
Dah jadi kebiasaan kita memasak wajib guna bawang. Jadi tak salah kalau nak cuba tanam sendiri.
Cara penanamannya pun senang saja, boleh ikut perkongsian Azlina Mat Lazim ini.
Senangnya tanam bawang
1. Jika mahu tanam ubi bawang potong sedikit akar dan kepala bawang.
2. Jika untuk daun, hanya potong kepala bawang hingga nampak isi tengah.
Tujuan potong kepala bawang adalah utk percepatkan proses pengeluaran daun bawang.
Bawang yang dipotong akar tak boleh diambil daun nanti mati pokok bawang berebut nutrien
3. Untuk tanam bawang medium 2:1 Pasir dan tanah.
4. Penjagaan: Bawang tak perlu racun serangga sebab serangga pun takut dgn bawang. Bau busuk. Gunakan baja masa mula tanam saja. Saya tak guna baja.
Kena ingat bawang macam kambing, tak suka air. Jangan rajin siram bawang. Siram tengok keadaan.
5. Bila tunas bawang dah muncul tak perlu timbus. biarkan saja. Kalau bawang dah keluarkan bunga, kena buang. Kalau tidak ubi bawang kurus/kecil.
6. Tempoh matang ubi ni hanya 2 bulan lebih. Jadi kalau nak kenduri guna bawang banyak bolehlah tanam sebelum tu.

Tanam bawang hanya pada MUSIM PANAS tapi kalau untuk daun sahaja tiada musim. Tanam saja cuma kena pandai kawal air.
Tanam bawang BESAR (ubi banyak). Bawang kecik (ubi sikit).
Dah boleh tuai!
Kalau berhajat nak kenduri kendara dan guna banyak bawang bolehlah mula tanam dari sekarang. Selamat mencuba!
Sumber: Azlina Mat Lazim
Ikan Bawal Lagi Sedap Masak Masam Manis. Ini Cara Membuatnya

Isi Kandungan
ToggleAda beberapa jenis masakan yang sesuai menggunakan ikan tertentu. Salah satunya adalah adalah masak masam manis, paling sedap untuk lauk ini adalah ikan bawal.
Paduan rasa masam manis serta isi ikan bawal yang lembut memang membuatkan ia makin enak. Hidangan ini juga sudah lengkap dengan sayur-sayuran jadi lebih mudah, satu lauk pun dah cukup.
Cara buat ikan bawal masam manis yang sedap
Bahan-bahan
2 ekor ikan bawal (dicuci bersih)
2 biji tomato (potong dadu)
Lobak merah (potong dadu)
Timun (potong dadu)
1 akar ketumbar
Daun ketumbar
4-5 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 batang serai(potong serong
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
Cili hijau (dipotong serong)
Cili merah (dipotong serong
2 sudu besar sos ikan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk perasa
Cara memasak
1. Lumurkan kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak di dalam kuali , masukkan ikan dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang putih dan tumis sehingga keperangan.
3. Kemudian masukkan masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak (perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak).
4. Masukkan serai, daun limau purut dan hujung daun ketumbar. Gaulkan.
5. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan gula dan serbuk perasa. Gaulkan.
6. Masukkan timun, lobak merah, tomato, bawang merah, cili hijau dan cili merah. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak seketika.
7. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
8. Angkat dan taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.
Sumber: Nurul Ateekah
Tak Perlu Rumah Besar, Kereta Mahal, Kahwin 2 Kalau Nak Hidup Tenang Lepas Bersara

Dah berbelas-belas atau berpuluh tahun bekerja, sampai satu tahap kita merasakan sudah masa untuk kita berehat. Apatah lagi bila usia memasuki 40-an.
Tapi untuk berhenti bekerja kenalah ada sedikit sebanyak persediaan, barulah kita boleh duduk di rumah dengan tenang. Apa guna bersara tapi kepala diserabutkan dengan komitmen kewangan dan tanggungjawab lain yang belum selesai.
Supaya dapat bersara dengan tenang, perkongsian dari Mohd Shukur boleh kita pertimbangkan.
Kalau boleh diundurkan masa saya sepatutnya merancang kewangan dan masa persaraan sebegini;
1. Tak perlu rumah besar 2 atau 3 tingkat
Tak perlu rumah yang besar & tak perlu 2 tingkat apatah lagi 3 tingkat.
Keperluan hanya sebuah rumah yang kecil untuk masa tua atau masa persaraan yang simple. Panjang rumah sekarang dah terbuat 145 kaki.
