
Bila nak minum teh tarik yang sedap, kita biasanya terus ke kedai mamak. Kadang-kadang dah jadi rutin harian pula malah ada juga yang ketagih teh tarik mamak.
Tapi selepas tahu cara buat teh tarik yang sedap ini anda tak tak perlu lagi ke sana. Buat sendiri saja di rumah.
Malah kalau ikut perkongsian dari Zaim Ahnaf Sufi ini, teh tarik yang dibuat mengikut cara ini lebih sedap dari air tangan mamak.
Apa lagi, jom cuba petang ini. Kalau dah berjaya suami juga mungkin kurang melepak di kedai mamak.
Bahan-bahan:
- Serbuk teh
- Susu pekat atau susu cair
- Secubit garam
- Air secukupnya
- Periuk
Cara membuat:
- Tuang air dalam periuk, masukkan sekali teh dan susu.
- Masak atas api hingga menghasilkan warna teh yang pekat dan wangi teh naik. Biarkan hingga mendidih.
- Rasa air teh dan sesuaikan manisnya.
- Selepas warna teh nampak pekat, masukkan secubit garam untuk memberi rasa lemak pada teh.
- Padamkan api lalu tuang atau tarik dalam cawan sebelum dihidang.
Info
- Teh tarik yang disediakan dengan cara ini tidak akan menyebabkan perut kembung walau pun diminum beberapa cawan.
- Boleh juga ditambah sedikit hirisan halia untuk menambah keenakannya.
Selamat mencuba.
Sumber Facebook Zaim Ahnaf Sufi
Masak Hidangan Berpantang Untuk Menantu, Bonda Rozita Dedah Rahsia Jaga Badan Lepas Bersalin

Untung betul Datin Seri Shahida, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri dapat mentua macam Rozita Ibrahim atau mesra dipanggil Bonda Rozita.
Sebagai pengusaha produk jamu boleh nampak Bonda Rozita bersusah payah menyediakan hidangan pantang buat menantunya itu.
Malah dia juga tidak lokek berkongsi resepi yang disediakan untuk Datin Seri Shahida. Menurutnya inilah rahsia jaga badan lepas bersalin. Hidangan berpantang yang diamalkan ialah ayam kampung masak serai dengan daun kari.
Selain itu katanya ia juga bagus untuk pencernaan yang paling best memperbanyakkan susu. Selain ayam masak serai, dia juga berkongsi resepi sambal lada hitam untuk berpantang.
Untuk yang baru bersalin boleh cuba resipi nih, terbukti elok! Tengoklah badan Bonda Rozita ni, maintain jer dari dulu kan. Sebabnya kata ibu kepada jutawan kosmetik terlajak laris ini, hidangan inilah yang diamalkan untuk memastikan berat badannya tidak naik selepas bersalin.
Resipi untuk jaga badan dalam pantang
1. Ayam masak serai, lada hitam
Resepi ini kata Bonda Rozita bukan saja sedap tapi bagus untuk dalaman ibu lepas bersalin. Boleh tambah susu badan juga.
A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
2. Sambal diet dalam pantang
Sambal ni yang bukan dalam pantang pun boleh makan, boleh jadi makanan diet. Kata Bonda Rozita sambal ni mampu ringankan badan dan kurangkan tekanan akibat perubahan hormon.
A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
3. Rendang untuk ibu berpantang
Siapa kata orang baru lepas bersalin tak boleh makan rendang. Boleh kalau ikut resipi nih, baik untuk panaskan badan sekali gus cepat sikit langsing.
A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
Sumber: Instagram Bonda Rozita
Tip Memasak Untuk Tetamu Yang Ramai

Satu perkara yang dirisaukan kaum wanita di musim perayaan ini adalah bila perlu memasak untuk tetamu yang ramai.
Sebabnya tak semua mahir memasak untuk hidangan dalam kuantiti yang banyak bagi menjamu tetamu yang ramai ini. Paling ditakuti hidangan tak mencukupi dan juga tak cukup masa memasak.
Agar ini tidak terjadi ada baiknya kita hadam tip berikut.
1. Buat persediaan awal
Elakkan penyediaan di minit terakhir. Beli semua bahan atau keperluan lain seperti pinggan dan sudu garfu pakai buang seawal yang boleh. Potong juga bawang, sayuran dan daging sehari sebelum.
2. Pastikan menu tidak terlalu banyak.
Tidak perlu menyediakan terlalu banyak hidangan kerana ia boleh membawa kepada stres. Anda hanya perlukan satu hidangan istimewa diikuti dengan sayuran mudah, sup dan juga makanan manis.
3. Guna resipi yang mudah
Tidak perlu menggunakan resipi yang terlalu teliti. Pastikan resipi itu mudah diikuti dan tidak mengambil terlalu banyak masak. Jika boleh, gunakan resipi yang boleh dimasak terlebih dahulu dan di sejukkan di peti ais.
Contohnya, perap ayam atau sediakan asas sup sehari sebelumnya. Lebih banyak penyediaan yang dibuat bermakna anda tidak perlu bergegas untuk menyiapkan sesuatu hidangan pada hari perayaan.
4. Gunakan bahan-bahan sedia dimakan.
Anda boleh menggunakan makanan bertin seperti nenas, puri tomato dan juga sos pasta dalam botol.
5. Membersih sambil memasak
Sambil membuat penyediaan dan memasak, sebenarnya anda boleh membersihkan dapur pada masa yang sama. Apabila rendang sedang mendidih, basuh mana-mana mangkuk atau peralatan memasak yang tidak digunakkan. Sambil menunggu nasi dimasak, lap meja dapur sebelum memulakkan hidangan seterusnya!
Selamat memasak, semoga hidangannya enak-enak belaka.
Cara Betul Simpan Daging Korban, Penting Jangan Pakai Plastik Hitam!

Waktu sambutan Aidiladha ini biasa ramai yang akan menerima daging korban. Kadang kala sampai beberapa kilo.
Separuh akan dimasak dan selebihnya akan disimpan dalam peti dahulu. Tapi untuk menyimpan daging yang baru disembelih ini ada caranya. Bukan pakai masuk dalam freezer saja.
Kena ikut kaedah ini supaya kualiti daging itu terjaga dan tahan lama.
1. Jangan cuci daging korban sebelum disimpan
Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, kuman mungkin akan masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakkan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pd keesokan harinya.
2. Potong dalam kuantiti kecil
Jika mendapat daging dalam jumlah yang banyak, jangan simpan daging keseluruhan daging dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Bila hendak memasak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan dalam jangka masa lama.
3. Elak terus simpan daging dalan ruang sejuk beku
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
4. Jangan cairkan daging beku guna air panas
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dalam daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.
5. Jangan simpan pakai plastik hitam
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar.