Rezeki tak pernah salah alamat. Kalau Tuhan kata jadi, maka jadilah apa yang dikehendakinya. Itulah yang terjadi kepada pasangan suami isteri Khairil Ashraf Asri dan Noor Amiza Rashaid. Mereka dikurniakan anak buat kali pertama seramai 3 orang sekali gus.
Mulut masin, bergurau tapi betul terjadi
Menurut Noor Amiza yang mesra dipanggil Mija, katanya dia sendiri tak sangka akan melahirkan kembar tiga. Dia berseloroh dengan suami mengatakan yang dia mesti mengandung kembar. Bukan kembar dua tapi kembar tiga. Tak sangka kata-katanya itu betul-betul terjadi. Lagipun Mija sendiri pun ada kembar. Jadi genetik kembar itu memang kuat dalam dirinya.
“Kan orang kata kata-kata ni doa. Lagi-lagi saya cakap tu ketika mengandung. Kami memang takde merancang pun untuk mengandung kembar. Tak ada tip yang diamalkan. Cuma mungkin Allah nak makbulkan kata-kata saya masa bergurau dengan suami. Saya bergurau kata nak kembar tiga. Allah makbulkan doa si ibu mengandung ni.”
Tiada alahan pun
Ramai yang kata kalau mengandung anak perempuan, alahannya lain macam berbanding kalau mengandung anak lelaki. Namun bagi Mija, sepanjang mengandung kembar tiga ini, dia tidak alami alahan pun. Kehamilannya berjalan lancar dan dia sihat-sihat sahaja.
Ads
“Ini semua rezeki. Saya takde alami alahan. Lain orang lain pengalamannya. Macam saya sendiri pun tak sangka nak dapat kembar tiga. Sejak awal mengandung kembar ni tak pernah susahkan saya misalnya alahan. Jadi saya anggap mereka anak bertuah. Tak ramai yang diberi rezeki kembar tiga. Saya dah Allah pilih untuk jadi ibu kepada kembar tiga. Seronok tak terkata.”
Kata Mija, ketika bersalin secara pembedahan pun doktor terkejut kerana pada mulanya memang ingatkan kembar dua sahaja.
Macam mana boleh tak perasan ada tiga?
Bercerita mengenai macam mana boleh tidak dapat dikesan ada tiga kembar dalam kandungannya, Mija mengatakan dia pergi membuat imbasan (scan) ketika perutnya sudah pun besar. Jadi bayi di dalam perut sudah berhimpit-himpit
“Saya tahu saya mengandung kembar ketika kandungan telah besar. Masa tu pergi scan di klinik swasta. Tujuan asal ialah untuk tahu jantina baby. Masa tu saya ingat saya mengandung seorang baby saja. Bila scan doktor kata ada dua baby. Saya terkejut tapi gembira. Doktor cakap susah nak buat scan secara terperinci sebab baby dah besar. Perut dah padat. Sebab itulah sampai dah hujung mengandung saya tak tahu yang saya mengandung tiga orang baby.”
Saya sendiri ambil masa sebulan nak cam kembar ni
Nama pun kembar seiras. Sudah pasti ketiga-tiganya nampak sama sahaja. Pada mata kasar kita sebagai orang luar, pasti nampak sama. Tapi apabila ditanya pada ibu dan ayahnya, pasti mereka boleh ‘nampak’ ada beza antara ketiga-tiga kembar comel ini.
Ads
Mija mengakui memang agak susah nak mengenal pasti setiap seorang kembarnya. Masing-masing nampak seiras. Namun sebagai ibu yang mengandungkan dan melahirkan bayi ini, dia tahu bezanya. Walaupun dia sendiri ambil masa sebulan untuk mengecam beza kembar tersebut.
“Kalau orang tanya macam mana nak cam, memang susah nak jawab soalan ni. Sebabnya saya sendiri pun apabila kembar ni umur sebulan lebih baru saya dapat cam beza antara satu sama lain.”
Kembar tiga ini diberi nama Raisha Hannani Mikha, Raniah Humaira Mikha dan Raihan Huwaida Mikha.
Kembar tiga curi tumpuan ramai
Setiap kali keluar bersiar-siar dengan kembar tiga ini, Mija mengakui anaknya mencuri tumpuan ramai. Orang akan tegur, kembar tiga ke? Memang seronok apabila ada yang perasan anaknya kembar tiga kerana hal ini memang jarang berlaku.
Ads
“Soalan yang selalu juga ditanyakan ialah mana satu yang sulung? Mana satu yang kedua? Mana satu yang bongsu?”
Kini kembar sudah pun berusia setahun 9 bulan. Maka bertambah riuh-rendahlah keadaan di rumah. Kalau keluar berjalan-jalan pun, ini satu cabaran buat Mija dan suami. Maklumlah tiga orang anak, sebaya pula tu. Masing-masing ada kerenah tersendiri.
Mija menyediakan stroller kembar untuk memudahkan membawa anak. Namun stroller kembar hanya dua kerusi, jadi seorang perlu didukung. Itulah antara cabarannya.
Semuanya 3 kali ganda
Nak menjaga seorang anak pun ada yang terkial-kial. Betapa pula bagi Mija yang terus perlu hadap tiga anak sekali gus. Mengakui banyak cabaran, namun Mija bahagia. Walau semuanya perlu tiga kali ganda, dia bersyukur suami selalu memudahkan kerjanya.
“Saya dikelilingi orang yang sanggup bersusah payah dengan saya. Saya bersyukur sangat. Ketika nak menjaga tiga anak ni, suami, keluarga saya dan keluarga mentua semuanya sanggup tolong jagakan. Nak memandikan mereka, bagi makan, bermain semuanya kami lakukan bersama. Alhamdulillah.”
Mengimbas kembali ketika bersalin dulu, Mija kata dia dan suami hanya menyediakan keperluan untuk kembar dua. Masa tu tak tahu ada kembar tiga.
“Bila scan dan tahu ada kembar dua, persediaan yang kami beli memang untuk dua orang sahaja. Semua sekali dua. Carseat, stroller, set baju serba serbi dua. Jadi bila keluar kembar tiga, yang lagi seorang tu terpaksa pakai baju yang berbeza kerana tak cukup set. Kesian dia.”
VK teruja apabila baca kisah kembar. Seronok rasanya baca kisah mereka. Macam mana agaknya kembar tiga seiras ni apabila mereka besar nanti ya? Mesti rapat hubungan mereka ni. Muka sama, nama pun hampir sama, pergi sekolah bersama. Semoga kalian sihat dan bahagia hendaknya ya.
Memiliki empayar perniagaan berjuta-juga ringgit, siapa sangka Datuk Seri Aliff Syukri sebenarnya mengalami disleksia. Terbaru melalui perkongsian isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid beliau mendedahkan anak perempuannya Qadeeja turut mewarisi masalah yang sama iaitu sindrom disleksia.
Namun menariknya menerusi perkongsian Datin Shahida dia menjelaskan satu persatu ciri-ciri disleksia yang dialami oleh anaknya sekaligus menyedarkan ibu bapa lain tentang masalah tersebut.
Untuk pengetahuan disleksia bukanlah satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Ciri-ciri anak disleksia perkongsian Datin Shahida
Qadejah anak disleksia, mewarisi genetik dari @aliffsyukriterlajaklaris. Dia lambat membaca bila saya hantar ke sekolah biasa, suka pakai kasut terbalik, suka menulis huruf terbalik, tak boleh fokus sesuatu benda dalam masa yg lama, imaginasi tinggi dan di luar kotak.
Bila menulis akan nampak seperti reflek cermin, contoh mama akan jadi amam. Mengaji pun lambat faham berbanding ammar dah baem.
Atas nasihat guru qadejah saya hantar ke Pusat Disleksia selama 3 bulan. Dia tak suka, hari-hari merungut. Alhamdulillah sekarang banyak perkembangannya, menulis masih terbalik tapi banyak dah ok. Boleh membaca sbb cara ajarannya tak boleh mcm kanak-kanak biasa.
Jadi parents kalau ada anak yg lambat atau simptom mcm ni saya sarankan buat test, jgn ingat anak kita tak pandai. Tapi apa yg saya nampak anak disleksia ni suka melukis, bijak dan perpandangan jauh, berfikir di luar kotak yg orang lain tak fikir. Sifat dia juga pelik-pelik, buat benda yg tak dijangka.
Setiap anak pastinya mahu yang terbaik buat orang tua mereka. Sedaya upaya anak akan berusaha untuk membahagiakan dan melihat ibu bapa tersenyum. Begitulah juga bagi 9 beradik yang berpakat membelikan kereta baru buat abah mereka. Semuanya kerana tidak dapat menahan perasaan melihat gambar dalam grup WhatsApp. Gambar si abah dalam keadaan panas terik menarik kereta yang rosak bersendirian.
Perkongsian anak yang menggunakan nama facebook Yanie Tawil telah mendapat ribuan perkongsian. Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat adik-beradik yang bersatu hati menggembirakan ibu bapa mereka.
Kenapa timbulnya rancangan untuk hadiahkan abah kereta?
ini la salah satu sebab nye.. bile kami sedang sibuk bekerja tetapi dalam masa yang sama, abah tersadai kat tepi jalan di sebab kan satu2 nye kereta yg dia ade ni rosak.. kami sebagai anak2 yg sepatut nye ade untuk menolong dia dalam keadaan mcm ni tak dapat membantu di sebabkan masing2 sedang bekerja.. tetapi alhamdulillah dalam mase yg same, kakak ade pada masa kereta tu rosak dan abah buat keputusan untuk tarik kereta ni balik menggunakan tali.. dan tali tu di ikat kat kereta kakak..
Mana tanggungjawab aku sebagai anak?
kakak share gmbr abah dlm group wssap keadaan abah masa tu.. ya allah, rase macam nk menangis bile tengok gmbr abah time tu.. dalam keadaan panas terik, tarik kereta sorang2.. dlm hati ni terdetik “mane tanggungjawab aku sebagai seorang anak” yg sepatut nye tolong dia keadaan dia memerlukan mcm ni? alhamdulillah kereta tu selamat di tarik sampai ke rumah.. dan kereta tu di repair oleh abg dan adik lelaki..
Sejak kejadian tu, kami semua sepakat untuk hadiahkan abah “kereta” ni untuk kemudahan dia bergerak..
kami 9 orang adik beradik bukan dari org yg senang, yg dah kawin atau yg belum kawin.. masing2 ade tanggungjawab sendiri.. dan kami sama2 berfikir mencari jalan untuk memudahkan abah bergerak lepas ni.. yeaayy! semua sepakat nak carikan abah kereta..
Adik bagi pendapat.. alang2 nk carikan kereta, biar la baru.. sekurang kurang nye dalam beberapa tahun, kita tak perlu risau kalau kereta tu nnti rosak.. dan timbul la cadangan untuk beli kereta baru terus..
Sepakat beli kereta baru
Semua bersetuju untuk membeli kereta baru ni di beli secara ansuran.. ye la, mana nak cari duit pulak nak bayar cash sedangkan kami adik beradik semua pun beli kereta secara ansuran.. dan alhamdulillah semua bersetuju dengan cadangan untuk membayar kereta ni secara ansuran beramai2 selama 5-9 tahun..
Kami 9 adik beradik tak kisah untuk membayar ansuran ini selama bertahun2.. dari di bandingan dengan pengorbanan yg abah buat untuk membesarkan kami 9 adik beradik dari lahir sampai la kami besar dan menjadi org yg berguna sampai ke harini.. alhamdulillah..
ade jgk orang membawang, bercakap “bnyak duit adik beradik ko yer belikan abah kereta baru”?? tapi hakikat nye kami ambik mase berbulan2 untuk kumpul kan duit deposit untuk keluarkan kereta ini..
kami adik beradik semua bekerja sama untuk menguruskan pengeluaran kereta ni.. adik yg sorang uruskan hal loan bank, yg sorang uruskan kutipan duit deposit (ambik mase 2 bulan untuk kutip deposit) dan yg lain pun siap2 di bahagikan untuk uruskan yg lain..
Alhamdulillah niat kami adik beradik semua baik.. allah permudahkan urusan proses loan bank ini.. dan kereta ni dapat di keluarkan dengan cepat..
Mimpi ke?
nak tau tak ape perasaan abah bile kiteorg suprise kan kereta ni!! hahahhaha comel jee tengok abah ni.. asyik cakap yg ni “MIMPI KE?” “BETUL KE?” sbb abah tak percaya langsung yg dia dpt kereta tu.. sampai kan adik siap suruh abah tekan lock pintu tu.. kalau lock terbuka, abah bukan “MIMPI” tau.. emak yg berdiri kat sebelah abah, menangis2 sbb mak pun tak sangka yg anak2 dia boleh hadiahkan kereta ni untuk abah..
Bile dah nampak emak menangis, ape lagi.. yg anak2 lain pun tenteramkan emak sambil peluk cium emak.. ya allah, mase tu.. perasaan ni hanya allah je yg tau.. terima kasih yg allah.. berikan kami kebahagian yg tak terhingga macam ni.. walaupun kami tak kaya duit, tapi alhamdulillah kami kaya “KEBAHAGIAN”..
Rumah abah terbakar pada hari raya kedua
Allah sebaik baik perancang.. ape yg telah emak abah kehilangan sebelum ni (rumah abah hangus terbakar pada hari raya ke 2 aritu).. skrg allah ganti kan dengan yg lebih baik..
alhamdulillah.. terima kasih abg2, kakak dan adik2 semua atas rezeki yg kita ada dan kite kongsikan bersama untuk kite berikan kepada emak abah kita ❤️❤️ alhamdulillah
hakikat nye.. taip status ni sambil meleleh air mata.. ?? tapi acah2 kuat ??
Semalam seluruh tanah air menyambut Hari Merdeka kali ke-61. Semalam juga merupakan hari bahagia buat pengarah filem, Aziz M.Osman yang menimang anak ke-8 buat dirinya.
Melalui instagram, Aziz telah memuat naik gambar isterinya bersama bayi mereka yang dikatakan baby merdeka kerana sama tarikh dengan ulang tahun kemerdekaan negara. Bayi itu selamat dilahirkan pada jam 10.23 malam.
Ini ialah anak kedua melalui perkahwinannya dengan Puteri Lily Lokman. Mereka berkahwin pada 6 Jun 2010. Anak pertama mereka, Puteri Nur Azzahra kini sudah berumur 6 tahun.
Sebelum ini, Aziz sudah mempunyai 6 anak melalui tiga perkahwinan terdahulu.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...