Bagi yang bercucuk tanam, cocopeat ini memang bahan utama yang perlu ada. Ia jadi pengganti tanah yang selamat dan baik untuk tanaman. Tapi tak seperti tanah sebelum digunakan cocopeat ini perlu dibilas dulu sebelum digunakan.
Ramai yang tahu dan melakukannya cuma mungkin tak ramai tahu sebabnya. Tariq Syahman berkongsi sebab cocopeat ini perlu dibilas sebelum digunakan selain menerangkan caranya.
Kenapa kena bilas cocopeat
Selalu orang tanya, cocopeat ni kena bilas dulu ke sebelum guna? Dari apa yang saya belajar, memang kena bilas.
TANNIN
Ada cikgu yang cakap kena bilas untuk buang tannin. Tannin ni yang membuatkan air rendaman tu bertukar menjadi kuning/perang.
Tannin ni adalah bahan kimia semulajadi yang sedia hadir dalam sabut kelapa. Kalau terlalu banyak, ia boleh mengganggu penyerapan nutrien oleh pokok. Sedikit sebanyak akan mengganggu pertumbuhan pokok.
Ads
Disebabkan tannin ni larut dalam air, cara terbaik untuk kurangkan adalah dengan rendam/bilas secukupnya. Dari apa yang saya baca – sebenarnya tannin dalam cocopeat tak lah mengganggu sangat. Tapi, just to be sure, bilas je lah bukan susah sangat pun.
GARAM
Ada cikgu yang cakap kena bilas untuk buang garam. Kebiasaannya pokok kelapa banyak tumbuh berdekatan laut. Jadi garam dalam tanah tu memang diserap oleh pokok kelapa.
Ads
Kandungan garam yang terlalu tinggi dalam cocopeat akan mengganggu pertumbuhan pokok yang kita tanam (kecuali lah kalau kita tanam pokok kelapa).
Disebabkan garam ini larut dalam air, cara terbaik untuk kurangkan adalah dengan rendam/bilas secukupnya.
Cara bilas cocopeat?
Cara 1
Masukkan cocopeat dalam bekas yang sesuai. Isi air kemudian godak-godak dia sampai puas hati lepas tu tapis keluar cocopeat. Ulang sampai air jadi jernih.
Cara 2
Biarkan cocopeat dalam bekas/polibeg. Siram dengan air di bahagian atas sehingga air menitis keluar di bahagian bawah. Pastikan keseluruhan bahagian cocopeat basah. Ulang sampai air yang menitis keluar jadi jernih.
Ads
Cara 3
Biarkan cocopeat terdedah kepada air hujan beberapa kali.
Ada cikgu yang cakap kena bilas betul-betul sampai air jernih.
Ada cikgu yang cakap tak perlu bilas beriya-iya. Bilas gitu-gitu pun dah cukup.
Kesimpulannya bilas sajalah asalkan bilas.
Cocopeat ini adalah medium yang sangat kurang nutrien. Jadi, kena lah letak baja yang betul & cukup kalau nak pokok yang kita tanam dalam cocopeat hidup subur & keluarkan hasil yang baik.
Kalau tanam pakai tanah pun, kita masih perlu letak baja. Jadi tak ada beza sangat pun kalau tanam pakai cocopeat. Dua-dua tetap kena letak baja.
Punca tahi lalat timbul pada kain adalah kerana kelembapan. Mungkin kerana kain yang basah terperap beberapa hari dalam bakul kemudian baru dibasuh.
Atau boleh juga kerana kain yang lembap kemudian terus dilipat atau disimpan contohnya telekung solat. Selalu mengalami tahi lalat adalah di bahagian dagu.
Bagi memastikan tahi lalat ini hilang dan kembali bersih boleh gunakan dua cara berikut;
1. Guna sabun kuning
Sediakan sabun kuning Ganso dari kedai Eco. Kemudian gosok bahagian bertahi lalat dengan sabun tersebut. Sental dengan berus.
Seterusnya bilas, dan jemur. Sekiranya tahi lalat masih ada, boleh boleh ulang cara yang sama. Penggunaan sabun ini juga tak menjejaskan fabrik.
2. Guna cuka dan lemon
Tuang air panas dalam besen, campurkan cuka (lebih kurang satu cawan) kemudian rendam lebih kurang satu jam.
Kemudian keluarkan baju dari air rendaman cuka. Potong lemon dan perah pada bahagian baju yang ada tahi lalat tadi. Boleh guna gosok hirisan lemon tadi.
Selepas itu sental dengan berus. Insya-Allah akan tahi lalat hilang selepas diberus. Jika tahi lalat banyak guna lebih sikit cuka dan lemon tadi.
Puasa dalam masa yang sama sekarang cuaca pun panas daripada biasa. Bagi yang banyak bekerja di luar terdedah kepada panas dah tentu mudah sangat berasa haus.
Walaupun dah minum banyak air waktu berbuka dan sahur tapi tetap terasa. Lagi pun jika minum banyak air asyik keluar masuk bilik air saja.
Bagi mengurangkan rasa haus di siang hari letih dan dehidrasi, boleh gunakan cara yang dikongsi oleh DrRizal Abu Bakar. Caranya dengan mengambil secubit garam celtic.
Cara elak haus, letih ketika puasa, dan pastikan tubuh tak alami dehidrasi
– Letak secubit Celtic salt dalam segelas air suam.
– Kacau dan minum masa sahur. Nanti kuranglah keluar masuk tandas buang air kecil.
– Cara lain ambil sebutir kecil garam celtic, kemam sebentar dan teguk air.
Nampak biasa tapi kesannya luar biasa. Kedua-dua cara di atas bagus untuk dipraktikkan.
Khasiat garam celtic
-Seimbangkan elektrolit dalam tubuh
-Tingkatkan hidrasi
-Cegah dehidrasi
-Boost prestasi fizikal
-Tingkakan penyerapan nutrien hingga 7%
-Bantu sihatkan sistem usus
-Bantu turunkan tekanan darah tinggi
Bagaimana garam celtic berfungsi
Memetik info dalam laman web neuroversiti.com garam celtic ini termasuk kategori LEAST PROCESSED SALT. Dalam garam ini terdapat satu unsur penting iaitu magnesium. Magnesium inilah yang akan menyerap sebanyak mungkin air untuk hidrasikan sel dalam tubuh.
Sambal bilis ada macam-macam versi, ada sambal bilis cili padi, sambal bilis kering, sambal bilis rangup dan macam-macam lagi. Satu lagi sambal bilis yang boleh kita cuba adalah sambal tomato ikan bilis goreng.
Rasanya memang mantap, meratah pun sedap. Boleh makan dengan nasi, pulut, nak makan dengan lontong pun sedap. Nak cuba buat, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad
Bahan digoreng:
1/2 mangkuk ikan bilis (guna mangkuk gulai)
1 inci belacan
Minyak sikit untuk goreng
Bahan ditumbuk kasar:
4 biji cili merah dipotong kasar
2 biji tomato dipotong 8
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
Bahan lain
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula (ikut cita rasa)
1 inci gula melaka
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan digoreng. Goreng hingga masak dan ketepikan
2. Keluarkan minyak, kemudian tumis bahan yang sudah ditumbuk kasar. Kacau rata minyak terbit minyak.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan belaca yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Masukkan pula gula Melaka tadi, biarkan sampai hancur. Baru masukkan garam dan gula. Rasa dan dan tambah apa yang patut jika kurang.
Siap, boleh makan dengan nasi panas bersama ulam, petai, pulut atau lontong. Memang terangkat.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...