Sizzling yee mee ini antara makanan food court yang digemari ramai. Tambah pula sizzling yee mee ayam dan cendawan. Tapi hidangan ini boleh juga dimasak di dapur sendiri. Nak lagi ‘feel’ boleh beli hot plate.
Cara membuatnya dikongsi oleh Ara Zuharoh. Katanya resipi ini memang sedap malah lagi sedap dari restoren kegemarannya.
Buat sendiri sizzling yee mee ayam & cendawan
Bahan-bahan:
1 gulung yee mee
Ayam – potong kecil-kecil
2 biji cendawan kering – rendam hingga kembang dan belah dua
3 tangkai cili kering – potong dalam 1 inci
1 inci halia – diketuk
3 ulas bawang putih – cincang halus
2 pokok sawi- siang dan dicelur sekejap
5 sb kicap pekat
3 sb sos tiram
3 cawan air – kalau nak kuah banyak letak air lebih
1 biji telur
1 sb tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
Serbuk lada hitam
Minyak secukupnya
Garam dan perasa
Cara membuat:
1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
Ads
2. Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam, tumis lagi dan seterusnya masukkan ayam.. Biarkan ayam separuh masak.
3. Masukkan air dan gaul sebati, seterusnya masukkan cendawan.
4. Seterusnya masukkan air bancuhan tepung jagung, perasa, garam dan serbuk perasa. Kuah terpulang nak pekat atau sebaliknya.
Ads
5. Panaskan hot plate, masukkan dahulu kuah tadi dan seterusnya masukkan yee mee.
6. Akhir sekali masukkan sawi dicelur dan pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
7. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.
Ads
8. Taburkan serbuk lada sulah dan tambah cili potong untuk menambah selera.
Siap.. Selamat mencuba
INFO
Bahan untuk hidangan 1 pax, kalau nak lebih gandakan bahan.
Hot plate boleh beli di Shopee (klik SINI untuk beli), harga lebih kurang RM20. Cara simpan supaya tak mudah karat, pastikan lepas guna keringkan dan sapu minyak. Sebelum simpan, bungkus dengan surat khabar.
Seronok tengok hasil kunyit yang ditanam oleh Razak Adom ini. Bersusun-susun isinya, memang puas hati.
Lagi menarik, hasil kunyit yang banyak ini ditanam dalam tayar saja. Tak perlu beli bekas khas pun, cuma guna barang terpakai. Berikut adalah perkongsian beliau.
Hasil tanam kunyit dalam tayar
Tanam kunyit dalam 2 biji tayar. Setiap tayar 6-7 pokok. Alhamdulillah, inilah hasilnya…
Tayar saiz 14. Potong bahagian tepi tayar dengan pisau dapur. Bahagian tepi tayar tiada dawai, tapi pisau mesti cukup tajam. Bila dah potong terbalikkan bahagian luar ke dalam.
2. Isi tayar dengan media, gaul baja tahi kambing, tanah bakar, pasir sekali dan masukkan dalam tayar. Kemudian bolehlah semai benih kunyit. Siram.
Ramai suka beli anak pokok buah baik rambutan, mangga, durian, manggis dan sebagai dengan harapan untuk tanam sekitar rumah.
Tapi dah siap tanam, tak sampai 2 bulan anak pokok dah nampak tanda-tanda tak dapat bertahan.
Supaya pokok buah membesar elok dan kita merasa hasilnya ada beberapa langkah yang perlu kita buat. Salah satu adalah waktu menyediakan media untuk menanam anak pokok.
Sebaiknya tanah disuburkan dulu dengan cara yang dikongsi oleh Md Rose Nik ini supaya anak pokok pun turut subur dan cukup nutrien.
Tip menanam pokok buah-buahan
1. Gali lubang terlebih dahulu. Lakukan 3 atau 4 minggu sebelum anak pokok ditanam.
2. Kemudian masukkan sisa-sisa dapur seperti lebihan sayur, kulit buah atau nasi dan lain lain) untuk pemeraman. Tak perlu timbus terus, cukup sekadar timbus untuk mengurangkan bau.
3. Selepas lebih kurang 3 minggu, lubang sedia untuk penanaman anak pokok.
4. Keluarkan anak pokok dari polibag dengan hati-hati supaya akar tidak terputus dan tanam pokok dengan tanah dan campuran pasir 10%. Timbus supaya pokok dalam keadaan stsbil.
5. Siram dua kali sehari selama 2-3 minggu bergantung kepada keadaan cuaca.
Penyediaan biji benih – ebelum menyemai benih betik sekaki, rendam dulu benih dalam air suam, iaitu campurkan 1/2 cawan air panas dengan 1/2 cawan air pada suhu bilik. Suhu sekitar 35 hingga 40 darjah Celsius selama 2 jam.
Biji benih boleh disemai di atas tapak tray menggunakan cocopeat atau peatmoss atau tanah organik.
Biji benih akan mula bercambah selepas 5 ke 8 hari.Apabila anak benih sudah mula membesar, taburkan racun siput disekeliling untuk mengelakkan serangan siput.
Selepas anak benih berumur 4 minggu atau mempunyai daun 8 helai, anak semaian boleh di pindahkan.
Cara penanaman
Kawasan penanaman hendaklah bersih dan digembur terlebih dahulu.
Gali lubang sedalam 30 cm X 30 cm lebar. Semasa anda menanam, gaulkan tanah bersama baja NPK subur.
Gunakan sungkup untuk elakkan rumpai atau rumput tumbuh.
Pembajaan
Pembajaan pokok betik adalah penting supaya dapat menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti.
Pembajaan asas dengan menggunakan baja organik seperti tahi ayam.
Baja NPK subur ( baja subur) digunakan dengan kadar 50gram usia pokok 1bulan ke 2bulan. 100gram usia pokok 3 bulan dan 300gram usia pokok 5 bulan.
Baja NPK buah pula diberikan pada bulan ke enam sebanyak 300 gram sepokok setiap 6 bulan.
Pengairan juga penting terutama pada musim kemarau,pokok betik perlu mendapatkan air yang cukup, kekurangan air boleh menyebabkan bunga bunga gugur.
Penghasilan Buah
Betik berbuah selepas 5 bulan disemai. Ia berbuah berpanjangan.
Pokok berbuah paling banyak ketika berumur 10 bulan atau 1 tahun. Petik berbuah apabila hampir ranum, iaitu apabila buah kekuningan.
Sepokok betik boleh menghasilkan 25 kilo sepanjang hayatnya.Masa pengeluaran hasil yang banyak adalah diantara 18-24 bulan.
Jangka hidup betik antara 1-4 tahun .Hayat berbuah banyak 2 tahun.
TIP
Pohon betik akan hidup subur di kawasan lapang yang tidak terdedah kepada angin kencang. Jika angin kuat pendebungaan buah tidak akan berlaku. Bunga akan gugur.Pastikan kawasan anda mempunyai cahaya matahari yang cukup.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...