Kalau teringin nak bercucuk tanam di rumah dengan cara yang mudah boleh mulakan dengan kaedah ini. Paling senang tanam kangkung, tanpa tanah.
Dalam tempoh 3 minggu saja dah nampak hasil dan boleh tuai. Seronok macam ni.
Cara penanaman ini dipraktikkan oleh Monica Antie Ballerina. Beliau juga berkongsi langkah demi langkah yang dilakukan.
1. Pilih biji benih yang baik.
2. Sediakan pot kecil dan kapas muka. Pot net ini boleh beli di Shopee (https://invle.co/clepy4t) Ada banyak saiz juga, saya guna yang kecil.
3. Tabur biji benih dalam pot kecil ini. Masukkan air paip agak-agak untuk basahkan kapas. Semburkan juga biji kangkung sampai basah.
Ads
4. Selepas 2-3 hari semua biji benih dah bercambah. Kalau air pada kapas kering, tuang lagi air dalam bekas.
5. Bila anak benih dah naik 3-4 daun bolehlah pindahkan dalam bekas PVC putih. Ini adalah paip PVC hidroponik (https://invle.co/clepy71). Saya beli di Shopee tapi kena gam dan tebuk lubang sendiri untuk letak pot. Kalau nak beli yang dah siap tebuk pun ada tapi mahal sikit namun masih berbaloi.
Ads
6. Dalam bekas PVC letakkan baja AB, ikut sukatan yang disarankan. Boleh beli di Shopee juga. ada banyak jenis. Pilih saja. Dalam seminggu kangkung akan naik.
7. Ini dah 3 minggu.
Ads
8. Tak sampai sebulan dah boleh tuai. Saya tuai tak cabut akar. Saya gunting saja, tak sampai beberapa hari dah tumbuh balik.
INFO
Bila pokok kangkung dah besar kena tambah air kerap, lagi lagi bila dah hampir nak tuai. 3 hari saja air dah kering.
Kangkung goreng belacan, menu ini memang selalu kita pesan bila makan di restoren. Walhal kalau nak buat sendiri pun punyalah senang.
Modal beli kangkung saja pun sebab bahan yang lain dah ada kat dapur rumah sendiri. Apa kata lepas kita cuba masak sendiri, caranya boleh ikut perkongsian Azlizah Izzah.
Buat sendiri kangkung goreng belacan
Bahan tumbuk:
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Cili hidup merah
Bahan lain
Sos tiram (optional)
Serbuk perasa
Garam
Udang/sotong (optional)
Kangkung (boleh juga guna kailan atau pucuk paku)
Minyak masak
(Sukatan bahan ikut kuantiti kangkung)
Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga garing (jangan terlalu garing)
2. Masukkan udang atau sotong jika suka kemudian kacau hingga masak.
3. Masukkan sedikit sos tiram bersama serbuk perasa dan garam.
4. Kemudian masukkan kangkung dan kacau, biar kangkung masak.
Siap untuk dihidangkan, makan dengan lauk ayam goreng kunyit pun dah sedap.
Ramai yang menanam pokok mulberi untuk buahnya yang enak, manis dan masam. Selain itu ia juga kaya dengan khasiat vitamin C memang tak rugi untuk ditanam.
Namun begitu jika ada yang menanam pokok ini tapi kecewa kerana pokok tidak berbuah lebat, boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Ana Embong ini.
Tip kalau nak buah mulberi lebat
Tak rugi tanam mulberi, berbuah sepanjang masa. Boleh boleh makan, daun mudanya pula boleh dijadikan bahan masakan.
Jika buah pokok mulberi tidak lebat tip yang boleh dilakukan adalah;
– Sentiasa pangkas pokok. Bila keluar pucuk baru akan keluarlah buahnya.
– Manakala untuk dapatkan buah yang besar pula buang daun-daun sekitar buah ketika pokok sedang berbuah.
Ini pokok mulberi kampung yang saya tanam dalam pasu besar, buahnya pun agak besar.
Bukan mudah jadi seorang ibu dengan anak tujuh. Mana nak urus anak, suami, rumah dan kerja.
Namun jangan asyik komplen. Sebaliknya seorang wanita perlu bijak urus masa dan urus diri. Apa pun alasan, ibulah suri bagi sesebuah rumahtangga.
VK suka nak kongsi tip bermanfaat daripada seorang ibu bernama Nur Baizura A Bakar, berumur 37 tahun. Dia yang menggunakan nama instagram zuera_burn memberikan panduan untuk ibu yang ingin meluangkan lebih banyak masa pada hujung minggu bersama suami dan anak. Dia berkongsi cara uruskan kerja di rumah supaya lebih cepat siap secara sistematik.
