Bila Khairul Aming keluarkan produk barunya daging dendeng beberapa minggu lalu ramai yang ‘battle’ untuk mendapatkannya tapi gagal.
Tapi jangan rasa kempunan. Tak dapat merasa daging dendeng Khairul Aming tak mengapa, kita belajar buat sendiri. Boleh guna cara yang ditunjukkan oleh Qasih Jue Aisya. Rasa daging dendeng ini memang mantap.
Buat sendiri daging dendeng
Bahan-bahan
1/2 kg daging – potong nipis
Bahan A -dimayang halus
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan B
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Kulit kayu manis & bunga lawang
1 senduk cili kisar
1/2 cawan kicap lemak manis (Kipas Udang)
Sedikit air asam jawa & air rebusan daging.
Ads
Cara membuat:
1. Daging potong nipis kemudian rebus hingga empuk.
2. Angkat dan tos daging kemudian tumbuk setiap hirisan daging menggunakan lesung batu. Simpan sedikit air rebusan daging.
3. Goreng daging yang sudah siap ditumbuk tadi. Goreng jangan lama, nanti keras. Kemudian angkat dan ketepikan seketika.
Ads
4. Seterusnya tumis bahan A yang dimayang halus sampai kekuningan atau garing. Angkat dan ketepikan seketika.
5. Selepas itu menggunakan minyak yang sama tumis bahan B iaitu serai, bunga lawang dan kulit kayu manis.
6. Bila sudah wangi, masukkan cili kisar dan sedikit air rebusan daging. Masak sampai terbit minyak kemudan masukkan daging. Kacau.
7. Seterusnya masukkan kicap, air asam jawa daging, gula & garam. Masukkan dagig sekali dengan Bahan A yang siap digoreng tadi. Kacau hingga semuanya sebati (boleh juga masukkan daun limau purut jika suka ketika ini).
Masalah nyamuk memang selalu kita hadapi, lagi menakutkan kalau ada banyak nyamuk Aedes sekitar rumah. Bimbang kena demam denggi.
Bila ada masalah nyamuk kita akan gunakan penyembur nyamuk saja walaupun ramai juga yang tidak sukakan baunya.
Lagi satu cara untuk mengelakkan dan menghalau nyamuk adalah dengan menanam pokok Jeremin atau dipanggil pokok Halau Nyamuk. Ini cara semula jadi, tak guna kimia. Ada juga yang memanggilnya pokok Lima Jari.
Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol, penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya.
Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.
Selain pokok jeremin ini, pokok berikut juga boleh ditanam untuk tujuan halau nyamuk.
1. Serai wangi
2. Pudina
3. Selasih/ Kemangi
4. Pokok Bunga Tahi Ayam
Bau yang dihasilkan oleh tumbuhan ini juga tidak disukai oleh nyamuk.
Daun bawang antara yang selalu kita guna dalam masakan, jadi berbaloi sangat kalau tanam sendiri. Nak masuk dalam gorengan atau sup, potong saja.
Cara nak tanam pun mudah. Tanpa tanah pun boleh, cuma guna sarang telur. Caranya;
1. Ambil bawang merah, potong sedikit bahagian ada dan bawah untuk cepatkan pertumbuhan daun bawang.
2. Sediakan 4 sarang telur, tindan dan mampatkan.
3. Buat lubang pada setiap sarang. Lubang tembus sampai lapisan ketiga.
4. Kemudian basahkan sarang telur.
5. Letak bawang yang dipotong tadi dalam setiap sarang telur. Kemudian siram bawang dan bekas telur.
6. Letak di tempat yang ada sedikit cahaya matahari pun sudah mencukupi. Cuma jika letak di tempat teduh jangan siram terlalu banyak untuk elak kehadiran serangga.
7. Sembur 2 kali sehari pagi dan petang, hingga daun bawang naik dan sesuai dipotong.
Jika bercucuk tanam di rumah selain baja, garam Epsom ini wajib ada kerana ada banyak kegunaan atau manfaat untuk pokok. Garam ini selalu digunakan di spa kecantikan tapi zat magnesium dalam garam ini juga sangat berguna untuk pokok sayur atau buah.