Setiap kali duduk kat depan, malas nak pergi dapur. Setiap kali gi dapur, fikir 3X apa nak bawa ke depan.Kawan sebaya yang duduk banglo 3 tingkat pun cakap, aku nak naik atas kena fikir dulu apa nak bawak.
2) Tak perlu kereta-kereta berjenama
Sekarang nak jual pun sayang, harga memang jatuh teruk tak kiralah brand apa pun. Spare part ori pula mahal. Kalaulah duit kos pembelian, kos interest, pembaikian, kos wear & tear ni sejak dulu lagi di sedekahkan ke surau, tahfiz, Palesti dan lain-lain lebih tinggi manfaatnya dan pahala mengalir walaupun dah tiada nanti.
Saya tidak memerlukan dilihat memandu kereta mahal sebagai tanda sudah berjaya, ianya adalah mesej yang salah kepada generasi muda. Cukuplah pakai Vios atau City sahaja. Bila drive Vios anak tadi pergi kedai, terfikir juga kenapalah tak pakai Vios sahaja. Macam manalah boleh terjebak kat kereta branded yang lebih menguntungkan pengeluar kereta di luar negara tu sedangkan fungsinya sama sahaja.
3) Pendidikan anak-anak sebaiknya first degree sahaja atau diploma pun cukup.
Yang penting ialah survival skill. Bila tengok life graduate yang kerja makan gaji (kecuali yang jadi Top Management ), saya beritahu kepada anak-anak, jangan kerja makan gaji. Mari kita berniaga. Buka syarikat sendiri. Kita mula dari bawah dahulu. Modal dah ada. Tapi kita belajar manage dengan modal yang kecil supaya minimumkan risk.
4) Alangkah baiknya jika ada Pusat Tahfiz sendiri. Tengok kehidupan rakan seorang ustaz yang ada Maahad Tahfiz hidupnya ceria penuh semangat. Dia ada taska/tadika, kedai mini market, jadi pemborong / supplier. Keuntungan perniagaannya digunakan untuk membiayai maahad tahfiz. Hidupnya bermotivasi dengan ganjaran akhirat, kejar award akhirat jadi MDRT di sana. MasyaAllah.
5) Property for investment, tak perlu beli yang mahal-mahal
Cukuplah rumah teres setingkat sahaja sepatutnya tapi tingkatkan bilangan. Sementara tunggu anak dewasa dan bagi kat dorang, boleh sewakan kepada orang lain. Ramai kini yang tak mampu sewa rumah yang mahal2 , mereka mencari yang mur mur untuk meneruskan kehidupan. Jika beri discount boleh membantu mereka yang dalam kesukaran.
6) Tak perlu nak main saham, private mandate atau unit trust.
Tak perlu nak ambik tau berapa harga atau nilai sekarang. Simpan sahaja duit dalam Tabung Haji. Tak yah ada apa-apa emosi, tak payah nak ambik tau atau nak fikir. Apa pun berlaku di dunia kini takde kaitan. Dapat 3.2% pun dah banyak dan bersyukur.
Kalau 1M dah dapat 32K bertambah lagi. Itu dah dizakatkan.Hanya tumpukan kepada bisnes, fokus ini sahaja. Bekerja dan buat keuntungan dalam bisnes. Ini lagi tenang dan menyeronokkan.
7.) Tak perlu bekerja sampai lewat petang, malam atau weekend.
Budaya kerja di Malaysia ni sampai ke malam malah weekend. Kita terlalu mengejar wang.
Di Australia contohnya, tepat jam 5.00pm dah tutup. Saya dah sampai dah kedai tu dan barang tu pun depan saya, peniaga tu baru nak berkemas tutup, tapi disuruhnya datang esok sebab dah pukul 5.00pm.
Malam bersama keluarga. Weekend berehat dan bercuti, yang banyak duit tu mereka ada bot laju atau yacht sendiri, tak payah nak fikir urusan kerja time weekend.
8) Tak perlu nak lama sangat makan gaji.
Jika kerja kerajaan ambiklah pencen awal sebelum umur 50. Makin lambat buat akan makin susah nak buat sebab dah terliur gaji makin meningkat. Antara keputusan yang memberi kepuasan kepada saya ialah saya kerja makan gaji sekejap sahaja, pelbagai kerja tetapi cukup untuk dapat pengalaman.
