Pokok sayur bayam tanaman yang boleh diusahakan buat mereka yang mahu hasil yang cepat. Bayam ini boleh dituai lebih kurang sebulan saja selepas ia disemai.
Selain itu cara penjagaannya agak mudah tapi cuma kena pastikan bayam ini ditanam dengan cara yang tepat agar pertumbuhannya cepat.
Dikongsi oleh Cikgu Kebun atau Mohd Syafiq Khasasi.
Ilmu pokok bayam, sayur paling mudah hidup
Ads
Biji benih sayur bayam, walaupun dia jenis halus tetapi percambahan dia sangat cepat.
Selalunya semasa semaian biji benih bayam, CK akan terus tabur bersama pasir sungai, maksudnya kita perlu buat bancuhan benih bayam bersama pasir sungai dengan bancuhan satu tudung air mineral benih bayam, dicampur dengan 10- 15 genggam pasir sungai.
Proses ini di dilakukan untuk tujuan memberi penjarangan yang terbaik semasa pertumbuhan pokok bayam membesar.
Ads
Jika kita tanam terlalu rapat, anak pokok bayam akan tumbuh dan berlaku persaingan ruang, cahaya, air serta baja ia akan menyebabkan pokok bayam jadi kurus atau terbantut.
Tanah 6 in 1 cukup untuk pertumbuhan pokok bayam dan ditambah sedikit baja organik seperti baja wangi atau baja kopi untuk purtumbuhan pokok yang sihat.
Serangan serangga serta penyakit sangat kurang pada pokok bayam, jadi kita tidak perlu buat kawalan yang kerap. Hanya perlu sembur dengan daun semambu atau cuka kayu sudah cukup untuk membasmi masalah pokok
bayam.
Ads
Khasiat pokok bayam cukup banyak, salah satunya dia memberi zat pada tulang dan sendi.
Tip untuk dapatkan bayam yang manis, tanam pokok di lokasi yang hanya kena sedikit cahaya matahari contoh di tepi rumah. Elak tanam di lokasi cahaya penuh atau tengah panas.
Kereta bila dah lama guna bukan saja cat makin pudar, bahagian dalam pun sama. Ini termasuklah bahagian panel pintu kereta dan juga dashboard. Nampak kusam dan juga kotor.
Memang ada banyak saja produk pembersih yang boleh digunakan untuk membersihkan bahagian ini tapi kalau nak jimat kita pun boleh DIY bahan pencuci sendiri.
Dikongsi oleh Radi Apiz dengan hanya mengggunakan campuran bahan yang sedia ada di rumah iaitu cuka dan baking soda dia membersihkan panel pintu kereta yang hasilnya berkesan.
Bersihkan panel pintu kereta yang kusam guna 2 bahan dapur saja
Saya nak share tentang penjagaan panel pintu kereta. Mesti ramai yang tak kisah dengan panel pintu sebab tak nampak kotor kan. Ok tengok pada pic di bawah ni.
Ni panel pintu kereta myvi. Panel pvc nya berwarna terang. Kita x perasan kalau warna tu semakin gelap sebab melekat kotoran. Tapi bila dicuci dgn sabun khas utk pvc, berus sikit, kemudian lap dengan kain microfibre dah nampak bersih.
Buat separuh macam ni barulah nampak perbezaannya. Caranya;
1.Ambil cuka, baking soda, campurkan dan bubuh air suam.
2. Masukkan dalam botol spray kemudian spray pada panel PVC. Berus manja-manja kemudan lap dengan kain microfibre.
Selain panel pintu boleh juga buat cuci dashboard dan apa-apa PVC dalam kereta.
Sejak permohonan i Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibuka dan dilonggarkan syaratnya, ramai yang sudah mengisi borang dan membuat perancangan dengan wang yang bakal diterima.
Selain digunakan untuk meneruskan kehidupan, melunaskan hutang ada ramai juga yang berhajat menggunakan wang tersebut untuk melabur, beli emas, saham, hartanah dan pelbagai lagi perancangan. Tapi bijak kah tindakan ini.
Sebelum buat keputusan itu sebaiknya kita baca dulu pandangan penasihat kewangan Afyan Mat Rawi tentang tindakan.
Sesuai tak beli emas/saham/hartanah guna duit i-Sinar KWSP
“Afyan, ok tak saya keluarkan duit KWSP tu untuk beli emas / saham / Bitcoin / hartanah.”
Ini antara soalan yang saya terima akhir-akhir ini. Apabila saya post semalam di FB, ramai juga yang ingin tahu sejauh mana kesesuaiannya. Baik, ini respon saya.
1. Suka saya tegaskan, fungsi asal KWSP adalah untuk persaraan. Dalam masa sama, majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menghadapi situasi getir ekonomi hari ini. Jadi, harapan yang tinggal hanyalah KWSP.
2. Jadi, dalam situasi krisis sekarang, pengeluaran wang KWSP adalah untuk keperluan bagi yang benar-benar terdesak dan kesempitan untuk teruskan hidup. Bezakan keperluan dengan kehendak. Gunakan untuk belanja harian, bukan untuk beli sport rim atau PS5.
3. Beli beli emas / labur ke unit trust / beli Bitcoin / beli hartanah, bukanlah perkara keperluan buat masa sekarang bagi orang yang terdesak. Beli beras dan isi perut ahli keluarga kita di rumah.
