Umum sudah tahu bahawa pesakit diabetes mempunyai kandungan gula tinggi dalam badan. Nasi pula ada kandungan gula. Jadi mungkin ramai pesakit diabetes menolak makan nasi untuk elakkan kandungan gula semakin tinggi dalam badan.
Tapi menurut Dr. Suri Roowi mereka yang mengidap kencing manis boleh saja makan nasi cuma perlu tahu aturannya iaitu dengan memastikan nasi yang diambil mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
GI ini merujuk kepada nilai gula dalam darah dan Dr. Suri dalam Facebooknya berkongsi 6 tip yang perlu diamalkan oleh pesakit kencing manis sebelum makan nasi untuk mengawal gula dalam darah.
1.Elak makan nasi yang dimasak lembik
Nasi keras mempunyai nilai GI yang rendah. Jadi, nasi keras lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi lembik. Jadi, kalau nak makan nasi, sila kurangkan air sebelum memasak beras itu ya.
Ads
2. Simpan nasi pada suhu sejuk
Nasi sejuk yang disimpan pada suhu 4 darjah Celcius selama 24 jam lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana GI yang rendah berbanding nasi panas. Nasi panas GI tinggi. Jadi sebelum anda makan nasi, sila sejukkan dahulu.
3. Elak makan nasi daripada beras hancur
Nasi dari beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86) dan kurang sesuai untuk pesakit diabetis. Nasi biasa mempunyai GI (83). Nasi daripada beras hancur memang sedap kalau dibuat nasi goreng. Tapi, kalau anda pesakit diabetes, sila elakkan ya.
4. Makan nasi dengan sayur
Nasi yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetis, kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
Ads
Menurut Dr. Suri Roowi, pilihlah sayur yang tinggi fiber larut air. Misalnya kacang bendi, Sayur sebegini boleh meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
5. Pilih nasi goreng berbanding nasi putih
Nasi goreng pula lebih sesuai untuk pesakit diabetis, berbanding nasi putih kerana mempunyai nilai GI yang lebih rendah. Nasi yang sudah digoreng mengandungi GI yang rendah. Jadi lebih baik anda makan nasi goreng berbanding nasi putih.
6. Elak makan bubur
Bubur lebih tinggi GI berbanding nasi. Selalu kalau demam, kita lebih suka makan bubur. Tapi kalau anda pesakit diabetes, elakkan ya. Ini kerana bubur mengandungi GI yang lebih tinggi berbanding nasi.
Selain sambal, air asam ini juga antara yang boleh kita buat stok simpan dalam peti ais. Senang kalau nak makan ikan, daging atau ayam bakar. Ceduk saja.
Air asam ini juga ada macam-macam versi tapi kalau nak yang sedap dan boleh buat kita ketagih nak makan hari-hari boleh guna resipi dari Afy AL Habibi ini.
Air asam ketagih, cicah dengan ikan, ayam daging semua ngam
Kenapa saya letak namanya ketagih? Sebab boleh buat kita rasa nak makan hari-hari. Rasanya memang sedap gila. Sebenarnya versi ini saya buat untuk diet. Nak cicah dengan ikan bakar ke, daging atau ayam bakar semua ngam. Ikuti resepi di bawah okay.
Bahan-bahan:
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar Holland
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
Bahan tambahan:
1 biji lemon – ambil jusnya, asingkan biji ambil sekali sari buah.
3 tangkai cili padi hijau
3 tangkai cili padi merah
Cara membuat:
Masukkan semua bahan yang siap dibakar dan bahan tambahan dalam pengisar.
2. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa (segenggam besar asam jawa dan 1 1/2 gelas air) atau ikut kepekatan yang diingini.
3. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
4. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan
Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, pastikan makan terus. Tak boleh biar lama sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
Kerang, lala, kepah memang sedap dimakan tapi masalah kekotoran dan pasir buat ramai yang jadi tak rajin nak memasaknya. Selain itu bila dah masak ada juga kerang dan lala susah nak dibuka.
Sebenarnya ada cara mudah untuk selesaikan masalah ini. Jika nak masak kerang, lala, kepah dan hidangan bercengkerang seperti ini praktikkan petua yang dikongsi di bawah.
Insya-Allah pasir dari lauk cengkerang ini akan keluar dan terbuka bila dimasak. Jadi taklah susah untuk dikupas.
Tip kerang bersih dan mudah terbuka
Cara mudah nak bersihkan kerang guna tepung dan lada kering. Caranya;
Jika kerang masih ada selut, bersihkan dulu.
Kemudian rendam kerang dengan tepung gandum dan lada kering (guntingkan). Cara ini kerang akan terbuka keluarkan kotoran yang ada di dalamnya dengan sendiri.
Jika nak merebus kerang, didihkan dulu air bersama serai ketuk, bawang dihiris, lada kering gunting dan garam. Selepas mendidih baru masukkan kerang.
Insya-Allah cantik kejadiannya, kerang mudah terbuka.
Kredit Fariza Basar
Bersihkan lala
Jika nak masak lala, kepah dan lauk lebih kurang dengannya, rendam dahulu dengan cili kering yang dipotong atau cili burung/padi. Selepas direndam semua pasir yang melekat di dalamnya keluar habis.
Kredit Azmira Ismail
Guna garam pun boleh
Selain cara di atas boleh juga rendam kerang atau lala menggunakan air dicampur dengan garam. Cara ini juga menyebabkan hidangan laut ini memuntahkan pasir dan kotoran dari dalam dan seterusnya memudahkan kerja membersih.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...