Bagi yang suka bercucuk tanam kat sekeliling rumah tapi pokok yang ditanam asyik tak subur dan tak berbuah boleh cuba cara yang digunakan oleh Intan Suhana.

Menggunakan hanya roti dan air inilah rahsia tanamannya menjadi. Katanya baja yang dinamakan MOL (Mikroorganisma Lokal) ini memang berkesan. Dia boleh lihat ‘keajaiban’ selepas menggunakan baja ini.

Pokok akan berkembang biak, pucuk baru keluar meriah, daun jadi hijau dan kalau yang tak pernah berbuah akan mula keluarkan hasil.

Cara nak buat juga senang, tak guna tenaga pun malah kosnya tersangatlah murah. Boleh ikut perkongsian Intan Suhana ini.

Bahan-bahan

Sekeping roti yang masih baik
Air sebanyak 1.5 liter

Roti Pun Boleh Jadi Baja, Rupanya Inilah Rahsia Tanaman Jadi Subur & Mula Berbuah

  • Air hujan atau air basuhan beras je tau.
  • Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.
  • Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin.

Cara membuat

1. Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.

Roti Pun Boleh Jadi Baja, Rupanya Inilah Rahsia Tanaman Jadi Subur & Mula Berbuah

IKLAN

2. Kak Intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah.

Roti Pun Boleh Jadi Baja, Rupanya Inilah Rahsia Tanaman Jadi Subur & Mula Berbuah

3. Kemudian peram, letak ditempat gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah singki.

Roti Pun Boleh Jadi Baja, Rupanya Inilah Rahsia Tanaman Jadi Subur & Mula Berbuah

  • Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nya kan.
  • Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak!
  • MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan utk mikrob yang terhasil.
  • Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh. Sebab Kak Intan pun belum sampai tahap bagi makan mikrob ni lagi.
Selain itu:  Buat Sendiri Akuarium Bajet Guna Kotak Gabus Saja, Kukuh & Tahan Lasak Juga

4. Kak intan suka gunakan nisbah sendiri. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah.

Roti Pun Boleh Jadi Baja, Rupanya Inilah Rahsia Tanaman Jadi Subur & Mula Berbuah

IKLAN

Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas.

Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan sambil nyanyi lagu “Dimatamu”. Biar pokok pun terhibur.

5. Ha… tengok tu. Pokok bunga lily ni memang tak rajin berbunga. Lepas kena siram dengan baja roti ni berlumba-lumba batang bunga dia keluar. Tapi sayang. Udah kena libas separuh dengan suamiku si tukang mesin rumput.

Roti Pun Boleh Jadi Baja, Rupanya Inilah Rahsia Tanaman Jadi Subur & Mula Berbuah

6. Daun kucai ni bagus. Mencontohi kekedingan tuan nya kahkah. Tapi subur ok!

IKLAN

Roti Pun Boleh Jadi Baja, Rupanya Inilah Rahsia Tanaman Jadi Subur & Mula Berbuah

7. Daun kesum yang gemok

Roti Pun Boleh Jadi Baja, Rupanya Inilah Rahsia Tanaman Jadi Subur & Mula Berbuah

8. Paling best pokok belimbing buluh ni. Berbuah buat pertama kalinya selepas berapa kurun ku tanam. Buahnya semalam udah ku petik buat sambal tumbuk dengan ikan bilis.

Roti Pun Boleh Jadi Baja, Rupanya Inilah Rahsia Tanaman Jadi Subur & Mula Berbuah

9. Ini pulak pokok delima yang dah lebat daunnya.

Roti Pun Boleh Jadi Baja, Rupanya Inilah Rahsia Tanaman Jadi Subur & Mula Berbuah

Menarik sungguh tengok hasil tanaman dia kan. Selamat mencuba uols.

Sumber: Intan Suhana

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI