
Anak dah mula sekolah, salah satu rutin yang agak memenatkan terutama buat ibu bekerja adalah menguruskan baju sekolah anak.
Kena basuh dan gosok itu belum lagi bila tengok baju kotor yang perlu disental. Sebab itulah biasanya mereka sediakan lebih dari 2 pasang baju sekolah anak. Ada yang sedia lima pasang terus supaya tak perlu basuh hari-hari. Ramai rasa lebih mudah macam ni.
Tapi lain pula pilihan ibu bernama Nabilah Solehah, meski mampu namun dia hanya menyediakan baju sekolah anak hanya sepasang. Ujar ibu ini sepasang sekolah anak ini sebenarnya lebih memudahkan.
Boleh baca perkongsian beliau tentang kelebihan hanya ada sepasang baju sekolah anak ini.
Less is more…
Masuk sesi sekolah yang baru tahun 2023, saya ada dua orang anak yang bersekolah rendah. Baju uniform yang saya sediakan cuma sepasang setiap satu.
Sepasang baju sekolah dan sepasang baju sukan untuk setiap anak. Itu pun untuk anak kedua, baju sukan dia saya recycle baju kakak dia yg sudah kecil. Pakai selagi muat dan masih elok. Ganti, hanya kalau rosak atau sudah kecil.
Baju sekolah mereka saya cuci setiap hari. Iron pada waktu malam ketika masih lembab. Dan saya akan gantung. Besok baju-baju tersebut sudah ready untuk dipakai sekolah.
Actuallu kaedah ini saya sudah guna pakai sejak sesi persekolahan tahun lepas lagi. Dah berlatih. Dan saya rasa tenang serta lebih lapang.
Kelebihan baju sekolah hanya sepasang
Sebab bila kurang harta, kurang juga effort Dari segi masa Dan tenaga untuk menjaga harta tersebut. Antara perkara best bila baju hanya sepasang.
1. Saya tak perlu jahit lencana Dan name tag banyak-banyak dekat baju anak.
2. Semasa hujung minggu, saya tak perlu berpeluh-peluh, iron baju sekolah anak banyak-anak. Hujung minggu boleh jenjalan.
3. Baju nan sepasang itu akan dijaga dengan lebih baik. Sebab dia dibasuh setiap hari. Kotoran degil tak melekat lama.
4. Beban laundry berkurang.
5. Tak membazir. Kalau anak dah membesar, baju lama cuma ada satu je yang terbuang.
6. Paling best, stoking dan headscarf (read: sekap kepada) pun turut tak hilang. Sebab bila anak cuci baju sekolah. 2 benda tu diorang akan letak juga dalam washer.
So dua benda keramat tu akan turut diuruskan. Kalau tak akan bersepah-sepah dan bercampur dengan baju-baju basahan yang lain. Alamatnya kalau tak hilang satu, dua-duanya akan hilang tanpa berita.
Esoknya siaplah. Dia akan selongkar bakul laundry sebab nak cari stoking sebelah lagi tak jumpa.
Sesiapa yang rasa cara ni masuk akal boleh try buat tahun ni. Tahun depan dah boleh apply. Lagipun baju uniform sekarang ni boleh bikin berdengung juga ya.
Semoga bermanfaat
Sumber:Nabilah Solehah