Sejurus permohonan pertukaran tempat mengajarnya mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Cikgu Abdullah kadir telah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mempercepatkan kelulusan permohonannya. Ini menunjukkan bahawa pihak kementerian amat prihatin terhadap permohonan pertukaran tempat mengajar yang keadaannya bersifat keperluan.
Melalui twitternya, Dr Maszlee berharap supaya Cikgu Abdullah akan terus bersemangat untuk mengajar anak bangsa.
Akhirnya Permohonan Ini Mendapat Perhatian KPM
Melalui twitternya, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik memuat naik status menyatakan telah meluluskan permohonan Cikgu Abdullah Kadir. Khabar gembira ini disambut baik oleh pengikut instagram guru tersebut.
Saya luluskan permohonan Cikgu Abdullah Kadir, yang putus tangan akibat kemalangan untuk bertugas lebih efektif bersama bantuan keluarga di kampungnya. Kita doakan semangat Cikgu Abdullah tak luntur untuk terus mengajar dan membangun anak bangsa!
Ucap terima kasih kepada semua. Siap ajak makan kek oreo lagi
Rentetan Kemalangan Sehingga Putus Tangan, Kini Kidal
Terdahulu, Cikgu Abdullah ialah individu normal yang lengkap anggota badannya. Namun kemalangan pada 26 Mac 2018 telah membuatkan dia terpaksa hidup dengan hanya tangan kiri selepas kehilangan tangan kanan. Malah dia turut memuat naik di instagramnya kini dia terpaksa menulis tangan kiri.
Tinjauan Vanilla Kismis ke instagram Cikgu Abdullah mendapatin status yang viral sebelum ini telah dipadam. Pun begitu, kami turut gembira dengan kelulusan pertukaran tempat mengajar. Semoga Cikgu Abdullah dapat memberikan khidmat cemerlang demi mengajar anak bangsa.
Aku guru yang telah hantar permohonan pertukaran disebabkan telah mengalami kecacatan akibat kemalangan 26 Mac 2018.
Tapi sudah dua bulan, masih tiada perkhabaran daripada KPM.
Aku nak pindah! Aku nak pindah!
Bukan suka-suka nak pindah
Bukan sengaja nak berpindah randah tapi keadaan medesak. Aku harap mereka dapat merasa sedetik sesaat peritnya dan mengerti tujuan permohonan pertukaran tersebut andai sengaja diabaikan.
Mungkin mereka sibuk dek bebanan kerja, harus bagaimana lagi untuk aku sampaikan hajat ini?
Semoga sedar kewujudan guru navis OKU
Kejap lagi ada la yang nak kecam ni….
Hehehehehehe…
Takkan nak viralkan satu Malaysia, baru nak sedar kewujudan guru novis OKU ni.
Perkongsan dari Yanie Shafiin ini memang jadi inspirasi untuk mereka yang memiliki rumah kayu atau papan untuk membuat renovasi. Sebab hasilnya macam deko rumah kondo.
Dari rumah papan ibu mentua yang rosak teruk angkara penyewa, Yanie mengambil masa hampir dua tahun untuk memperbaiki dan juga mendeko kediaman yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur ini.
Katanya ubah suai kediaman ini tercetus bila ibu mentua menyuarakan keinginan untuk melihat rumah lamanya. Dari situ mereka terkejut bila mendapati kediaman tersebut dalam keadaan yang cukup teruk.
Habis rumah!
Rasa sayang jika dibiarkan maka bermula hujung tahun 2017 dia bersama suami memperbaiki kediaman tersebut sedikit demi sedikit. Barang dibeli sendiri, cuma upah tukang rumah untuk menyelesaikannya.
Sehingga sekarang masih ada lagi bahagian yang perlu dibaiki. Namun begitu usaha sedikit demi sedikit ini nyata membuahkan hasil. Malah dia sendiri seperti tidak mempercayainya.
Hasilnya…
Ketika ini kata Yani dia dalam usaha menyiapkan bahagian luar rumah pula. Kita nantikan hasilnya.
Perkahwinan itu macam perjudian. Ada yang menempah bahagia. Tak kurang juga yang menempah derita. Jadi, jika perkahwinan itu tidak membawa sebarang kebahagiaan, apa solusi yang ada? Perpisahan atau perceraian ialah satu-satunya jalan bagi sebuah perkahwinan yang memang sudah tidak mampu untuk diselamatkan lagi.
Pun begitu, ada wanita yang berusaha untuk menyelamatkan sebuah ikatan perkahwinan walaupun hatinya sendiri menjeruk rasa, menderita sehingga mungkin boleh membahayakan nyawa. Patutkah begitu? Justeru, wanita yang menggunakan akaun facebook atas nama Ayu Aziz ini berkongsi kisah kekuatan yang dimiliki selepas bercerai. Bukan untuk menggalakkan perceraian namun wanita ini cuba menyuntik semangat kepada wanita yang tidak bahagia denga perkahwinan supaya berani untuk meneruskan hidup walaupun tanpa suami di sisi.
