Pokok sayur baru nak naik, tapi dah dirosakkan oleh haiwan liar seperti kera dan babi. Kalau duduk di kampung dan berkebun ini situasi yang biasa dihadapi bila bercucuk tanam sama ada sekitar rumah atau di kebun.
Memang geram dibuatnya. Kalau selalu sangat berlaku dan dah cuba macam-macam cara untuk menghalau haiwan ini tapi gagal mungkin boleh praktikkan petua ini pula.
Guna kapur barus dan minyak tanah untuk halau haiwan rosakkan tanaman. Cara ini lebih berkesan malah boleh digunakan untuk elak kehadiran ular juga.
Petua halau haiwan liar guna kapur barus & minyak tanah
Petua ini kongsi oleh pemilik akaun TikTok @pertaniansegar. Caranya;
1. Sediakan minyak tanah, kapur barus dan botol plastik.
Ads
2. Masukkan kapur barus ke dalam satu bekas besar, kemudian tuang minyak tanah sehingga penuh bekas yang berisi kapur barus.
3. Kacau ramuan campuran kedua-dua bahan tadi seketika.
4. Selepas itu asingkan minyak tanah dan kapur barus dengan menuangkan minyak ke dalam bekas lain.
Ads
5. Kapur barus yang diasingkan tadi kemudian ditumbuk sehingga lumat. Campur dengan sedikit minyak tanah.
6. Ambil botol plastik dan tebuk lubang kecil sekeliling botol. Ikat botol dengan tali.
7. Masukkan sedikit kapur barus yang ditumbuk di dalam botol kosong.
Ads
8. Kemudian boleh gantung botol berisi kapur barus ini di penjuru kebun atau ladang. Boleh buat pancang atau gantung pada pokok.
9. Sementara itu minyak tanah pula disiram sekeliling kebun.
Lakukan petua ini dua bulan sekali untuk memastikan keberkesanannya berterusan.
Ada masa kita rasa tak nak makan nasi dengan lauk yang heavy- heavy macam gulai, masak lemak atau sambal. Tekak nak makan lauk yang simple-simple saja.
Kalau tiba selera yang macam ini, lauk ikan rebus sambal picit memang sesuai sangat. Tak perlu nak goreng atau kisar bahan bagai.
Rebus dan picit-picit saja dalam mangkuk, dah siap. Tapi awas ya gabungan lauk macam inilah yang buat kita makan nasi bertambah-tambah. Lauk ini juga lengkap ya, ada ikan, sayur dan sambal sekali. Memang cukup khasiat.
Cara buat lauk ikan rebus sambal picit
Cara buat ikan rebus
– Sediakan ikan kembung yang sudah dicuci bersih.
– Dalam periuk masukkan ikan bersama dengan asam keping dan garam.
– Rebus hingga mendidih dan ikan masak. Jangan masuk ingat bila air mendidih ya, nanti ikan hancur.
Cara buat sambal picit
– Sediakan 20 biji atau lebih cili api kampung hijau dan merah bersama dengan satu sudu besar belacan (bakar dahulu), 1 sudu besar asam jawa, garam dan gula.
– Satukan semua bahan ini dalam mangkuk
– Picit cili padi sampai hancur macamm dalam gambar. Kalau pekat sangat tambah air masak.
– Bila cili dan hancur dan bahan lain dan sebati, perah limau kasturi 2 biji. Gaul sebati.
Cara celur pucuk ubi
– Masukkan ulam pucuk ubi dalam periuk berisi air. Tambah garam dan halia serta letak minyak satu sudu. Celur pucuk ubi dan tos.
Ramai ibu bapa yang memberikan anak gajet untuk melekakan mereka. Pada masa yang sama memberi ruang untuk ibu bapa membuat kerja atau pun berehat.
Gajet ini diberikan termasuklah untuk anak yang masih kecil peringkat bayi yang kita tahu tidak elok untuk perkembangan mereka.
Selain gajet, atau mainan ada satu lagi cara yang sebenarnya boleh melekakan anak pada masa yang sama sangat baik untuk merangsang deria anak anak.
DIY busy board untuk lekakan anak
Ia boleh merangsang deria pendengaran, penglihatan, sentuhan dan pergerakan motorik seperti pengelangan dan sendiri. Caranya adalah dengan membuat busy board.
Busy board ini sesuai untuk anak terutama yang berusia 6 bulan ke atas. Boleh juga untuk bayi yang meniarap, letakkan busy board ini di hadapan mereka.
Apa perlu ada
Busy board ini dibuat atas papan yang diatasnya dilekatkan barang-barang berikut;
Kunci pintu
Suis
Loceng Tombol
Karpet pelbagai tekstur dan warna
Kalkulator
Roda
Span
Sikat
Renda
Stiker warna-warni
Tali
Zip
Botol plastik
Kebaikan busy board untuk anak
Busy board yang mengandungi semua barang ini sebenarnya merangsang anak untuk menyelesaikan masalah, latihan melakukan rutin seharian, kemahiran pengurusan diri seperti membuka butang baju, buka pintu, mengikat tali kasut dan sebagainya.
Untuk keselamatan buat busy board ini daripada papan kayu ataupun plastik. Pastikan barang-barang digam kuat. Boleh juga dilekatkan pada dinding.
Berikut beberapa lagi contoh busy board yang boleh dibuat oleh ibu bapa:
Dessert berasas cream cheese memang sedap dan ramai peminat. Tapi harganya kalau beli boleh tahan juga.
Cuma kalau nak jimat bolehlah usahakan buat sendiri cream cheese ini. Boleh cuba perkongsian daripada Chesu Riani ini.
Cara buat cream cheese homemade
Bahan-bahan
1 cawan susu tepung + 3 cawan air (Susu tepung Fernleaf full cream) ATAU 1 liter fresh milk
4 sudu cuka makan/ jus lemon
Sedikit garam
Langkah membuat
1. Panaskan susu dalam periuk guna api medium to low. Uji kepanasan susu dengan celupkan jari di tengah susu. Matikan api jika jari tahan kepanasan dalam 4 saat. Maknanya susu dah cukup panas. Jangan sampai mendidih.
2. Tabur rata cuka/ jus lemon ke seluruh susu dan kacau manja. Biarkan 5-10 minit. Ketulan susu atau cheese akan mula terbentuk. Kalau ada bahagian susu yang masih cair, boleh tambah lagi sikit cuka pada bahagian itu supaya berketul.
3. Tapis cheese. Cecair yg tinggal jangan dibuang. Namanya whey dan boleh digunakan dalam adunan tepung/ masakan. Sangat berkhasiat (saya guna dalam kari).
4. Lalukan cheese yang masih dalam penapis di bawah air sekejap utk kurangkan rasa masam cuka. Kemudian biarkan air betul-betul kering dari cheese tadi.
5. Bila dah kering blend dengan sedikit garam. Kalau pekat sangat campurkan sedikit whey tadi. Blend sampai halus dan creamy.
8. Siap dah cream cheese! Boleh disimpan dalam peti. Sesuai digunakan utk pelbagai resipi.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...