Bagi yang hobi bercucuk tanam, mesti tak puas hati kalau tanaman yang diusahakan tak menampakkan hasil, buah tak lebat, nampak kurang subur, tak berbunga dan sebagainya.
Jika dah letak baja masih tak lihat hasilnya mungkin boleh cuba pula buat air penggalak/ air baja daripada campuran minuman probiotik (Yakult) & telur.
Kebaikan air pengalak campuran minuman probiotik & telur
Menghasilkan bunga banyak
Menghasilkan buah manis
Suburkan tanah
Agar buah lebih besar
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 botol minuman probiotik (Yakult) 2 biji telur ayam 1 unit botol mineral 500ml kosong
Ads
Cara penyediaan :
1. Campurkan Yakult dan 2 biji telur ayam. 2. Gaulkan campuran tersebut sehingga sebati. 3. Simpan campuran baja di dalam bekas botol mineral. 4. Perap campuran baja 3 – 7 hari. Pastikan botol tidak ditutup terlalu ketat untuk elakkan gas yang terhasil mudah keluar. 5. Selepas 7 hari, air baja boleh digunakan.
Ads
Cara menggunakan
Ads
Tuang 20ml campuran baja ke dalam bekas lain sama ada untuk tujuan semburan atau siram ke tanah.
Campur campuran baja dengan air biasa sebanyak 1 liter – 1.5 liter.
Sembur atau siram larutan baja ke daun dan media tanaman.
Semburan atau siraman larutan baja boleh dilakukan selang 2-3 hari, pada waktu petang.
Semalam daun pokok sayur elok segar, hari ini tengok dah berlubang dimakan dek serangga atau ulat perosak.
Ini antara kerisauan dan kekecewaan mereka yang bercucuk tanam di rumah. Belum sempat tuai hasil dah habis dimakan dek ulat atau serangga.
Jadi apa yang perlu dilakukan jika pokok sayur sudah jadi begini? Perkongsian Tariq Syahman boleh dijadikan panduan kepada mereka yang berdepan tanaman sebegini.
“Apa yang tuan guna untuk elak serangga makan pokok-pokok tuan?” Ok. Dia macam ni…
1. Benda paling penting kita kena faham, bila tanam pokok yang jadi makanan dia, serangga ini akan automatik datang. Kadang-kadang dia ada, kadang-kadang dia tiada. Kadang-kadang serangga datang sikit saja, kadang-kadang banyak pula.
2. Cikgu saya pernah pesan, pokok yang sihat akan macam ada shield sekelilingnya. Serangga tak akan suka-suka hati datang makan. Penyakit pun susah nak hinggap. Macam manusia jugak, ada masa antibodi kuat, ada masa antibodi lemah. Bila masa lemah tu, barulah kena serang.
3. Jadi, perkara paling penting adalah pastikan pokok sihat dulu. Air, cahaya & baja mesti cukup. Kalau pokok tak sesuai di tempat redup, ubah ke tempat yang lebih cerah. Kalau pokok tak suka kawasan lembap, ubah ke kawasan lebih kering.
4. Kita buat perkara ini saja sebahagian masalah serangga/penyakit pokok kita dah setel.
5. Kalau serangga datang serang jugak, barulah kita guna produk yang bersesuaian.
6. Untuk serangga macam mealybugs (koya) atau aphids (kutu daun), saya lebih suka PICIT je kalau terjumpa. Kalau banyak sangat, terus trim daun pokok yang terdapat serangga. Buang jauh-jauh atau bakar lagi bagus.
7. Untuk serangga yang besar & tak terbang contohnya kesing & kumbang, saya suka spray air sabun. Caranya bancuh satu sudu pencuci pinggan + air paip 1 liter, masukkan dalam spray kemudian sembur pada serangga, sekejap saja dah mati.
8. Larutan air sabun ini berkesan untuk macam-macam serangga. Lipas pun mati kalau kena air sabun. Cuma kita nak kena sembur tepat pada serangga. Kalau macam belalang yang suka lompat-lompat susah lah sikit.
9. Ada yang suka guna air semburang bawang putih & cili. Bagi saya, ianya kurang berkesan. Saya pernah cuba try tapi saya lebih prefer air sabun.
10. Untuk serangga perosak yang kita tak nampak & suka sembunyi-sembunyi, contohnya anak belalang & ulat-ulat, barulah saya guna semburan racun organik.
11. Guna saja yang mana pun, lebih kurang saja fungsi dia. Selalunya bahan aktif dia berasal dari tumbuh-tumbuhan. Contohnya cuka kayu, minyak daun neem, pati chrysanthemum, etc.
12. Semburan yang berasas organik ini memang selamat untuk manusia & haiwan. Ia hanya beracun untuk serangga saja. Lagi satu, semburan organik ini tak bertindak sepantas kilat. Kalau spray pada serangga jangan pelik pulak kalau nampak serangga boleh jalan-jalan lagi.
13. Spray-spray ni semua selalunya bertindak sebagai deterrent. Maknanya ia menghalang/menghindar serangga. Kalau serangga bau pada mereka rasa tak selera nak makan ke, rasa loya ke, saya tak tahu lah. Hahaa.. Tapi macam tu lah dia berfungsi.
Pokok-pokok saya pun takdalah semuanya flawless, banyak saja lubang-lubang kena makan dengan ulat. Boleh tengok kat gambar tu.
Jaga pokok bagi sihat, InsyaAllah tak perlu risau sangat pasal serangan serangga perosak.
Kejadian jubin atau tiles kediaman meletup antara masalah yang selalu berlaku. Jika ia terjadi ia memang memeningkan pemilik rumah kerana sudah tentu melibatkan kos untuk mengganti semula selain rumah yang akan bersepah.
Selalu dikaitkan dengan punca jubin meletup atau terangkat ini adalah kerana pemasangannya yang tidak mengikut tahap piawaian yang ditetapkan.
Pemasangan konkrit yang tidak sekata pada semua bahagian jubin terutama bersaiz besar menyebabkan terdapat poket udara yang mengembang sekaligus menyebabkan jubin meletup.
Bagi memastikan perkara ini tidak berulang, cara pemasangan jubin perlulah betul terutama jika pemilik rumah ingin melakukanya secara DIY tanpa menggunakan khidmat tukang.
Tip pemasangan jubin yang dikongsi oleh Mohammad Kechiksetia boleh dijadikan panduan buat yang ingin melakukannya sendiri jika melibatkan jubin yang sedikit saja.
Saja nak kongsi untuk tukang-tukang ataupun tuan rumah yang nak pasang tiles 2X2. Banyak berlaku kes tiles meletup atau terangkat. Untuk elakkan ia berlaku lagi cara pemasangan tiles ini boleh digunakan.
2. Kemudian biar simen kering contoh dalam sehari.
3. Esoknya untuk bancuh simen gam + susu simen biasa 1 simen gam 2 beg untuk lantai.
4. Kemudian pasang tiles yang dikeringkan semalaman itu di atas lantai.
Insya-Allah tak terangkat. Dah lama ikut cara ini sejak 2010, alhamdulillah tiada kes tiles meletup dan terangkat.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.