“Tapi Afyan, saya memang tak terdesak. Tapi saya nak ambil kesempatan dengan pengeluaran KWSP sekarang untuk pelaburan supaya dapat gandakan wang tersebut.
Rilekssss.. Baca seterusnya.
4. Berdasarkan laporan The Star 30 Mei 2016, CEO KWSP memberitahu bahawa hanya 20% pencarum yang keluarkan wang dana persaraan itu untuk unit trust, mendapat pulangan lebih baik berbanding KWSP. Bermakna selama ini KWSP Akaun 1 yang boleh dikeluarkan untuk pelaburan unit trust, tidak ramai yang berjaya mendapat pulangan melebihi KWSP. Agak-agak kalau keluar 10k atau lebih, apa nasib mereka?
5. Niat untuk buat pelaburan adalah niat yang bagus. Namun bagi orang yang tidak ada sebarang ilmu pengetahuan untuk melabur, tiba-tiba dapat peluang 10K untuk melabur adalah umpama orang yang tidak pernah menunggang motosikal tiba-tiba dapat peluang untuk naik motosikal untuk menunggang di lebuh raya. Agaknya apa yang akan terjadi?
6. Simpanan lebih mudah daripada pelaburan. Jika pelaburan ibarat menunggang motosikal, simpanan pula ibarat menunggang basikal. Jika basikal pun tak reti nak bawa, boleh ke nak nak bawa motosikal di lebuh ? Begitulah ibaratnya, simpanan pun majoriti orang kita gagal laksanakan, apatah lagi nak melabur?
7. Niat asal untuk melabur memang bagus, tapi ada kebarangkalian untuk rugi dan ada berkebarangkalian tinggi untuk dicairkan dan dikeluarkan bagi kegunaan lain berbanding kekal di KWSP yang “beku” sukar dikeluarkan sehingga umur 55 tahun.
“Kalau begitu, saya nak guna duit 10k tadi untuk berniaga la”.
8. Sama macam pelaburan tadi, kalau orang yang tak pernah berniaga, tiba-tiba baru nak berniaga disebabkan dapat wang KWSP 10k, bakal menerima nasib yang sama. Malah, berdasarkan statistik, 70% bisnes tutup dalam masa setahun dan 90% bisnes tutup dalam masa 3 tahun.
9. Ada banyak pilihan untuk memulakan bisnes tanpa guna dan modal sebanyak itu. Boleh jadi ejen takaful, ejen unit trust, Marketing Representative, ejen Atomy, ejen affiliate yang tidak memerlukan modal besar. Kalau nak tau detail, boleh tanya di ruangan komen utk saya kongsikan peluang-peluang yang tidak memerlukan modal besar dan tidak mempunyai risiko yang besar.
“Alaaaa.. Tak minat la nak jadi ejen semua ni. Saya plan nak berniaga makanan. Duit 10k tu buat modal beli peralatan memasak dan peralatan gerai, nak buka secara kecil-kecilan tepi jalan. Makanan kan barang keperluan? Insya Allah tak rugi”.
10. Macam saya beritahu tadi, berdasarkan statistik, majoriti besar bisnes ditutup berbanding yang mampu survive. Jadi, tidak kira apa jua bisnes, risiko rugi lebih tinggi berbanding untung. Dalam bisnes dan pelaburan, rugi itu sudah dalam tangan, tapi untung belum tentu.
11. Kalau jak berniaga makanan, masih ada cara untuk mulakan tanpa modal. Contoh, nak berniaga nasi lemak. Tak semestinya kita kena beli bahan memasak nasi lemak, peralatan nasi lemak, peralatan gerai dan segala bagai baru boleh berniaga nasi lemak. Caranya ialah:
i- Mula-mula cari orang yang berniaga nasi lemak. Deal harga kalau buat belian dalam kuantiti yang banyak.
ii- Dari situ boleh buat anggaran harga untuk jualan. Nak kena beli dan jual ke? Tidak.
iii- Buat hebahan dan iklan dalam kepada rakan-rakan berdekatan, jiran-jiran untuk buat tempahan nasi lemak tadi.
Nampak? Modus operandi sama boleh digunakan untuk bisnes-bisnes makanan lain yang kita minat. Jika makanan yang tahan lama lebih mudah diuruskan.
12. Jadi, dalam situasi sekarang, pelaburan yang paling bagus adalah pelaburan ilmu. Jika selama ini kita tak mampu nak menyimpan, selalu boros, duit gaji selalu habis tengah bulan, maka inilah masanya untuk kita RESET balik kehidupan dan kewangan kita. Jadikan PKP dan krisis Covid-19 ini sebagai medan muhasabah.
13. Barang diingat, berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, wang KWSP adalah BUKAN harta sepencarian. Maka, apabila keluarkan KWSP untuk kegunaan lain, maka wang tersebut akan menjadi harta sepencarian. Ia akan memberi implikasi dari sudut undang-undang keluarga Islam apabila berlaku penceraian, poligami atau kematian.
14. Beli beli emas / labur ke unit trust / beli Bitcoin / beli hartanah adalah perkara yang bagus. Tapi kalau dapat lakukan semuanya tanpa perlu usik wang persaraan dan mulakan dengan ilmu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...