Antaranya menjadikan hasil pokok buah lebih manis, benih cepat bercambah, rawat daun pokok sayur kuning, kerinting, mengelak serangan perosak dan banyak lagi.
Untuk cara penggunaan garam ini dan sukatannya boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Puan Liyana Poad
1. Meningkatkan Percambahan Benih
Magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel benih. Cara penggunaan: 1 cawan garam per 100 kaki persegi tanah atau campuran 1 – 2 sudu gaul dengan tanah semaian
2. Meningkatkan Penyerapan Nutrien (Akar Pokok)
Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur.) Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk memberi ‘makan’ kepada pokok, menambah garam Epsom kepada tanah akan meningkatkan lagi penyerapan secara semula jadi. Cara penggunaan:1 sudu 1 pokok tabur pada tanah sekeliling pokok
3. Mengelak Transplant Shock (pokok terkejut selepas alih pasu atau ke tanah)
Sesekali selepas alih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar atau dari pasu ke tanah, pokok akan layu (terkejut). Ini kerana akar pokok mungkin tercedera ketika proses pengalihan tersebut. Bagi mengelak pokok layu selepas dialih boleh gunakan garam Epsom.
Cara penggunaan: Tabur Epsom salt ke sekeliling pokok selepas alih dan tutup semula dengan lapisan tanah.
4. Rawat Daun Kekuningan
Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun yang menguning. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba percikan Epsom garam sekitar tanaman anda untuk mendapat dedaun yang sihat.
Cara penggunaan: Tabur/ siram lebih kurang 1 sudu besar setiap pokok sebulan sekali akan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda, serta mana-mana pokok, pokok renek, bunga dan rumput anda akan hijau semula.
Kadar : Siraman 1 sudu + 4 liter air 2 minggu sekali.
5. Elak Daun kerinting Untuk Pokok Cili
Mencegah masalah daun kerinting/leaf curling dengan Epsom salt. Daun kerinting disebabkan oleh kekurangan magnesium- dalam tumbuh-tumbuhan. Sekali lagi, tambah garam Epsom untuk tanah di sekeliling pangkal pokok yang sakit.
Secara alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat anda boleh mencampurkan 2 sudu besar Epsom garam dalam segelen air dan siram terus kepada daun. Cara penggunaan: 2 sudu + 4 liter air, siram pada daun sebulan sekali
6. Mengelak Perosak Tanaman
Garam Epsom boleh digunakan untuk elak siput, ulat bulu, bena, boleh juga untuk mengelak jentik jentik di dalam bekas hidroponik. Perlu diingat bahawa garam Epsom larut dengan mudah larut dalam air, hujan akan mencairkan garam ini. Cara penggunaan: Tabur pada tempat yang bermasaalah.
7. Memaniskan Buah
Tabur garam Epsom pada pokok buah-buahan, pokok kacang, sayuran, dan anggur menggunakan kaedah sama dan kuantiti yang dinyatakan di atas untuk meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan membolehkan pokok menghasilkan hasil buah yang manis. Boleh juga diguna pada pokok tomato. Cara penggunaan: Kadar siraman 1 sudu + 4 liter air 2 minggu sekali. Tabur 1 sudu setiap pokok 1 bulan sekali.
8. Melebatkan Buah Cili, Buah lebih besar, Lebih Pedas
Pokok cili perlu diberi magnesium setiap dua minggu untuk mencapai hasil yang lebih tinggi daripada buah-buahan yang lebih besar.
Cara penggunaan: Taburkan 1 sudu garam Epsom untuk setiap kaki persegi 2 minggu sekali
9. Pokok Rose Lebih Cantik, Bunga Lebih Besar
Guna garam Epsom untuk pokok lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat dan daun lebih gelap. Guna ketika awal penanaman ketika nampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkembang.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...