Perkongsian Ayu Aziz ini telah mendapat lebih 7,000 share di laman facebook.
Tak bahagia tapi takut bercerai
: Aku nak cerai. Tapi aku takut tak mampu nak hidup sendiri. Siapa nak tanggung anak aku? Aku nak kerja apa nanti? Aku tak bahagia Ayu.
Dulu. Aku hanya diam. Aku cakap, cuma dia yang tahu apa dia nak. Aku tak boleh kata apa apa. Aku cuma doakan yang terbaik buat dia.
Sekarang.. Aku cerita aku dah tenang duduk JB. Tak ada anasir negative lagi untuk aku. Langkah aku semakin tersusuk rapi.
Tiba tiba dia kata
: Aku bila tengok kau Ayu, boleh besarkan anak sorang sorang, duduk kat bandar JB sorang sorang, aku rasa aku pun boleh Yu.
Aku senyum.
Bukan nak galak perceraian
Cerita ni bukan untuk menggalakkan kau untuk bercerai.. Tetapi cerita ini untuk sumbang sedikit kekuatan buat kaum aku menyedut sedikit semangat aku sejak dari dulu tu.
Maka, bacalah dengan positive.
Aku tak pernah rasa aku tak mampu dari dulu. Mungkin kerana aku juga ada ego sebagai seorang wanita – walaupun tak seberjaya mana – tetapi aku letak ego, lelaki, kau jangan pijak aku.
Tak kira siapa kau. Asalkan nama kau lelaki, jangan sesekali pijak maruah aku sebagai wanita.
Aku mungkin akan berdiam seperti dahulu, berlembut seperti dahulu, bersabar seperti dahulu – dan sebenarnya aku masih seperti itu. Yang lembut & sabar menerima segala kesalahan insan bernama lelaki – dan walau siapa pun dia, dan walaupun dia hanya kisah silam. Aku tetap lembut & memaafkan.
Tetapi tidak bagi aku untuk melupakan. Dan selagi aku tak lupa, luka dalam hati ni akan terus bernanah. Bukan aku tak memaafkan, tetapi aku pilih untuk tidak melupakan. Kerana itu semua pengajaran buat wanita seperti aku.
Carilah bahagia
Wahai wanita yang tidak bahagia..
Langkahlah cari bahagia.
Hidup kau di muka bumi ini untuk menempah syurga dan bukan neraka. Bila kau tak bahagia, tempat kau masih di syurga ke??
Pengorbanan kau, air mata kau, penat lelah kau, itu semua memang akan jadi catatan buat kau untuk ke syurga. Ya. Itu titik pertama.
Tetapi, selama mana kau mampu bersabar wahai wanita yang tidak bahagia?
Selama mana kau mampu bertahan untuk tidak ada sekelumit makian dalam hati, untuk tidak ada sekelumit benci dalam hati dan untuk tidak ada setitik hinaan dalam hati??
Kau juga manusia. Kau tak sempurna.
Jadi kenapa? Kenapa kau nak tempat neraka?
Demi anak?
Demi anak, aku cerai. Demi anak, aku pergi. Dan demi anak, aku cari bahagia diri.
Kerana nanti, bila anak aku dah besar, aku nak dia pandang aku sebagai seorang wanita yang cerdik & berjaya. Bukan wanita lemah! Bukan wanita yang setiap malam menangis di tepi tingkap! Bukan wanita yang setiap hari bangun pagi ingatkan dia “jangan jadi seperti kami”.
Bercakap memang mudah
Tak! Aku taknak!
Aku nak, bila anak aku bangun tidur, aku cakap “pergi sekolah, belajar rajin rajin, JADI MACAM BONDA. Dugaan, kena kuat. Hidup sorang, tak apa. Yang penting, usaha sehabisnya untuk bahagia”
Tetapi seperti biasa. Bercakap memang mudah. Sabar. Sabar. Sabar. Oi. Semua orang boleh cakap sabar. Anak aku Fatteh pun dah pandai cakap sabar.
Kau yang rasa? Rasa nak hempuk tak orang yang suruh kau sabar ni?
Mungkin kau tak nampak lagi apa aku lalui bila bercerai. Tapi, aku boleh cerita, baca ye..
Perceraian itu perjuangan
Hidup bercerai memang struggle. Aku besarkan anak setiap hari sendiri. Tak ada bantuan depan mata. Hanya ada aku, hanya ada anak aku.
Aku makan nasi lauk kicap, anak aku bagi makan sedap sedap. Tak apa. Itu anak aku. Ini pengorbanan aku.
Orang lain malam malam peluk suami, aku ada anak, aku peluk anak aku. Tak apa. Itu anak aku. Aku lagi bahagia bila dia yang cium aku setiap malam cakap “Night Bonda”.
Aku jalan jalan pergi mall, aku pimpin tangan anak, orang lain pimpin tangan laki dan anak anak. Tak apa. Itu anak aku. Sekurangnya, aku pimpin tangan orang yang sayang aku sepenuhnya dan moga selamanya.
Tak apa. Emosi kacau kau kejap je.
Tapi, bila lepasni, kau bangun pagi, kau cuma siapkan anak kau je. Walaupun anak kau meragam macam kena dera, tapi tak apa.. Sebab sekurangnya, kau tak sakit hati ada laki tak guna yang tak tolong kau siapkan anak setiap pagi.
Dan bila lepasni, kau pergi dapur, kau cuma masakkan untuk anak kau je. Walaupun anak kau akan kacau kau kejap kejap panggil kau, tapi tak apa.. Sekurangnya kau takkan sakit hati sebab kau tahu kau memang sendiri yang tak ada laki boleh tolong tengokkan anak kau.
Perceraian aku indah
Dan bila setiap malam, kau nak tidur, kau cuma akan kemaskan barang mainan anak kau – yang mungkin bila anak kau dah besar sikit, dia akan pandai kemas mainan dia sendiri. Sekurangnya kau tak sakit hati tengok rumah bersepah sebab laki kau sepahkan dan keluar rumah tak balik awal.
Untuk aku, penceraian aku indah. Hidup aku mudah. Aku nak ke mana mana, mudah. Aku nak buat apa, mudah. Perjalanan untuk aku berjaya, semakin mudah.
Kalau aku, boleh besarkan anak sendiri di bandar besar macam ni.. Dengan life cost tinggi, dengan pergi balik kerja penat sikit sampai tertidur kat traffic light..
Kenapa tak kau? Wahai wanita yang tidak bahagia..
Perempuan lebih hebat
Sebenarnya, tak ada perempuan pun yang tak boleh hidup sendiri. Sebab perempuan ni lagi multitasker dari lelaki.
Perempuan, tak ada pelajaran, boleh belajar buat kek, boleh belajar jahit baju, boleh belajar mengandam, sebenarnya banyak sangat.
Sekarang kau cuma akan mengenang nasib. Tapi selepas kau keluar dari rencah tidak bahagia tu, kau akan nampak apa aku nampak.
Jangan risau.
Allah ada. Allah bantu. Allah jaga.
Sesiapa pun layak bahagia
Dulu kita ada bapa jaga kita, kemudian suami, kini? Kita ada yang lagi kuat jaga kita 100% tanpa mengirimkan kita sesiapa buat masa ni..
Nanti nanti, bila Allah kata hati kita dah pulih, Dia sendiri akan hantar orang yang tepat buat kita. Jika tiada, di syurga kan ada? Kejarlah pahala pula.
Jika kau masih takut, kau duduk diam diam, tulis 10 perkara yang kau tak boleh buat sekarang. Dan itulah yang kau boleh & akan buat selepas bebas.
:: Status ni tiada niat menggalakkan penceraian, tetapi hanya untuk menerangkan jalan mereka yang terlalu derita dalam rumahtangga. Mereka harus kuat! Mereka juga layak bahagia.
VK faham semua rumahtangga ada ‘angin’ masing-masing. Ada angin yang nyaman rasanya. Ada juga angin yang bertiup sampai ribut taufan. Ada cara untuk meredakan angin iaitu dengan persefahaman dan toleransi. Namun memang ada angin yang susah untuk dihentikan. Justeru sebab itulah adanya perceraian dalam perkahwinan. Untuk melepaskan akad yang pernah dilafazkan suatu ketika dahulu. Setiap orang ada masalah sendiri. Jangan dihina mereka yang bercerai. Pasti ada sebabnya.
Dugaan setiap insan berbeza begitu juga penerimaan mereka apabila diduga. Ada yang menangis kecewa kemudian bangkit, ada juga yang terus menerus menyalahkan takdir.
Namun ada juga yang redha malah terus positif meski dugaannya cukup hebat, hilang anggota tubuh. Demikian yang reaksi seorang gadis bernama Syahida Nasruddin bila terlibat dalam satu kemalangan hingga menyebabkan kakinya putus dan tak mampu disambung lagi.
Tapi hebatnya Syahida ini dia masih mampu tenang, malah bersemangat meski kejadian baru sangat berlaku. Lebih dari itu dia masih mampu berjenaka dengan apa yang berlaku.
Syahida menceritakan insiden yang berlaku pada dirinya satu persatu dalam akaun instagramnya elianurul.
Ujar Syahida, kakinya dipotong sehingga ke paras betis pada malam kemalangan berlaku. Dia redha dan tengoklah ayat last dia…
Macam mana kaki aku putus tertinggal di motor
Syahida juga menceritakan bagaimana kemalangan tersebut berlaku. Scary tapi dia relaks jer cerita.
Banyak lagi aku nak buat
Ketika kemalangan berlaku kata Syahida dia terfikir betapa banyaknya perkara yang mahu dilakukan dan Tuhan memberinya peluang untuk terus melakukannya. Sebab itulah dia tidak mahu berasa kecewa dan bermuram durja.