Sempena Hari Jadi ke-39 Datuk Siti Nurhaliza Umum Bakal Timang Anak Perempuan Mac Nanti

Share

 

Sempena hari jadinya yang ke 39 hari ini, 11 Januari, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkongsi ucapannya dalam media sosial.

Tahu peminat tertunggu-tunggu jantina anak yang bakal dilahirkan, dalam video  tersebut Datuk Siti turut mengumumkan beliau bakal menimang cahaya mata perempuan.

“Terima kasih atas ucap selamat. Siti sangat hargai. Hadiah paling bermakna sudah tentulah zuriat yang bakal dilahirkan Mac nanti. Doakan ia sihat sempurna.

“Nak kongsi sempena birthday Siti rezeki cahaya mata kami doktor sahkan ia adalah seorang puteri

“Doakan puteri kami sihat dan sempurna dan menjadi anak yang soleha,”demikian luah Datuk Siti bersama dengan suami Datuk K dalam satu video yang dimuat naik di laman sosialnya.

Aduh tak sabar rasanya nak tengok baby Tok Ti. Mesti comel.

 

Sumber: ctdk

IKLAN