Tanam bawang pada batang pokok pisang? Mesti ramai tak pernah tak terfikir batang pokok ini boleh jadi tapak semaian untuk bawang merah untuk hasilkan daun bawang yang subur.
Kalau selalu kita tengok batang pisang dilonggok atau dipotong-potong jadi baja organik, kali ini kita guna dengan cara lebih kreatif untuk tanam daun bawang! Hasilnya daun bawang tumbuh segar tanpa tanah pun!
Kaedah penanaman ini boleh dipraktik kalau di rumah memang tanam pokok pisang ini. Langkahnya dikongsi oleh Ibrisam Wossali.
1. Pilih batang pisang yang baru ditebang. Lepas ambil buah pisang yang dah masak, tebang batangnya. Pilih bahagian batang yang masih segar dan tidak kering.
2. Buat lubang ikut saiz bawang. Guna pisau untuk tebuk lubang kecil pada batang. Saiz lubang cukup untuk menampung sebiji bawang.
3. Sediakan bawang merah, potong sedikit bahagian atas dan bawah bawang merah. Ini bantu percepatkan proses akar tumbuh dan daun keluar.
4.Letak bawang dalam lubang yang dah disediakan. Tak perlu tanah atau air berlebihan, batang pisang dah cukup lembap untuk sokong pertumbuhan.
Batang pisang menyimpan banyak air dan nutrien semula jadi. Ia bertindak seperti span, mengekalkan kelembapan dan memberi medium lembut untuk bawang berakar. Ini menjadikan kaedah ini mesra alam, murah, dan sangat sesuai untuk pekebun bandar atau sesiapa yang tiada ruang besar.
Jadi lepas ni, jangan buang batang pisang dulu. Boleh buat untuk tanam daun bawang supaya dapur tak putus stok.
Sumber: Ibrisam Wossali
Baca Lagi: Cara Tanam Bawang Untuk Daunnya. Boleh Pakai Botol Atau Balang Saja