Umum sudah tahu bahawa pesakit diabetes mempunyai kandungan gula tinggi dalam badan. Nasi pula ada kandungan gula. Jadi mungkin ramai pesakit diabetes menolak makan nasi untuk elakkan kandungan gula semakin tinggi dalam badan.

Tapi menurut Pegawai Penyelidik Prinsipal di Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi Makanan MARDI, Dr. Suri Roowi  mereka yang mengidap kencing manis boleh saja makan nasi cuma perlu tahu aturannya iaitu dengan memastikan nasi yang diambil mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.

GI ini merujuk kepada nilai gula dalam darah dan Dr. Suri dalam Facebooknya berkongsi 6 tip yang perlu diamalkan oleh pesakit kencing manis sebelum makan nasi untuk mengawal gula dalam darah.

 

1.Elak makan nasi yang dimasak lembik

Nasi keras mempunyai nilai GI yang rendah. Jadi, nasi keras lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi lembik.

Jadi, kalau nak makan nasi, sila kurangkan air sebelum memasak beras itu ya.

2. Simpan nasi pada suhu sejuk

Nasi sejuk yang disimpan pada suhu 4 darjah Celcius selama 24 jam lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana GI yang rendah berbanding nasi panas.

Nasi panas GI tinggi. Jadi sebelum anda makan nasi, sila sejukkan dahulu.

3. Elak makan nasi daripada beras hancur

Nasi dari beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86) dan kurang sesuai untuk pesakit diabetis. Nasi biasa mempunyai GI (83).

Nasi daripada beras hancur memang sedap kalau dibuat nasi goreng. Tapi, kalau anda pesakit diabetes, sila elakkan ya.

4. Makan nasi dengan sayur

Nasi yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetis, kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.

Menurut Dr. Suri Roowi, pilihlah sayur yang tinggi fiber larut air. Misalnya kacang bendi, Sayur sebegini boleh meningkatkan kepekaan terhadap insulin.

5. Pilih nasi goreng berbanding nasi putih

Nasi goreng pula lebih sesuai untuk pesakit diabetis, berbanding nasi putih kerana mempunyai nilai GI yang lebih rendah.

Nasi yang sudah digoreng mengandungi GI yang rendah. Jadi lebih baik anda makan nasi goreng berbanding nasi putih.

6. Elak makan bubur

Bubur lebih tinggi GI berbanding nasi.

Selalu kalau demam, kita lebih suka makan bubur. Tapi kalau anda pesakit diabetes, elakkan ya. Ini kerana bubur mengandungi GI yang lebih tinggi berbanding nasi.

 

Sumber: facebook Dr Suri Roowi

 

 

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: