Nak mudah masak kita biasa beli santan segar tapi ada masa dah beli berkilo-kilo waktu nak guna baru perasan dah masam.
Kejadian santan masam ni ramai yang terkena tapi jangan terus buang santan ini, rugi. Kita boleh guna untuk buat minyak kelapa.
Boleh guna untuk rambut dan kulit kering, atau jadi minyak untuk urutan. Minyak kelapa semula jadi lagi elok. Cara membuatnya dikongsi oleh Yatie Rahim.
Guna santan masam buat minyak kelapa
Siap dah santan masam kami. Terima kasih semua bagi idea. Dah nak buang dah santan. Elok ja kejadian minyak bersih tak de bau. Boleh letak kat rambut, siapa kena macam saya boleh la buat cara ni.
1.Panaskan santan masam guna api perlahan.
Ads
2. Biarkan santan sampai pecah minyak. Yang ini memang lama dan kena kacau selalu.
4. Masak sampai jadi tahi minyak dan bertukar warna kekuningan atau keperangan. Tutup api.
Ads
5. Sejukkan dan tapis untuk ambil minyak saja.
TIP: Sebelum masak, boleh juga letak santan masam dalam peti sejuk dulu. Bila kepala santan timbul, kaup dan guna ini saja untuk dipanaskan. Tak perlu guna airnya. Cara ini lebih cepat.
Ads
Tahi minyak tadi boleh guna untuk buat kole kacang, atau masuk dalam sambal.
Pokok sayur tengah elok membesar, tiba tiba kena serangan perosak kutu thrip, hama, bena putih, semut dan sebagainya.
Kalau tak dirawat segera memang habis pokok dikerjakan dan boleh berjangkit pada pokok lain pula.
Untuk atasi masalah ini tak perlu guna racun atau bahan kimia, agar lebih selamat boleh DIY semburan organik bawang putih. Hasilnya tetap berkesan untuk hapuskan serangga perosak.
Cara membuat semburan organik bawang putih ini dikongsi oleh Liyana Mohd Poad.
Semburan organik bawang putih
Bahan-bahan
Cili padi 6 tangkai
5 ulas bawang putih
Halia 3 hiris
Sesudu minyak masak
Sesudu cecair pencuci pinggan
Air paip 250ml
Cara membuat:
Kisar semua bahan bertanda cili padi, bawang putih, halia bersama air paip.
2. Tuang bahan tadi dalam bekas kedap udara, tutup dan biarkan 12 jam dalam suhu bilik.
3. Selepas 12 jam, tapis bahan kisar ini.
4. Ambil 30ml pati + 1L air biasa dan masukkan dalam botol spray.
5. Campur sesudu minyak masak & sesudu cecair pencuci pinggan. Goncang, sedia untuk digunakan.
Cara penggunaan
Spray pada pokok pokok yg mmpunyai masalah kutu thrip, hama, semut dan sebagainya yang menyebabkan masalah kerinting, daun bergulung serta berlubang lubang.
Lakukan pada sebelah petang sahaja selepas siram pokok. Boleh digunakan untuk semua jenis tanaman berumur sebulan setengah ke atas. Lakukan seminggu dua kali.
Pati semburan organik blh disimpan ke dalam peti sejuk dan tahan untuk tempoh 3 bulan.
Gastrik adalah penyakit yang dihadapi oleh ramai. Malah ketika bulan puasa penyakit ini kerap menyerang kerana aturan makan lari dari kebiasaan.
Gastrik adalah sejenis penyakit yang disebabkan ketidakseimbangan asid dan pepsin pada usus. Ada orang yang akan merasa lemah dan sakit yang amat sangat jika diserang penyakit ini.
Ada banyak ubat-ubatan dijual di farmasi untuk merawat gastrik seperti Antasid, Antagonis H2, dan perencat Pam Proton (PPI).
Namun sekiranya tiada ubat-ubatan ini ditangan anda ketika diserang gastrik, cuba untuk amalkan cara tradisional seperti memakan pisang, minum susu sejuk dan juga mengunyah bunga cengkih.
Kenapa bunga cengkih?
Bunga cengkih dikatakan dapat membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur.
Caranya adalah dengan menggigit satu bunga cengkih, dan biarkan sekejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.
Ada keluarga yang suka dengan lauk kari atau gulai ikan. Dalam seminggu mungkin dua atau tiga kali dihidangkan lauk ini di atas meja.
Sebagai cadangan bagi memudahkan kerja memasak hidangan ini, boleh buat sendiri pes gulai yang dikongsi oleh Zaini Tali ini. Bila nak masak cuma masukkan pes, tuang santan dan masuk asam jawa. Kemudian masak seperti biasa. Tak perlu kisar dan tumbuk apa-apa bahan dah. Senangkan.
Cara buat pes gulai ikan homemade
Bahan-bahan
6 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih 6 ulas
2 inci halia
2 inci kunyit atau serbuk kunyit
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
4 sudu besar cili kering kisar
Cara membuat
1. Kisar halus semua bahan di atas sedikit air (boleh juga kisar tanpa air atau menggunakan sedikit minyak).
2. Tambah sudu besar cili kering supaya lebih pedas. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak dan garing. Gunakan api kecil.
4. Bila pecah minyak, tutup api dan siaplah pes gulai ikan homemade.
5. Untuk masak gulai, cuma masukkan pes ini bersama santan dan air asam jawa. Kemudian masak macam biasa. Jika mahu tumis pes terlebih dahulu pun boleh. Caranya panaskan sedikit minyak, letak pes dan tumis dengan halba dan daun kari kemudian tuang santan dan masak seperti biasa.
INFO: Pes ini boleh digunakan untuk 2-3 masak. Jika mahu kuantiti pes yang banyak cuma gandakan bahan-bahan. Lebihan pes boleh simpan dalam peti sejuk.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...