Banyak kediaman yang menggunakan pendingin hawa atau aircond sekarang memandangkan cuaca negara kita yang selalu panas.
Malah disebabkan tak tahan panas juga kita selalu masuk rumah atau bilik terus capai aircon dan tekan suhu sampai 16 darjah selsius untuk cepat sejuk.
Apa yang kita tak sedar disebabkan tindakan sebeginilah yang menjadi punca bil elektrik kita tinggi hingga menjadi rungutan ramai.
Perlu kita fahami suhu yang kita atur sewaktu menggunakan aircond ini memang memainkan peranan dalam penggunaan tenaga elektrik.
Suhu 16 darjah, compressor terpaksa bekerja tanpa henti
Menjelaskan tentang perkara ini, Kerol Shubry yang juga mengendalikan khidmat servis aircond ini berkata, menetapkan suhu aircond pada 16 darjah selsius akan menyebabkan compressor bekerja keras tanpa henti untuk mencapai suhu tersebut.
Ads
Compressor yang terus menerus bekerja tanpa berhenti inilah yang menyebabkan tenaga elektrik banyak digunakan sekaligus bil jadi tinggi.
“Kita kena faham compressor aircond ini tidak akan sentiasa berjalan, ia akan berhenti seketika bila capai suhu yang kita tetapkan.
“Sinilah pentingnya kita mengatur suhu yang betul. Ramai yang letak suhu pada 16 darjah selsius untuk mendapat suasana yang sejuk tapi hakikatnya kita tidak akan mendapat suhu tersebut.
Ads
“Bila suhu di luar panas mana mungkin kita dapat suhu 16 darjah ini. Sebaliknya compressor pula terpaksa bekerja keras tanpa henti untuk mencapai suhu ini.
“Akibatnya compressor terpaksa berjalan sepanjang masa dan inilah yang menyebabkan elektrik banyak digunakan.
Suhu yang sesuai
Ads
” Suhu yang sesuai untuk kita gunakan adalah dalam 23-24 darjah selsius. Bila dah capai suhu 24 darjah selsius ini misalnya compressor akan berhenti atau berehat. Jadi tidak memakan banyak tenaga elektrik. Kemudian apabila kurang sejuk ia akan berfungsi semula untuk sejukkan semula pada suhu yang ditetapkan.
Jadi jika menggunakan aircond janganlah selalu menggunakan suhu 16 darjah selsius ini. Cukup menetapkan pada suhu sejuk selesa pada 23-24 darjah selsius. Takdelah kita terkejut bila bil elektrik sampai.
Tengok buah mulberi yang merah bila ranum dan rasa yang manis membuatkan ramai yang cuba menanam sepokok dua tanaman ini di rumah. Tanam dalam pasu boleh boleh.
Tapi yang selalu jadi masalah, walau pokok mulberi dah besar ia tak juga berbuah. Jika pokok yang ditanam berdepan masalah ini boleh praktikkan teknik yang dikongsi Siti Saja bagi memastikan pokok mulberi berbuah lebat dan besar. Hasilnya macam ni.
1. Cara buat teknik lenturan
Lenturkan dahan dan ikat di pangkal pokok. Kalau nak cantik ikat satu-satu di keliling batang utama.
Dahan yang lebih halus selitkan sesama sendiri. Ikat sekiranya tak mahu terlucut.
2. Petua untuk lebat dan besarkan buah
Mula-mula luruhkan semua daun sampai pokok betul-betul ‘togel’ dan cantas semua pucuk. Ini untuk memaksa pokok berbuah.
Dalam masa lebih kurang seminggu dua akan muncul banyak tunas baru beserta putik-putik buah.
Setelah buah hampir masak luruhkan semua daun sekali lagi. Ini untuk memberi peluang buah membesar tanpa perlu bersaing dengan daun.
3. Untuk pembajaan, bubuh baja kopi
Rajinkan diri ‘top up’ tanah hitam di pangkal pokok. Saya gunakan tanah hitam dari tempat bakaran sampah je.
Cantik gebu pau yang dihasilkan oleh Rahmah Rosmin. Licin saja permukaannya langsung tiada kedut. Kita juga sebenarnya boleh hasilkan pau sebegini, asalkan tahu rahsianya.
Tak lokek berkongsi caranya, beliau yang juga sebelum ini membuat pau untuk jualan menurunkan tip membuat pau yang cantik, gebu dan licin.
Rahsia buat kuih pau yang gebu & licin
Bahan A
1/2 cawan air suam kuku (boleh tambah jika adunan masih keras)
1 sudu teh yis
1sdb gula kastor
Satukan semua bahan di atas dalam satu bekas kacau dan biarkan berbuih (lebih kurang 5-6 minit)
Bahan B
2 cawan tepung pau / tepung gandum
1 sdb penuh (membukit) shortening
1 sdb susu pekat manis
1 sudu teh baking powder
1sudu teh super cream/apa2 pelembut roti (tak letak pun boleh)
Secubit garam
Satukan semua bahan B di atas, gaul hingga jadi serbuk
Cara membuat
1. Masukkan larutan yis ( bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli, tambah air sedikit demi sedikit sekiranya doh masih keras (doh jangan keras dan jangan lembik)
2. Uli doh hingga sebati dan licin. Tutup doh & rehatkan sekejap dalam 5-10 minit.
3. Kemudian buat bulat ikut saiz yang disukai.
4. Ambil satu adunan masukkan inti dan letak atas kertas minyak, perap hingga naik lebih kurang 25 – 30 min (bergantung pada keadaan).
5. Kukus 7 hingga 8 minit. Tip waktu mengukus: Sebelum kukus balut penutup kukusan untuk menggelakkan air menitis agar hasil pau gebu cantik. Selain itu elak juga kukus dalam tempoh yang lama kerana pau akan berkedut, tak licin.
Kalau beli telur masin biasanya ia akan diselaputi dengan tanah liat dan juga sekam padi yang hitam.
Ni memang cara untuk buat telur masin. Jadi bila nak rebus kita kena bersihkan semua ini dulu.
Tapi perkongsian Suzana Sha’em ini cukup menarik. Dia berkongsi cara buat telur masin yang cukup mudah.
Tak perlu tanah liat atau sekam , cuma pakai cuka dan garam dan takkan mengotorkan dapur.
Kalau nak cuba buat sendiri boleh lah ikut cara Suzana ini
Tak perlu beli lagi telur masin bedak hitam
Tadi berbuka bersama telur masin buat sendiri. Cantik oren dia.. Yeah menjadi. Lepas ni takde lah nak beli telo asin yang pakai bedak hitam tu lagi. Yang ni lagi bersih buat sendiri.
Bahan-bahannya
Telur itik
Cuka
Garam halus
Bekas
Cara membuatnya senang saja
1. Basuh bersih telur
2. Kemudian rendam dengan cuka selama 2 minit.
3. Seterusnya gaul telur tadi dengan garam halus hingga rata.
4. Letak dalam bekas dan peram selama dua minggu atau 16 hari.
5. Tak perlu simpan dalam peti ais, boleh letak di luar saja.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...