Senang cerita, mereka dah check struktur sedia ada dari bawah tanah ke atas tanah, mereka akan design semula.
Besi Y berapa semua jurutera akan letak spesifikasi. Jangan risau. Di sini arkitek dan jurutera akan bekerjasama untuk memastikan design yang klien puas hati dan juga selamat.
Memang akan ada fee untuk kerja design struktur. Kena ingat juga, untuk CCC, sign jurutera di borang G diperlukan ya.
Nak buat ubah suai, pastikan selamat. Jangan gopoh terus panggil tukang buat.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.