Pernah kerja kilang rokok sekejap masa lepas sekolah dulu bahagian QC. Pernah kerja di Bank bahagian Hire Purchase, tapi bahagian apa pun sama saja. Kerja di bank ni semua pakai lawa-lawa. Habis duit dek pakaian dan gaya hakikatnya pening dek hutang credit card yang main swipe.
Yang bayar minimum lama-lama terciduk betul, naik kesian tengok interest jer lebih 1k sebulan…. Kan bagus jika amount tu yang disimpan dalam tabung haji. Simpan 1500 sebulan bukannya interest credit card. Tapi kalau yang dalam Top Management tu memang best lah.
Bila buat part-time ejen insurans tahun 1992 ( dah 31 tahun ) barulah saya nampak peluang buat full-time bisnes jadi ejen ni pada awal tahun 1996. So dah 25 tahun berhenti makan gaji dan full-time in business based on komisen bukannya gaji tetap.
So jika ada yang takut-takut nak berhenti makan gaji untuk join full-time bisnes, saya dah advanced 25 tahun dari pemikiran anda.
9) Kahwin 2, bila dah berumur ini rasa senang hati tak beristeri dua
Tengok life orang kahwin 2 ni tak sesuai dengan jiwa saya. Nak post check-in stay hotel dengan wife pun takut. Mula-muka hairan juga, bila tanya baru faham. Dia kata, kalau wife lagi satu tahu dia pun nak juga. Kalau dengan 2nd wife stay 5-Star hotel dia pun nak juga 5 Star. Lor……benda kecik camtu pun kau ada masalah.
Perkongsian ini jika tidak sesuai untuk anda, mungkin ianya sesuai untuk orang lain.Jika tidak manfaat kepada anda, mungkin manfaat kepada orang lain.
Sumber: Mohd Shukur
Misi Bina Rumah Sejuk, Tanpa Perlu Pasang Aircond. Lelaki Kongsi Apa Yang Dilakukan

Bagi yang berhasrat membina atau mengubah suai kediaman mungkin boleh menggunakan info yang dikongsi oleh Najmuddin Sulaiman agar rumah yang dibina sejuk dan selesa untuk penghuni tanpa menggunakan aircond atau pendingin hawa.
Mengambil kira sistem pengudaraan rumah yang digunakan boleh orang Melayu dulu kala ujar Najmuddin kediaman yang dibina menurutnya sejuk sekali gus bakal menjimatkan penggunaan elektrik.
Kata Najmudin dalam membina kediaman ini ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan untuk menjayakan misi rumah yang sejuk ‘tanpa pasang aircond’ yang terletak di Kota Bharu Kelantan ini.
“Tak perlu pasang aircond” inilah kata-kata beberapa orang yang telah datang melawat bangunan ini.
“Ya seawal saya bangunkan bangunan ini, saya telah kaji sistem ventilation yang telah digunakan pakai oleh orang melayu dulu dulu yang menyebabkan rumah mereka sejuk tanpa perlu pasang aircond,,”jelas Najmudin dalam hantaran di Facebook tentang kediaman yang dibina sebagai ‘pondok’ mengaji warga emas.
Perkara penting supaya rumah yang dibina sejuk
Terangnya antara poin penting untuk jayakan “tak perlu pasang aircond” ini adalah;
- Bangunan mesti lawan angin (timur – barat), hampir sepanjang tahun angin bergerak dari timur ke barat. Jika angin datang dari utara, angin tersebut agak keras.
- Bangunan ini ada lorong di tengah untuk udara mengalir.
- Sekeliling bangunan ini level siling pula dipasang bata bunga (lubang angin). Udara panas yang dihasilkan oleh badan manusia dalam bilik akan naik keatas dan akan disedut keluar oleh bata bunga (lubang angin).
- Udara panas adalah bertekanan tinggi, manakala udara sejuk bertekanan rendah. Jadi secara semula jadi udara sejuk akan menarik udara panas.
- Saya juga custom tingkap bila buka tingkap akan dibuka ke atas bukan ke sisi seperti kebanyakan tingkap pasang siap. Setiap satu frame saya bahagi tiga. Bila buka tingkap, ia juga akan bertindak sebagai “awning” penahan hujan dan cahaya matahari.
- Pemilihan warna, semua tahu warna putih adalah warna yang terbaik untuk memantul haba.
“Alhamdulillah, bila kediaman sejuk tak perlu pasang aircond maka teramat jimatlah bil elektrik,”ujar Najmudin dalam hantaran beliau yang mendapat hampir lima ribu tanda suka.
Sumber:Najmuddin Sulaiman