Jenama Hero Remaja & Dewi Remaja sudahpun memasuki tahun ke 38 penganjurannya. Sudah banyak nama popular dalam industri seni tanah air dicungkil melalui program pencarian ini dalam tempoh tersebut.
Bagi menyuntik kelainan, edisi tahun 2023 akan diberi kelainan. Kedua-dua pertandingan akan digabungkan serentak dan digelar Hero Dewi Remaja 2023.
Dua bulan berlalu sejak sesi uji bakat dilangsungkan, 16 orang finalis telah pun diumumkan. Menerusi sidang media yang dilangsungkan di Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini kesemua finalis telah diperkenalkan satu-persatu kepada rakan media dan penonton yang mengikuti kemas kini menerusi aplikasi media sosial Majalah Remaja.
Selebriti popular yang juga juara Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahya kembali sebagai mentor serta juri tetap untuk edisi kali ini setelah kali terakhir beliau menjadi juri tetap adalah pada edisi Hero Remaja 2021. Pemilihan Scha Alyahya dianggap tepat kerana beliau merupakan seorang selebriti serba boleh dan terkenal serta merupakan antara alumni Dewi Remaja paling berjaya.
Ads
Pemilihan 16 orang finalis (8 lelaki & 8 perempuan) pada edisi kali ini dilakukan dengan sangat teliti mengambil kira potensi dan bakat yang mereka tonjolkan ketika proses uji bakat dijalankan.
Kesemua finalis telah dipilih menerusi empat sesi uji bakat yang dilangsungkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Petaling Jaya. Penganjuran uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 telah menerima penyertaan lebih daripada 850 peserta. Menariknya, sepanjang empat minggu uji bakat berlangsung, siaran video di media sosial telah berjaya mencapai lebih 30 juta tontonan.
Ads
“Edisi kali ini menyaksikan kelainan menerusi gabungan Hero dan Dewi dalam satu edisi. Semestinya bakal memberikan perspektif baharu dengan tampilan kandungan yang lebih segar selari dengan misi untuk melahirkan anak seni berpotensi tinggi dan membentuk personaliti terbaik,”ujar Menurut Fiezreen Ahmad selaku Ketua bahagian New Gen dan Men & Hobbies, Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
“Selain penampilan mereka selama lapan episod di kaca televisyen menerusi Astro Ria, para finalis juga akan ditampilkan di setiap platform media sosial Majalah Remaja menerusi pelbagai kandungan dan aktiviti yang bakal diadakan. Menariknya kami akan turut memberi peluang kepada para peminat mereka kelak untuk menyertai aktiviti yang telah kami susun,” tambah Fiezreen.
Ads
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 bakal ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Pertandingan Hero Dewi Remaja 2023 merupakan kerjasama di antara Nu Ideaktiv Sdn Bhd selaku penganjur dan Astro Ria selaku penyiar rasmi. Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan
Barang berkebun, bertukang, kelengkapan untuk kereta dan sebagainya kadang-kadang memenuhi belakang dan depan rumah. Sampai serabut bila melihatnya.
Perkara yang sama dihadapi oleh Ira Hazwani. Tapi penyelesaian pilihannya memang mudah. Tak perlu bina stor di belakang rumah dengan bertukang sebaliknya dia membeli saja backyard storage readymade. Boleh order online dan pasang sendiri saja.
Idea backyard storage tanpa perlu bertukang
Gambar sebelum
Kata Ira, awalnya beliau ingin menempah kabinet tapi ada kerisauan kerana material kayu yang diletak di luar rumah boleh cepat rosak.
Kemudian tercetus idea untuk beli backyard storage yang besar seperti ini. Material Polypropylene Resin yang waterproof, weather resistant dan uv protected.
Semua barang-barang di belakang rumah dimasukkan dalam backyard storage ini dan susun barang supaya teratur. Penyapu, penyodok semua disimpan dalam ini.
Namun ujarnya kos backyard storage ini tidaklah murah sangat, harganya RM 2200. Jadi siapa yang ada budget lebih boleh. Memang puas hati sebab tiada lagi barang berselerak.
Kalau nak cari backyard storage macam ni, klik SINI, atau pun beli di SINI.
Kesan hitam pada seterika yang ada di rumah memang perkara biasa. Ia terjadi akibat penggunaan suhu yang tinggi hingga menyebabkan pakai digosok hangus.
Tak dinafikan kotoran yang melekat ini boleh membuatkan kerja menggosok jadi tak lancar dan paling tak best meninggalkan kerak hitam halus pada baju yang sedang digosok.
Kesan hangus ini juga sukar dihilangkan walau dikikis. Tapi perkongsian Achai Wong memberikan cara mudah untuk kita membersihkannya.
Tak perlu beli bahan pencuci khas, caranya hanya menggunakan Panadol. Hasilnya memang berkesan.
Tip mudah hilangkan kesan hitam pada seterika
Panaskan seterika dan basahkan Panadol.
2. Kemudian gosok Panadol yang dibasahkan tadi pada permukaan seterika yang ada kotoran hitam. Gunakan alat yang sesuai supaya tidak terkena seterika panas.
3. Semasa menggosok Panadol, akan berlaku tindak balas yang menghilangkan kesan pada seterika ini.
4. Kemudian lap permukaan seterika dan hasilnya kesan hitam dah hilang.
Hasilnya, dah bersih!
Selamat mencuba!
TIP EKSTRA
Elakkan menggunakan suhu terlalu tinggi semasa menggosok pakaian, terutama yang berjenis sintetik, untuk mengurangkan kesan hangus pada permukaan seterika.
Selepas setiap penggunaan, lap permukaan seterika dengan kain lembap untuk memastikan kotoran tidak terkumpul.
Pastikan kepanasan yang sesuai digunakan mengikut jenis kain.
Setiap kali keluar dari kereta yang berhawa dingin, cermin mata mula la berkabus. Begitu juga bila keluar dari pada pejabat.
Satu hal pula nak kena lap sebelum mula jalan. Ada juga yang terus melangkah dan terlanggar benda gara-gara penglihatan tak jelas gara-gara cermin mata berkabus ini. Bila pakai penutup muka pun sama.
Hanya mereka yang memakai cermin mata saja faham situasi ini. Sebenarnya ada beberapa cara untuk mengelakkan cermin mata kita berkabus bila keluar dari tempat berhawa dingin dan ketika mengenakan mask.
1. Gunakan cecair pencuci pinggan
Caranya tuang cecair pencuci pinggan di atas tuala, kemudian lap terus pada cermin mata. Biarkan sehingga 15 atau sehingga kering. Selepas itu lap dengan kain mikro fiber.
2. Gunakan ubat gigi atau shaving foam
Sapu ubat gigi atau shaving foam terus pada cermin mata di depan dan belakang sehingga rata. Kemudian terus basuh kemudian lap. Cara menggunakan shaving foam tahan lebih lama berbanding ubat gigi.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...