top

 

Sakit gigi terutama gigi geraham memang menyeksakan. Boleh buat kita bad mood malah marah marah kerana kesakitan ini. Meski pun begitu tak semua daripada kita yang berani jumpa doktor gigi.

Ada yang sanggup menahan sakit daripada ke klinik gigi. Buat anda yang begini mungkin boleh gunakan cara berikut untuk redakan kesakitan selain makan ubat tahan sakit. Jangan risau semuanya semula jadi.

Kumur dengan air larutan garam

Larutkan garam dalam air suam dan berkumur beberapa minit. Ulang 4-5 kali sehari. Garam adalah pembasmi kuman semula jadi malah doktor juga menyarankan cara ini untuk beri kelegaan segera pada sakit gigi.

IKLAN

Letak ais

Letakkan pek ais pada bahagian pipi berdekatan dengan gigi yang sakit. Biar selama 10-15 minit. Kaedah ini berguna untuk redakan keradangan dan bengkak.

Ekstrak vanilla

Bukan berguna untuk buat kek saja tapi ekstrak vanilla ini ada kandungan yang mampu mengurangkan rasa sakit termasuk sakit gigi. Letak beberapa titis vanilla atas cotton bud dan letak pada gigi yang sakit selama 15 minit. Kemam dalam mulut, anda akan sedar kesakitan akan beransur-ansur berkurangan.

Selain ekstrak vanilla, teh hitam juga punya fungsi yang sama dipercayai kandungan dari asid tannic. Letak uncang teh hitam pada gigi yang sakit untuk mengurangkan kesakitan.

IKLAN

Kemam bunga cengkih

Sejak zaman dulu bunga cengkih memang digunakan untuk mengurangkan kesakitan. Ia mengandungi ciri anestetik yang membantu meredakan kesakitan. Selain itu ia juga mengandungi ciri antibakteria yang memastikan bahagian yang sakit tidak dijangkiti kuman.

IKLAN

Caranya letak saja bunga cengkih pada gigi yang sakit, jika tak tahan baunya yang kuat gunakan minyak bunga cengkih. Letakkan pada cotton bud kemudian kemam pada gigi yang sakit.

Daun pudina

Bukan saja boleh meredakan kesakitan tapi aroma juga juga boleh membantu kita melupakan masalah. Bungkus gulung beberapa helai daun pudina dan letakkan pada gigi yang sakit selama 15-20 minit.