Bayangkanlah betapa ibu ini hebat uruskan tujuh anak yang berumur dari 16, 14, 12, 10, 8, 6, 4 dan paling kecil 1 tahun 3 bulan. Dia bukan surirumah sepenuh masa. Dia ialah seorang guru. Malah di rumah dia turut menjahit dan mengambil upah menjahit. Banyak kerja yang dilakukan namun rumahtangganya terus dengan berkesan.
Ditanya dari mana dia mendapat idea untuk uruskan rumahtangga secara sistematik begini, jawapannya begini.
“Saya sejak kecil suka mengemas. Adik-beradik saya 10 orang. Emak saya menjahit dan ayah saya pegawai kerajaan. Tinggal di KL memang kos sara hidup tinggi. Saya faham ibu saya memang tak cukup masa nak mengemas. Jadi kami adik-beradik akan bahagi tugas.
“Sorang kemas dapur, ayah saya balik kerja dia yang akan masak. Sorang akan urus kain baju. Saya la tu. Sorang lagi akan menyapu dan masing-masing ada tugas. Bila saya ada anak, saya apply apa yang saya buat dulu supaya masing-masing tahu tanggungjawab mereka.”
Utamakan dapur dulu
Mak mak memang macam ni. Kalau saya yang utama dapur dulu lepas tu baru bab kain baju sebab kalau ahli rumah lapar nanti tak selesa nak mengemas. Kejap-kejap sorang masuk dapur lepas tu sorang lagi. Diorg tak minta tapi diorg masak sendiri. Jadi untuk mengelakkan dapurku bersepah baik siap-siap masak baru lah boleh buat kerja lain.
Macam mana nak buat?
Tips utk jimat masa, sebab saya nak spend masa untuk suami dan anak kalau hari cuti. So tak nak lah nanti hari cuti tapi kita terlalu sibuk dengan nak urus rumahtangga. Jadi kena kemas time yang diorg sibuk atau tiada di rumah.
Hari terakhir kerja contohnya pantai timur cuti Jumaat jadi hari Khamis lah kan. Balik kerja hari khamis tu terus buat ni;
1️. Perkara pertama adalah kutip semua baju dan basuh…pastikan semua siap termasuk baju putih. 2️. Lepas tu kemas semua bahagian utama iaitu ruang tamu, ruang rehat,lepas tu semua ruang dan bilik yang memang tak digunakan kecuali bilik tidur…kemas, lap habuk dan sapu tak termasuk vacuum dan mop. 3️. Lepas tu bersiap laa untuk dinner kan? Sambung malam pula 4️. Malam boleh sidai baju kalau pakai dryer memang terus boleh siap la. 5️. Malam juga boleh kemas bilik
Malam dah siapkan semua, pagi mudah nak memasak
Esok pagi bangun jer boleh terus sinsing lengan; 1️. Sapu semua ruang, vacuum dan mop 2️. Okay dah siap pun kemas sebab semua dah siap-siap semalam kan. Jadi bolehlah masuk dapur dengan tenang siapkan breakfast dan siapkan bahan untuk minggu depan pula 3️ Kalau anda bijak merancang masa yang diambil lebih kurang 1-2 jam jer untuk cuci, packing dan siap masak untuk tengah hari pula sambil kemas dapur. 4️. Lepas tu boleh sambung lipat baju,g osok baju dan sediakan pakaian untuk minggu depan juga.
Kena rajin dan bijak urus masa
Siapppp untuk seminggu! Saya pun ada anak kecik tapi masih lagi boleh buat dengan gangguan si kecik. Eh silap….saya anak 7 boleh buat takkan uols baru anak 2-3 takleh buat. Sentap laa sentap…sebab bila tak amal rajin sekarang nanti malas tu sampai laa ke tua. Ada jer anak dah 4 kemas tempat tidur pun malas.
Bertabahlah mak mak sekalian. Memang macam tu pun, kalau suami tolong layan dan tolong kemas sekali memang bertuah laaa mak mak sekalian. Sambil kemas-kemas.
Kalau tengok cara ibu ini uruskan rumahtangga, macam senang je kan. Kena pandai buat mana yang penting dulu, lepas tu siapkan yang lain-lain. Kagum betul VK. Puan ni anak tujuh orang. Siap boleh ambil upah menjahit lagi tu. Fuhhhh. Kalau nak lebih tip urus masa, korang boleh jengan instagram puan ni. Banyak tip proven yang mak-mak boleh ikut. Rajin dengan tak rajin je la nak ikut…
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...